Apa Kejadahnya Mesej – Mesej Peminat Idola Kecil 2 Nih?

Bagi sesiapa yang sentiasa menonton Idola Kecil 2 yang bersiaran langsung pada pukul 9.30 malam hari Sabtu di TV9 dan siaran ulangan pada hari Rabu pukul 10.30 malam pasti mengenali nama bakat – bakat cilik seperti Dayana, Azam, Maulud , Syafienaz, Sam, Ain dan ramai lagi yang comel – comel belaka serta berbakat besar.

Aku sudah tengok siaran langsungnya pada hari Sabtu lepas dan sebentar tadi ada siaran ulangan dan aku ternampak footnote dibawah yang menunjukkan mesej – mesej sms dari peminat Idola Kecil 2. Macam – macam yang aku baca dan aku rasa sangat terkejut dengan komen – komen negatif dari mereka.

Kebanyakkan mesej ditujukan kepada adik Azam yang berbunyi seperti ini,”Adik nih cutelah. Boleh tak jadi adik angkat akak/abang?Plzzzzzzzzz.” Si Azam nih tak dinafikan memang comel dan bila besar nanti memang ada rupa cuma yang aku pelik dengan manusia – manusia yang hantar sms macam nih. Budak tu masih kecil lagi kut. Lebih baik korang bagi kata – kata semangat dari nak buat adik angkat la berangkat – angkatlah. Ada juga sms yang berbaur lucah semacam jer aku tengok. Diorang nih fidofilia(tak tahu eja macam mana) ker apa?

Kemudian, banyak mesej yang mempertikaikan adik Syafienaz diundi keluar dan minta dia di masukkan balik. Aku pun terkejut hari tu dia disingkirkan sebab suara dia memang merdu juga tetapi adab pertandinganlah ada menang dan kalah. Patutnya masing – masing terimalah keputusan juri. Pasal adik Sam keluar pula tu juga menjadi isu. Kata mereka kenapa pihak Idola Kecil tidak menolak permintaan Sam tu. Nak buat macam mana dah dia nak keluar. Bukan dipaksa jadi terima jer lah keputusan Sam sebab dia tahu apa yang dia buat. Tetapi, suara Sam memang power lah sebagai seorang yang bukannya Melayu. Kagum juga aku dengan dia.

Kemudian banyak mesej yang mengesyorkan sepatutnya adik Maulud atau adik Nurul di buang kerana kononnya si Maulud tu over dan si Nurul pula suara tak sedap. Apa salahnya Maulud over. Lagipun, dia kan masih kanak – kanak lagi. Aku tengok dia berbakat jer. Dia sangat pandai menari dan gayanya memang semulajadi dalam lakonan. Okay jer. Pasal si Nurul pula, kalau betul suara dia tak sedap takkan juri pilih dia masuk pertandingan itu. Lagipun, belum tentu suara korang sedap berbanding dengan dia.

Paling aku tersentuh dengan satu sms yang menyuruh Maulud dengan Nurul disingkirkan. Punyalah tak ada hati perut dan busuk hatinya dia hantar sms macam nih,”Kenapa Fienaz yang keluar? Patutnya Maulud yang over tu dengan Nurul yang suara tak sedap tu keluar. Dahlah mata Nurul tu juling”.

WTF kau suka – suka jer nak hina ciptaan Allah!!

Memanglah dia juling tetapi bukan dia yang minta. Cuba bayangkan kalau kau juling pastu orang yang kau tak kenal kutuk – kutuk kau sedangkan kau langsung tak kenal dia. Tak ker sakit hati kalau dapat tahu. Lagipun, kalau mata juling tu boleh dibawa berubat menjadi elok sudah lama mak bapak si Nurul tu dah ubatkan bagi elok. Sumpah aku rasa sangat terkejut dan kecewa dengan sms tu. Tak sangka ada manusia yang sanggup kata macam tu dekat budak Nurul tu. Kalau budak Nurul tu tergedik sana ker terhegeh – hegeh ker atau dia ada maki mak ayah kau ker tak kisahlah kau nak kata macam tu tapi dia baik jer dalam rancangan tu. Apalah dosa dia pada kau sampai kau tergamak kata macam tu dekat dia. Serius aku sangat sedih baca.

Tolonglah manusia – manusia yang menghabiskan duit sms yang bukan – bukan atau menghina sebentar tadi. Mereka semua tu berbakat dan ada kelebihan masing – masing. Bab suara sedap ker tak itu ditentukan juri. Juri yang pilih mereka masuk dan mereka cuma bertanding secara sihat. Korang boleh nak sokong atau minat siapa – siapa pun korang nak tapi janganlah kutuk, hina atau cuba menghakimi budak – budak yang korang tak minat atau gemar.

Cuma lihat persembahan dan kalau suka beri tepukan atau doakan kejayaan. Kalau tak suka diam sudah. Jangan sokong kerana mereka cute atau comel sahaja. Lihatlah pada bakat mereka dan jangan sesekali menghina kekurangan yang ada pada mereka. Mungkin kau yang sms tidak juling tetapi belum tentu anak – anak kau atau cucu – cucu kau akan mempunyai mata secantik kau juga. Fikirlah dulu sebelum menghina!

Mungkin korang nampak macam aku nih peminat fanatik si adik Nurul tu tetapi sebetulnya aku sangat menyokong si adik Dayana. Bagi aku semua bagus – bagus dan bagilah sokongan pada semua. Jangan menghina tak tentu pasal.

Apa – apapun, selamat berjuang pada semua adik – adik cilik Idola Kecil 2.

P/S : Lepas Tengok Sms Biadap Tu Terus Aku Tutup TV….Kurang Ajar Betul Orang Yang Hantar Sms Macam Tu!

Pertanyaan : Dengar Katanya Cik Zatil Nak Bertunang Esok? Betul Ker?

42 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. apahal la ada cite cenggini?
    budak kecik lagi dibuatnya pertandingan nyanyi...buat la pertandingan spelling bee ke...lari 100 meter ke...

    BalasPadam
  2. aha. mmg biadap.
    tadi pun wat pertama kali tgk idolah kecik tadi tu.

    ok je. babakat je ak tgk!
    haha.

    aku ske fienaz dgn aril dgn azam.
    lalala.
    tetibe je kan..

    BalasPadam
  3. diorang ni buat sesuatu tak pikir pakai otak..depa pakai kepala lutut..

    p/s: aku tak pernak tau pon yg ada program realiti untuk budak kecik..hehehe

    BalasPadam
  4. aku mmg x pernah tgk lah..

    tapi pihak penerbit pun satu!!

    kalau nak untung sgt pun dr sms tu.. tapis2 lah mana yg x berkenaan!!

    BalasPadam
  5. Avid : adess....fokus dia pada nyanyian..pasal tu wat prtandingan nyanyi

    afiq : hahaha...dayana tetap dihatiku

    enyheartsdiamond : haha..tak kisah..pasnih kena tgok

    hisham : tak boleh lah...xtau asal

    imam : nih season 2 dah pun

    bulan itu aku : haha..af orang besar2

    aminah : teremo weih...nak wat macam mana

    si tedi : itula pasal...pelik2 jer letak footnote macam tu

    BalasPadam
  6. marah nampak..
    hahaha..tapi Dayana tetap da best..

    aku malas balas pum sms tuh..nyakitkan ati ajew..

    BalasPadam
  7. huiiiii... ade ciri2 nak kena cepuk budak anta sms tuh. grrrr

    BalasPadam
  8. aku peminat setia idola kecil 1 dan 2
    pada aku satu pun tak yah buang
    semua best2 dan hebat
    better dari AF or lain2

    frust minggu ni tenet slow xleh tgk

    BalasPadam
  9. chekgu sekolah : aku pun xbalas sms tu..buang kdit jer

    Nuraimyasmin : betul..kalau ku tau saper dah lama cepuk dia

    Noorlaila : hahaha..kang tenet ok la tu

    BalasPadam
  10. budak budak mencari realiti dalam kegelapan, abaikan. :)

    BalasPadam
  11. cessssss...
    tidak patot itu...
    sian dak tu..
    aku jarang tengok...
    tapi kadang2 layan gk...

    huh~
    aku pon tutup tv gk lah!
    hehe..

    BalasPadam
  12. Haha...
    Selamat aku memang tak layan Realiti TV nie... Kalau tak mboh mencarut jugak depan TV tue

    BalasPadam
  13. ukh kau nh
    tgk idola kecik pn leyh emo
    sbar ekh..

    BalasPadam
  14. Salam Hans,

    Jujurnya, saya tak minat langsung dengan Idola Kecil.

    Biarlah orang kata old fashion atau apa saja, bagi saya kanak-kanak sebaya itu tidak wajar mengutamakan bidang nyanyian dengan cara melampau.

    Lihat saja apa yang jadi kepada 'artis mi segera' produk Akademi Fantasia.

    Ke mana mereka? Hala tuju yang kabur dengan ilmu yang terhad, tanpa sebarang aset tambahan tidak membawa mereka ke mana-mana. Apatah lagi dengan saiz pasaran hiburan kita yang terhad, di samping kebanjiran muzik Indonesia yang menjadi pilihan radio dan TV negara kita, artis sebegini akhirnya suam-suam kuku dan menjadi beku jika tidak pandai membawa diri.

    Berbalik Idola Kecil, saya tak boleh bayangkan jika mereka melupakan pelajaran, semata-mata mengejar impian menjadi artis, akhirnya merugikan diri sendiri.

    Apa jadahnya mewujudkan Kelab Peminat dan membuka ruang debat mesej dan SMS, jika tidak berorientasikan keuntungan?

    Jelas, kanak-kanak ini hanya alat untuk golongan kapitalis mencari keuntungan singkat..

    BalasPadam
  15. aigooo~
    aku memang tak tengok citer camtu~
    tapi unsur2 kutukan tu tak perlu la kan~

    bebudak je lagi pon~
    kecoh betul org2 yg anta sms tu~

    BalasPadam
  16. gua syak pengirim sms tu mesti budak2 jgak..

    BalasPadam
  17. sy pun minat sgt kat azam tu...
    kpa azam...
    err...
    azam nak x jd anak ikan sy?
    hahhahahahaha
    motif!!

    BalasPadam
  18. aku tgk gak cte tu..

    aku pon bengang dorg kutuk2 nurul sbb die juling.aku bkn kipas ssh mati nurul pon tp sakit ati dgr dorg kutuk die juling.pk2 la..korg kutuk die juling bkn die mtk n korg kutuk sape sbnrnye?kutuk die juling means korg kutuk ciptaan Tuhan.

    korg pon aku rase kalu org kutuk korg,korg bengang kn?xyah byk la..org ckp korg pndk,gemok,gelap,xcntk pon korg da melenting kn?

    bersyukur la dgn ciptaan Tuhan.korg hina2,kutuk2 ciptaan Tuhan.fizikal org len.juling,gemok,x ensem sme mcm korg hina Tuhan sbb sume tu Tuhan yg jd kn..so?korg pk la sndiri..Tuhan kurniakn akal utk manusia supaya manusia berfikir.

    **da pjg cam wat n3 da aku komen.bkn pe,br nk wat n3 sal ney gak tp ko da wat dlu.hehe..

    **ak ade bc 1 msg kt karpet gua.com ckp nurul ptt kua.die xlayak sbb die juling.mn ade artis msia juling.>>pemikiran apekah ini??

    BalasPadam
  19. nilah akibatnya budak2 dah expose ngn benda2 gini.yg tak bersalah jadi mangsa.yg kuat menghentam bertambah2 kuat menghentam.huhuhu

    BalasPadam
  20. pakick tk suka rncangan gini..mmg pkcik tk tgk...tasuke tasuke mencik mencik!!!kecik2 dah ajar nyanyi2!wat la contest lain yg kreatif sikit..mcm kt jepun...lg best maa....

    ..malaysia ni asyik rancangan nyanyi2..joget2!!!

    BalasPadam
  21. salam...tengok gak tp sbb dah xde cite lain...cuma rasa bangga dng bakat dia orang...kecik2 suara mcm org besar jer...

    BalasPadam
  22. dugaan jd artis. wlopon msh muda. hohooh

    BalasPadam
  23. Hmmm....
    oh dear... sepatutnya budak2 berusia mcm tue diberi kata-kata semangat bukan sms2 mcm tue. Fikiran kanak2 senang dipengaruhi baik perkara negatif mahupun positif.
    =(

    BalasPadam
  24. x suke tgk
    hope depa ni x abaikan pelajaran & agama..asyik menyanyi jerk...

    BalasPadam
  25. mata juling pon nak jadi masalah ke?
    wakakakaa~
    mmg manusia suka memandang dari segi luaran saje~
    pape je la~

    BalasPadam
  26. ak ikut gak idola kecil ni..sbb adik2 aku semua tgok..jahat betul mulut org yg kutuk Nurul tu..
    macam haram je..even Nurul tu orang Kedah..ak bukan bersifat kenegerian..x ptt membezakan org hanya dengan physical appearance..
    she's got the talent.

    BalasPadam
  27. huhu..aku layan idola kecil 2..serious..sanggup x tgk sehati berdansa..:P..sbb idola kecil..:P.pasal idola kecil..serious sume ok..suara dorang jauh lebih bagus dari budak af kot..haha..aku pon ader bace komen lain..cth dlm newspaper..dorng ckp..asal la nak ader idola kecil.x elok la..kecik2 dah pegang tgn..nape yg kecik yg dorang nampak??yg dah tua bangka..terkinja kinja??seksi meksi??pegang2 tangan??x nak plak tegor??sometimes aku dok pkir..lebih baik budak kecik diasah bakat..x kire nyanyian ker..ape ke..sbb dorang leh dalami bnda nei bebetol..:)..ni just pndpt aku..:)

    BalasPadam
  28. mmg skrg ni mcm2 program mcm tu..cmne la budak2 nk belajar btul2..asyik sibuk menyanyi je..huhu..

    tp kalalu bab sms nie mmg suka sgt tgk..mmg melampau2..nk2 masa zaman mawi..aduh mcm2 msg terkeluar..

    BalasPadam
  29. tengok juga semalam.. tapi xingat nama dorang nih.. sora adik yang kuar semasa siaran ulangan semalam serak2 basah.. bestjer dgr.. tapi sayang rezeki bukan berpihak di sebelah dia~

    BalasPadam
  30. mcm2 msg..siap sempat usha lagik mata juling ke x...

    mesti budak2 tu p0n plik..ad jgk 0rg kasi k0men2 mcm ni..mengalhkan di0rang yg budak2 plk ayat..mcm 0rg xmatang...hu3

    BalasPadam
  31. haha.membazir jek mereka2 2 pi sms mende2 gitu.lagi baik duit 2 bagi kat kite kan hans..haha

    BalasPadam
  32. Aku tak tengokpun Bintang Kecil tu. huhu.

    BalasPadam
  33. hahaha..emo siyal kaw..chil22..ak rs dh bdak2 jgk yg antar mset2 ni..pemikiran x matang.. nk wat cmne..ko skong sp ni..semangat smcm..haha

    BalasPadam
  34. aku ske tgk jugak tapi tak pasan mesej2 tu..memang tak patot la..sape yg ckp gtu..btw aku arse nurul tu berbakat aje..cme kene blaja nak lenggokkan sore kot..n maulud plak sbb sore die br nak pecah..tu cmtu..papepon aku rase dorg okay je..=)

    BalasPadam
  35. macam2lah sekarang. dulu masa aku kecik, kelab kanak-kanak angkasapuri lagi best. kurang2, ada info. idola2 ni, buat kanak2 dipaksa jadi orang besar je.

    BalasPadam
  36. Bukan fidofilia. Tp pedophile la.

    Minat kat Sam. Pergh, suara power.
    All the best Sam Khor Bin aka 许茗声.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama