Isnin, 9 November 2009

Review Film = Pisau Cukur....Memang Cukur Habis...Best!!


Owh My Gucci!Owh My Prada! Itulah antara ungkapan yang cukup menghiburkan dari filem Pisau Cukur(Siapa Tak Nak Hidup Senang?) yang dibintangi oleh pelakon yang cukup hebat dan berbakat besar Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Eizlan Yusof, Liyana Jasmay..(sekadar menyebut beberapa nama).

Filem Arahan Bernard Chauly ini mengisahkan tentang Bella(Maya Karin) dan Intan(Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki – lelaki kaya selepas Bella tewas dalam pertandingan Siapa Mahu Kahwin Jutawan. Di atas kapal itu, Bella telah berjumpa dengan Datuk Hisham(Eizlan Yusof) dan cuba mendampinginya dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir(Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu. Faqir sebenarnya sukakan Bella dan cuba memikat Bella walaupun dia sedar Bella hanya mahukan lelaki kaya sahaja.

Intan pula yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang sugar daddy iaitu Datuk Salleh(Radhi Khalid) yang sudah berkahwin tetapi tidak ikut serta bersama mereka belayar di atas kapal mewah itu kerana terpaksa menjaga isterinya yang koma selepas membuat sedutan lemak untuk kelihatan lebih cantik.

Kebetulan ketika pelayaran, mereka bertemu dengan Datuk Zakaria yang datang belayar bersama tiga isterinya(Khatijah Tan, Umie Aida dan Shafirah Sofia) serta dua anaknya Suri(Liyana Jasmay) dan Johan(Nas-T). Dalam percutian ini, Datuk Zakaria ditemui mati disyaki termakan jeruk yang mempunyai racun tikus. Jadi, seorang detektif, Ari(Aaron Aziz) yang menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria ini mencabar Intan(Fazura) agar membuktikan bahawa beliau boleh membantunya mencari siapakah pembunuh Datuk Zakaria dan bukannya hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja.

Bagi penulis, filem ini sangat – sangat menghiburkan dari mula hingga akhirnya. Lakonan dan keletah yang gedik dari Fazura terutamanya sangat menjadi dan langsung tidak nampak di buat – buat. Serta ayat – ayat yang diungkapkan seperti “Oh, My Dior”, “Owh My LV” dan lain – lain lagi tidak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini. Lakonan dari pelakon baru iaitu Shahredza Minhat juga sangat bagus dan meyakinkan penulis. Pelakon – pelakon lain juga sangat bagus dalam setiap watak dan situasi yang mereka lakonkan.

Sinematografi filem ini yang boleh dikatakan keseluruhannya berlandaskan 'Green Screen' agak bagus dan tidak mengecewakan. Setiap plot cerita di susun dengan kemas dan penulis tidaklah pening kepala untuk memahami cerita ini. Dan teka teki tentang siapakah yang membunuh Datuk Zakaria membuatkan filem ini sangat menarik. Tahniah untuk pengarah filem ini iaitu Bernard Chauly.

Penulis beri 4 Setengah Bintang Dari Skala 5.

P/S : Tunggu Filem 2012...

13 ulasan:

  1. ouh. terima kasih kerana memuji aku.
    tengok tak ajak! camni ah!

    BalasPadam
  2. pikato ezora : xpayah perasan lah piqah...letih aku tgok ang asyik angkat bakul ja

    BalasPadam
  3. kaku ja lakonan sharedza tu..
    yg wat tak kau sbb dialog dia

    BalasPadam
  4. jazli : haha..maybe sebab gigi besi dia buat nampak kaku tapi ok lah tu untuk pelakon baru

    BalasPadam
  5. Oh My Prada..
    ku dah terjangkit..

    Hehe..

    *tak tengok lagi. Juz baca sinopsis jak. Tapi boleh rasa citer dia bagus..

    *Tarikh birthday bila?

    BalasPadam
  6. lots of love pearls = pergilah tgok..xrugi pun..sokong locol film..
    besday july next year..huhu..lagi brapa bulan jer lagi nak sampai

    BalasPadam
  7. haha..dah tgok..n mmg best..termimpi2 actor gigi besi mlm tu..haha

    BalasPadam
  8. iylienaz : haha...gigibesi tu memang ensem lah...memang wajar anda bermimpikan dia

    BalasPadam
  9. blog walking..lalalalala

    best ek cite neh??macam kena g tengok je..mostly tengok cite omputeh sbb cite melayu neh mengecewakan..hehehe

    baru2 neh tengok papadom! haa..yang ni memang cite melayu yang besttt tahap dewa!!!

    tapi cam teruja lak nak tengok pisau cukur neh..errmmm will think

    BalasPadam
  10. zatilovezuhdi : filem nih okay lah...sebab saya hanya review filem yg saya dah tengok...pergilah sendiri dan lepas itu anda leh buat kesimpulan sendiri..bagi saya filem nih tak mengecewakan

    BalasPadam
  11. bila i sebut oh my prada, dior, and all that in my blog..
    ade manusia bernama "anti kau" tiba tiba menyampuk "ada ke kau duit nak beli prada?"
    dia tak tgk lagi pisau cukur..
    so yesterday... hikhikhik..

    BalasPadam
  12. hanida lavida : haha..suruh dia tgok film nih dlu..huhu

    BalasPadam
  13. I already seen this movie...
    comment???
    pelakon mmg mantap,sgt2 hebat..
    tp jalan cerita exactly mcm detektif Conan..
    penyiasatan pembunuhan atas kapal..
    Aaron aziz act as conan..
    waste my time..
    langsung xmencabar,sgt bosan...
    for me,is not value for my money...
    shooting 96% dlm kapal..
    Gosh..
    better watch 2012
    much2 better,worth it..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com