Rabu, 18 November 2009

Rakan Saya Siri 3


Apa khabar bha? Balik sudah kau di Sabah sana bha(betul ker aku cakap Sabah nih?)Nama budak nih Hafiz atau nama ‘femes’ dia Sather(maksudnya Gangster). Mula – mula aku kenal dia nih masa hari pertama subject yang paling aku tak suka yang ada 1 kredit hour tak lain tak bukan ialah subject kokurikulum atau lebih tepat lagi Persatuan Bersembang Sepanjang Masa(P.B.S.M). Masa mula – mula aku tengok mamat nih muka dia memang gangster beb ditambah dengan kepala dia yang botak masa tu.

Pandangan pertama : Wah, macam sombong jer budak nih. Malaslah aku nak tegur.

Pandangan sekarang : Dah lain dah...Stylo habis...Dah jadi orang KL dah..haha

Tiba – tiba terdengar dia bercakap dan terfikir asal pelik jer cara mamat nih cakap. Rupa – rupanya dari Sandakan sana bha. Wah, aku yang tak pernah ada member dari Sabah nih tiba – tiba rasa excited gila nak tahu. “Kau dari Sabah ker? Course apa? Owh, samalah kita. Blok mana? Owh, sama juga.” So, aku dah tak perlu risau bila tiba waktu K.O sebab dah ada member dari satu blok dan course yang sama pula. Kiranya lepas tu kami mula menjadi member baiklah.

Aku ingat lagi waktu minta signature dekat senior. Kau bagi aku ilham supaya bawa benda murah – murah jer dan cuba tawar menawar. Thanks weih. Jimat duit aku dengan Joel waktu tu(kitaorang kongsi barang masa tu). Aku rasa kau ingat lagi kut yang aku cuba kenakan seseorang dalam hp dan suruh ko menyamar gunakan suara kau tu. Hahaha. Sangat lucu!

Ditambah dengan roommate dia yang sangat pengotor di waktu tu, aku dan member – member lain memang sangat bersimpati. Aku ingat lagi kau siap buat surat pertukaran bilik dan ambil gambar – gambar katil roommate ko yang berselerak dan kotor tu, gambar tahi burung yang Pecap sangat - sangat anti tu dan hantar dekat pejabat kolej semata – mata nak tukar bilik. Kau juga orang yang mengajar aku dan Joel apa yang patut diisi dalam surat untuk tukar bilik naik ke level atas. Hahahaha.

Waktu perkhemahan PBSM pun sangat melucukan. Mamat nih bawa beg yang sangat besar dan beroda macam nak balik kampung jer. Semua orang pandang jer dia tapi kerana keyakinan dia yang sangat tinggi waktu tu maka dia tak rasa apa – apapun. Dan teringat sewaktu Burung Hantu. Aku lupa kau depan aku atau belakang aku tapi yang penting aku sangat dengki pada kau sebab check point kau dekat tempat yang tak ngeri seperti aku yang betul – betul tepi air yang kotor dan seram tu(siap dengar bunyi orang berenang - renang lagi pepagi buta pukul 3 pagi tu..trauma weih). Aku ingat lagi kau sangat berani menjadi MC semasa hari akhir perkhemahan PBSM tu. Siap buat muka kutuk Sahak lagi masa bercakap – cakap tu. Hahaha.

Waktu akhir semester 1, ko ajak aku duduk sekali dengan kau untuk semester ke-2. Masa tu aku dalam dilemma sebab Jepun pun ajak aku duduk bilik dia. Korang dua baik sangat dengan aku dan kita dua pun ada duduk dekat umah Jepun(kerja makan dan baca majalah masa tu). So, bila aku fikir – fikir balik aku rasa lebih bagus duduk sebilik dengan kau. Lagipun rasanya masing – masing sekepala.

Masa part 2 kita dah jadi roommate. Yang tak tahan tu kita gigih hias bilik konon nak masuk pertandingan bilik tercantik tetapi rupa – rupanya pertandingan tu semester depan. Hahaha. Lepas tu kita join Pecap dengan Anuar pergi PD dan pertama kali aku rasa masing – masing naik bot pisang. Masa tu pun kita dah jumpa geng – geng baru. Dan bila aku berfikir balik, aku rasa kau banyak merubahkan diri aku yang buta fesyen kepada taklah nak berapa buta sangat. Hahaha. Kalau aku tanya ko pendapat pasal baju aku pakai tu dan kau jujur jer cakap sama ada elok ker atau tak(tapi kalau aku jujur cakap pakaian ko tak elok kau buat – buat cool…padahal takleh terima..haha). Dan kau pun tak kedekut nak pinjamkan baju ko untuk aku wat presentation. Thanks sangat – sangat weih.

Teringat juga tragedy kau dengan cicak. Sama ada menjerit kerana cicak jatuh takpun waktu Sadu ker Kepah yang kejar ko dengan cicak tu…benda tu sangat – sangat lucu. Masa tu aku gelak kan ko gila – gila punya tapi bila tiba masa aku berjumpa lipas plak ko plak yang gelakkan aku.Cess!

Dan bestnya sebilik dengan kau sebab macam – macam event yang kita buat dalam tu. Tengok movie(sama ada halal atau tak..haha), makan maggi beramai – ramai, memasak tom yam beramai – ramai dan yang paling best masa buat open house raya tu. Masing – masing bawa biskut raya masing – masing. Apa benda yang ko bawa macam lemang tu? Beruas ker apa? Hahaha. Waktu semester akhir nih aku ada bawa kuih raya aku buat. Banyak juga aku bawa tapi yang sedap – sedap tak cukup nak bagi dekat kau dan lain – lain. Jiran – jiran Taman Intekma sangat ramai. Hahaha!!

Teringat ko kena bahan dengan junior yang celaka bernama Marham tu yang kutuk sekolah ko sekolah kayu tu. Sumpah waktu tu aku pun panas dengan budak tu. Budget dia pandai sangat last – last dismiss. Padan muka dia. Haha. Dan kau juga seorang yang sangat liat nak buat hakka. Sanggup jadi photographer sebab nak elak diri dari buat hakka. Siyot tul. Hahaha.

Terima kasih sebab kau banyak bagi idea untuk public speaking dan assignment aku. Kebanyakkan idea – idea kau memang bernas weih. Aku yakin lepas nih kau mesti berjaya punya dalam kerjaya kau tapi harap – harap kalau berjaya tu jangan lupakan aku pula. Amin!

Terima kasih jugalah sebab kita sama – sama membantu dalam menyiapkan 7 pictures(jadi model kipas dan panning aku..haha) dan storyboard masing – masing. Dan yang penting ko dengan aku dapat membahagi masa menggunakan camera fitri tu. Hahaha. Lepas tu ingat lagi tak masa aku dengan chendol sambut besday ko dekat umah dia masa cuti tahun baru cina? Masa tu chendol jadikan pau sebagai kek besday kau dan kami berdua menyanyi ramai – ramai. Kau cover tak sedih padahal mata berair. Huhu. Lepas tu masa pergi Ulu Bendul yang kau tak nak mandi dan jadi photographer tak berbayar tu. Gambar kau ambik cantik weih!

Ada satu waktu tu kita berdua dengan Pecap pergi curi buah mangga dan segala macam buah dekat rumah kakitangan Uitm tu. Lepas tu makan ramai – ramai lepas kau dan pecap buat kuah rojak dan akulah tugas membasuhnya. Rindu kenangan tu. Dan kalau kau masih ingat kau dengan aku ada ikatkan rambut Pecap dengan getah bebanyak sampai kepala Pecap jadi macam tanah kelapa sawit dan Pecap seakan – akan lelaki Negro. Hahaha. Gambar tu aku simpan lagi tapi tak boleh publish. Karang Pecap bunuh aku plak.

Waktu part 4 pun sangat best tambah – tambah masa kita masuk pertandingan bilik tercantik lawan dengan bilik Pecap dan Bilik Mekap/Rono yang aku menang dam aji tu. Dan dengan hamper dam aji tulah kita berjalan depan bilik Mekap dengan bangganya. Haha. Dan kegiatan memasak nasi dan tom yam sangat menjadi – jadi waktu nih. Siap buat majlis makan – makan untuk si Joker lagi. Huhu.

Aku juga sangat – sangat berterima kasih dengan kau weih. Tak kerana kau tak dapatlah aku jejak dekat rumah Maria, pergi Juara Lagu, pergi Festival Filem Dan Video Pelajar Malaysia, makan – makan dekat Sibaruka dengan apa yg lagi satu tu(macam sibaruku juga tapi takder limit),dan macam – macam lagi yang sangat – sangat best. Trimas sangat – sangat!!

Waktu berbuka puasa dengan bersahur pun adalah waktu yang sangat best. Mentang - mentanglah kelas kita semua petang - petang so sanggup berjaga menunggu sahur. Yang best tu waktu berbuka. Masing - masing berkongsi makanan yang dibeli. Dah lah semeja tu ada sampai 6-7 orang. Memang nikmat gilalah masa berbuka. Haha!

Cuma waktu pertengahan part 5 mungkin disebabkan waktu persekitaran ataupun mulut – mulut orang yang buat kita sangat tak bertegur sapa. Aku pun tak tahu sebab apa. Mungkin salah aku juga. Sedar – sedar agak lamalah kita tak bercakap walaupun sebilik sampai Pecap yang busybody tu asyik datang tanya aku “korang gaduh ker?”. Aku pun tak tahu nak jawab apa dan aku pun tak tahu sebab apa. Cuma masa tu aku tak mahu jadi berlarutan so bila aku dapat soalan spot untuk ETR dan lain – lain tu aku terus mesej dekat hp ko. Alhamdulillah lah ko pun ada bagi soalan spot juga dekat aku. Dan kes kau gaduh dengan Cibam Lahanat tu pun buat kita sedikit rapatlah. Sumpah sampai sekarang aku ingat benda tu.! Mulut kau masin giler. Alih - alih semester nih wujud penyakit H1N1. Haha!

Dan aku pun nak minta maaf juga pasal semester last nih. Tak tahulah apa ko rasa pasal aku duduk rumah sewa tu. Aku fikir balik pun takkan aku nak duduk juga dekat bilik Tuba. Diorang pun dah 4 orang. Kalau campur aku dengan kau dah jadi 6. Lagipun, si Acid dah bersusah payah cari rumah sewa angkara Sido yang bikin kitaorang cuak. So, aku harap kalau kau terasa pasal benda nih aku minta maaflah yer.

Aku pun nak minta maaflah pasal ada aku call bagitahu aku nak join kau induct budak – budak part 1 tapi aku tak datang. Sebab waktu tu aku ada masalah sikit dekat rumah sewa. Semester akhir nih pun aku hanya jumpa ko waktu – waktu meeting dan masa event jer dan ramai juga bertanya dengan aku. Masing – masing tanya soalan macam Pecap dan aku pun tak tahu nak jawab apa. Hahaha.

Tetapi, aku sangat tension dengan kau bila kau letak gambar jahiliah part 2 yang besar gedabak masa majlis berbuka puasa tu dekat dalam yearbook. Adoi!! Dah tak ada gambar lain ker weih??? Hahaha. Eh, terima kasihlah ambil berat pasal kecurian rumah aku tu. Haha! Kena curi jer...nasib tak kena rompak. Janji barang - barang aku selamat!!Huhu!

Apa – apapun terima kasihlah banyak – banyak kerana sudi jadi antara sahabat suka duka aku selama 3 tahun nih dan aku minta maaflah sangat – sangat pasal kejadian semester 5 yang aku pun tak tahu sebab apa(mungkin pasal kes aku tertinggal kunci bilik dekat makmal computer kut). Aku tak pernah pun menyesal kawan dengan kau dan walaupun apa - apapun orang kata dekat kau(contoh Kepah yang suka kata kau landasan kapal terbang..haha) aku tak pernah ambil kisah pun sebab aku tahu kau siapa. Apa – apapun kalau jumpa dekat Shah Alam nanti jangan lupa pula tegur dan moga kau gembira dengan hidup kau dan apa sahaja yang kau buat. Moga jadi journalist yang berjaya dan mampu merubah wajah Majalah Mangga(sila buang ruangan Berenang Untuk Kesihatan..haha). Thanks sekali lagi weih jadi sahabat aku selama 3 tahun nih dan harap - harap berkekalan sampai bila - bila!!

P/S : Rakan Saya Siri 4

10 ulasan:

  1. wah.. top 3 frens u yg u buat post ni, semua dr borneo.. wah! i nk dtg ur fren jugak la.. boley? :p nnt i sponsor u mkn mee kolok free. nk? kek lapis pun free hehe

    BalasPadam
  2. Memang best ada kawan yang sekepala....

    BalasPadam
  3. uik. .
    hafiz?
    mmber 1 skola aq gk d sdkn
    hehe
    mulut lahar plg best
    siap dgn ekspresi muka xble blah
    mmg enjoy stay dgn dia
    ktawa jer
    xD

    BalasPadam
  4. kau mmg mmber yg baek, ingat semua prkara. :)

    BalasPadam
  5. sumpah besh jadik ko!!!!!
    argh!!!!

    BalasPadam
  6. wah..
    ada org dari negeri yg sama dengan saya.

    kim salam dengan dia jek eh..

    memang best amatlah..

    *nanti hans masukkan Rakan Saya Siri xyz utk saya k coz saya pun org sabah gak.
    Hehehe..

    *encem jugak..

    BalasPadam
  7. arieza : member borneo aku ada 5 ribu orang...nak wat macam mana..haha...sponsor?eh,gua tulis entry nih takder sponsor2 la..semua ikhlas dari hati maaa

    cik daya : alhamdulillah

    leonidas : aik,ko kenal dia ker?kimsalam dkt dia..suruh dia masak tom yam untuk ko..haha

    e-zul iswhat : aku nih xlah baik mana pun tapi memori aku kuat lagi..tu aku ingat banyak benda..lagipun roomate aku 2 tahun nih..lama weih..haha

    ghostone : mana ko tahu best jadi aku??

    pearls : owh,xleh..saya belum mengenali anda..

    Fatt Chin Choy : ha ah..buras nama dia...ingat dah..haha..pandai tul ah fatt..tahniah..10 markah

    BalasPadam
  8. nant aq suru dia msak. .
    haha..
    yup kenal
    mmber 1skola gk dlu
    hapeace
    suara plg vouge
    LOL

    BalasPadam
  9. jidih muluyu : ar ar..suara dia macam siti kut...siti nurhalimah..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com