Apa Salahnya Berblog?

Aku nih kejap ada mood kejap tak ada mood. Bila aku cakap aku ada mood nak berblog aku tak pula publish sebarang entry. Bila aku kata tak ada mood....sekali sampai 4 entry sehari aku update. Gangguan atau ketidak seimbangan hormon telah berlaku nampaknya sekarang. Adoi!

Aku suka berjalan - jalan atau para blogger kata blogwalking pada minggu nih. Jadi, ramai juga yang mempersoalkan orang yang suka berblog nih tidak ada life atau kehidupan. Hish! Mana boleh macam tu. Okay jer kehidupan aku nih hah! Hidup juga! Senyum juga! Selera makan okay jer!

Aku faham kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Kadang - kadang kita suka benda tu ada orang tak suka. Bila kita puji ada yang mengkritik. Bila kita kata bagus ada yang kata tidak. Bila kita kata "Ini blog aku. Sukahati aku lah!" dan ada yang akan kata "Sukahati akulah nak komen apapun". Hakikatnya, kita memang tak akan dapat membuatkan semua orang suka pada kita kan dan lumrah manusia memang suka mencari kesalahan manusia lain.

Dan bila ada yang kata tiada kehidupan bagi para blogger memanglah aku menafikan walaupun ramai yang setuju. Mereka beranggapan si blogger ini hanya berani bersuara di sini dan tidak di luar. Ada juga yang kata si blogger tidak ada keyakinan diri. Benda ini subjektif. Mungkin kadang - kadang telahan kamu tepat tetapi bukannya betul pada setiap orang. Hanya segelintir barangkali.

Bagi aku berblog nih mampu membuatkan ilmu pengetahuan am, agama, batin dan zahir kau bertambah secara mendadak. Baru tadi aku terbaca satu blog dan baru aku tahu harga topup untuk hp yang dahulu saiznya besar gedabak masa zaman Pak Kaduk dulu paling murah RM60. Tudiaaaaa! Mahai mampuih! Mana tahu tiba - tiba termasuk Who Wants To Be A Millionaire ker dan keluar plak soalan pasal nih..tak ker aku dah boleh jawab tanpa perlu guna talian hayat. Hahaha.

Berblog juga boleh menambahkan atau merapatkan hubungan silaturahim. Kenapa berfikiran manusia yang berblog itu tiada keyakinan diri? Buktinya, banyak jer gathering atau majlis - majlis yang diadakan antara mereka. Beranilah tu. Kau ingat senang ker nak jumpa orang yang kita hanya kenal dekat blog? Mana tahu tiba - tiba dia perompak yang suka baca blog orang ker atau pun seorang pembunuh bersiri yang bertopengkan kepada blog yang menarik. Itu boleh dianggap satu keberanian dan keyakinan jugalah kan?

Dan bestnya berblog nih sebab orang berkawan dengan kita sebab penulisan dan bukan sebab wajah. Tapi, ada juga sebab nak suruh follow blog atau sebab tengok gambar profile kita hensem atau cun melecun. Bagi aku, dekat blog kita berkawan dengan blogger lain kerana kekreatifan(rosak bahasa Melayu macam nih) entry yang dihasilkan oleh blogger ini sama ada entry itu ialah tentang politik, pengalaman, gambar, contest, kelucahan melampau, syok sendiri atau lain - lain.

Walaupun ada yang kata berblog ini mungkin akan membuatkan kau tidak matang dan aku tidak berkata aku tidak bersetuju. Ada betulnya juga. Sebagai contoh, ada blogger meluahkan rasa tidak puas hati atau marah kepada seseorang yang diluahkan di dalam entry. Kita yang membaca akan merasakan blogger itu betul walhal hakikatnya kesalahan itu berpunca daripada blogger itu sendiri. Jadi, mungkin kita tidak boleh mempercayai entry itu bulat - bulat atau lebih senang dengan mengambil jalan mudah iaitu hanya berfikiran positif dan baik - baik sahaja.

Pertengkaran yang berlaku antara setiap orang yang berblog juga sering berlaku akibat berselisih pendapat. Aku tidak kisah jika mempertikaikan apa - apa yang mereka tidak puas hati cuma kalau sebolehnya berbahasalah sesopan mungkin. Mungkin diluar kau hebat, gangster, kaki pukul dan sebagainya tetapi janganlah kau bawa kehebatan kau itu di dalam komen - komen kau pada blog siapa - siapa pun. Kurang manis begitu!

Banyak juga blog yang menghadapi masalah dengan anonymous. Komen - komen dari anonymous selalunya mampu membawa kepada ketidakpuasan hati seorang blogger. Tidak mahu dilayan tetapi kata - katanya perlu juga dibalas bagi menjelaskan apa yang mereka rasa. Entah, susah mahu cakap pasal perkara ini. Bak kata orang, baling batu sembunyi tangan. Senang cakap komenlah secara bijak dan sahsiah.

Rasanya tak salah berblog sebab banyak juga manfaatnya.

P/S : Pendapat Saya Mungkin Salah Dan Anda Bebas Memberikan Pendapat Atau Tafsiran Sendiri.

53 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gud en3..padat n kemas...hehe..
    ~anonymous yg menyorok ni..leh ditafsikan org yg mempunyai kemaluan didahi...tu yg nyorok tu..kalo btl anak mak bg name siap IC or link..ni ade blog pn gune anonymous p blasah org..hehe..tk cre

    BalasPadam
  2. ahaha
    yeayy!! betol betol ape kau ckp
    kalau aku salah pun kau tego la aku. ngeehee

    BalasPadam
  3. stp orang nk menang...xkn klh..ada yg tmbh cte..ada yg kurg cte....dpends....n anynomous..mgkin xreti nk gne blogspot..or dia xda pride nk gado...such a coward...

    BalasPadam
  4. orang yang kate bloggers ni xde life sbb dorang xnah blog atau xpaham erti blogging.so dorang xde keje nak wat,ckp camtu lah.pathetic.pfft.

    BalasPadam
  5. Proffy : wah,100% tu

    Hisham : haha..yg tak tahan kalau ada blog tapi jadi anonymous..tu sangat memalukan

    LyaElyza : sama lah aku pun

    Aminah : haha..marah betul ko dgn anonymous

    Mr Clive : haha..betul juga tu..eh,amacam drama blog part 1 tu?haha

    BalasPadam
  6. aha.
    aku baru ber blog.
    aku mula suka ber blog.

    blog macam kamera.
    merakam situasi, emosi, kreativiti, pendapat dan memacam lagi.

    bende yang kita rase leh kongsi dengan org len.

    so, 1 masa nnt, kite akan selak belek blog2 ni. tgk balek bende2 yang "dirakam" sebelum ni.
    macam gambar.

    ape aku merapu ni!? haha

    BalasPadam
  7. tak salah berblog..ko btol..cme pikirkan akal sblm menyokong mane2 pihak..huhu

    BalasPadam
  8. nice entry!

    betol!aku mang bersetuju:-)

    kdg2 org main taram je komen ni sangat menjengkelkan.nak2 yg suka hentam2 tu.kalu nak tgur pon, bebaik ar .kan hans kan?hehehe

    BalasPadam
  9. dah semua yg komen ni semuanya rajin blogging...CONFIRM lah semua setuju dgn entri ni.HAAHAHAHAHa.

    BalasPadam
  10. secara kasarnya yg aku nampak..blog ni adalah medium atau peluang utk perkatakan apa yg kita tak dpt nak perkatakan di dunia realiti..mungkin terlepas peluang, jadi blog seringkali dijadikan tempat utk lepas geram...tunjjukkan ekspresi....yang menjadikan sesorg itu takle life atau loser adalah apabila apa2hal pun dia akan refr,ckap,tulis,buat kat blog.....terlalu menggunakan peluang ini walhal di dunia luar dia tak lakukan apa2...ksong.itu yg dikatakan takde life.

    BalasPadam
  11. walaubagaimanapun...dlm dunia berteknologi skrg..x salah jadikan blog adalah sebahagian dari hidup,asalkan hidup di alam bukan maya tak terbuang.

    BalasPadam
  12. helop...baju i love aloq setaq belum ada stock yg dah siap.kalau tempah baru kami order.sekian.

    nice blog

    BalasPadam
  13. aiyoo.. mana da xde life.. ish2.. teruk tul..org yg kata tuh. ok jer kehidupan.. xberani ckp diluar?? xde keyakinan.. tipu ah.. hbs.. ahli politik.. cmne tuh..

    BalasPadam
  14. saya x tahu nape berblog....saya suka cite pasal life sy je....sangat membosankan sbb tu x ramai readers...tp angel x kisah..angel dpt tahu sape yg betul2x follow angel...
    kalau ada yg boleh di kongsikan angel akan kongsi ngan semua...
    angel sokong net3 ni juga..
    xsalah nak blogging....
    kalau ade yg x suka..terpulang la kan...
    kita bukan mengemis nak org kesiaankan kita...huhu..
    terpanjang sorry

    BalasPadam
  15. klu bkn blog..oden tk knl sape hans yg kacak nie....=)

    BalasPadam
  16. Sokong-sokong

    Lagi best lepak ngan member-member blogging daripada lepak kat myspace , friendster bla..bla..bla .

    Kat blog kita leh publishkan entry kita untuk tarik perhatian ramai tapi kalau kat myspace , friendster kita kena publish tubuh .....

    BalasPadam
  17. yess betol beb..
    ramai antara kawan2 aku yg tatau mcm mana nak berblog sbb diorg tak reti menulis..bkn takde idea cume tak tahu bagaimana nak olah dlm bntk tulisan..

    dan tujuan aku berblog ialah utk menulis apa saja yg terlintas difikiran and aku jugak suke blogwalking blog2 org lain dan baca tulisan or pendapat diorg pulak..

    haha ok x?

    BalasPadam
  18. hhmm...
    btul2...








    *rindu giler blog kamu
    **mcmner nl bekerja nie

    BalasPadam
  19. kalo dh msok dunia internet ni
    kenalah terima baik buruk
    kalo diri x kuat...so jgn blog la..hehehe..kalo wat sempoi je cam den ni ha...jalannnnn..kahhh

    BalasPadam
  20. Teman start dunia computer dari apple IIC. Start ym dari version 1st. Start blog baru bulan lepas jewr. So, teman takleh arr nak jawap sebab masih nubies. hehehe.

    BalasPadam
  21. Baru tadi aku terbaca satu blog dan baru aku tahu harga topup untuk hp yang dahulu saiznya besar gedabak masa zaman Pak Kaduk dulu paling murah RM60. <<< Handphone ATUR dulu2 harganya RM 16,000 jewr. Besor beg jamesbond tu. Pastu dulu Sapura sekarang dah sonyericsson, dulu 018 mobikom, 011 atur, 019 celcom, 017 adam dll. Hehehe. Dunia dah maju erk?

    BalasPadam
  22. ape salahnye berblog. terapi yang paling bagus sekali adalah blogging.setuju dgn hisham..kita disini bebas bercakap ape yang kita nak..bnyak info kita boleh share.

    daripada melayan FB tagged mys yang tah ape bende tu..! sangt bagus entry ni!

    BalasPadam
  23. a de apa silapnya berblog. cuma yg silap bila mereka berblog untuk menghentam dan mnjatuhkan orang lain

    BalasPadam
  24. hmm..susah nk puaskan hati smua org..yg penting happykan diri sendiri dulu..

    BalasPadam
  25. setujuuu!
    syg gile kat dunia blogging ni
    kedatangan anon adalah sgt aku nanti2 kan
    konon aku femes sbb ada org jeles
    tp baru sekali kot dpt
    haha

    BalasPadam
  26. heheee
    betul2 blog pn leh tamabah ilmu kan
    xde life
    no la
    kite kan menulis ttg kehidupan jgk
    kan..kan..

    BalasPadam
  27. yg kata blogger takda life tu pun pasti buat blog walking juga kan walaupun dia takda blog, dia sibuk juga naktau life blogger yg takda life ni..aiyya, sebenarnya siapa yg takde life ni?..?

    BalasPadam
  28. mmg xperlu pown nk rse bersalah berblog nih. tu semua hal memasing. ikot dowang la dowang nk post entry cmner pown.
    bg aku. berblog nie 1 experience tok aku. aku ble bace entry org. aku ble mendalami perasaan org.
    kekadang tuh aku ble barang kt dalam blog nih. hihuhu..
    ape2 pown it depents pd org laen nk mcm mne. kalo ko rse xske nk be blog org or xdpt nk tma entry the others blogger. tu ko nye pasal.
    hahahahhaha

    BalasPadam
  29. salam hans
    betul betul betul
    aku punya blog, suka hati aku la
    ekekke
    tapi jgn menyentuh peribadi org yg org kenal
    lain lah public figure

    banyak manfaat
    ada pro n kon

    jom2 kita berbelog
    ekekkeke

    BalasPadam
  30. huhu pandai berkate-kate :)
    aku sokong!

    BalasPadam
  31. hehehe~
    betul!
    nak peluk ko sambil sokong laju2 bleh?
    kih3~

    BalasPadam
  32. Afiq : wah,betul la tu...blog ibarat camera..bagi aku blog ibarat novel

    Chokio_Nia : yups..betul2

    Faizal Sulaiman : yups...

    Cik Haa : haha

    Fndrocka : wah,banyaknya komen ko...eh,maybe yg suka berblog akan kata best tetapi si silent reader atau anonymous?kita tak tahu jawapan diorang dan selalunya jawapan diorang pasti berlawanan...itulah maksud aku...aku cakap tak semua berblog tu bagus tapi bukan semuanya buruk..hanya segelintir dan terpulang pada si blogger tu mencorakkan kehidupan dia.

    Zarpeno : owh,macam tu rupanya...aku tgok dompet jap cukup x duit..haha

    Zuewairy : hahahaha...see....betul lah tu

    BalasPadam
  33. Crying Angel : haha..nice comment...xkisah panjang pun..betul lah tu..xmengemis dkt diorang pun

    Pakcik Kordi : owh,terharu baca komen pakcik..haha

    Rowena Chasez : thanks

    Toyakaruma : hahaha..tubuh?biar betul...

    Nagiha : okay la tu...same to me

    Tengku_Fir21 : hahha...orangnya ko xrindu?hahaha...

    El : yups...dah nak dkt 2 tahun dah blog so itulah pasal..xkisah sangat dah pasal semua2 tu..just kepada yg baru2 ni...harap2 diorang cekal

    Dak Wan : untuk pengetahuan bro la..my opinion...yang baru tidak semestinya tidak bagus...dan yang lama tidak semestinya bagus...just share what u want to share n let us to think about that...

    BalasPadam
  34. Seroja Jingga : haha...gua suka layan fb juga tapi blog juga yg best

    Si Tedi : yups..boleh mengkritik tapi biar membina

    Iylienaz : betul2...gembirakan diri masing2 sudah

    Norlaila : hahaha...pasnih datang lagi ramai la tu

    Min : betul2...life la tu kan

    Nursarah87 : nice comment..betul juga kan...sapa suruh dia baca..haha..dialah xada life

    Roxy : yups..betul tu..dia punya pasal la kan?sapa suruh baca..haha

    Blue City : yups..ada pro n kon...haha..sila2 berblog

    Asam Pedas : thanks

    Lord Zara : uish,bukan muhrim..takleh peluk2..haha

    BalasPadam
  35. hehe... Berblog takde salahnya kecuali jika disalah guna...

    Cntoh salah guna:
    1. Blog lucah XXX
    2. Blog untuk bisnes merapu
    3. Blog politik hampeh (maki tak tentu pasal)
    dsb...

    Blogging satu medan untuk kita berkongsi hidup, pengalman dan pendapat...

    Jangan ambik terlalu banyak masa berblog sudah

    -Redz da Tsar betheredz.blogspot.com- Saja nak guna anonymous... Hehe

    BalasPadam
  36. eh..ad kan bl0gger pakai nick ANON..heeee

    BalasPadam
  37. maknanye sy berani la kot kan hehe.

    melalui blog boleh tambah kenalan

    melalui blog boleh tambah ilmu

    dan melalui blog juga kite boleh tau yang mak dah bg lampu hijau ahaha.

    Blogger punyer life la. Dan blogging antara serpihan life dorang kan kan.

    pasal gaduh blog, pasal anonymous errr tak tau la huhuh. sepanjang berblog nih x penah lg gaduh2, harap2 xde la.
    hai hans. thanx komen, kte komen blk nih haha. tetibe jer.

    BalasPadam
  38. i like dis entry ohh :)

    seriously pngtahuan makin membiak2 dgn jayanya melalui dunia bloging ni..

    bnyk kisah hidup org lain yg boleh djadikan pnglaman dan pngjaran coz pngalaman itu,, yg digarap dari sesiapa juga,, adlh sekolah kehidupan yg paling tak ternilai harganya..

    dan 4 sure,, tak pernah ada sedikit pon rasa sesal ohh terjebak ke alam blogging ni :)

    BalasPadam
  39. btul tu..tp berblog ni atas diri masing2 kan nk cmne..dia punya blog dia punya suke..

    BalasPadam
  40. terjah blog ini..
    hehe

    aku setuju dgn pendapat kamu
    dan aku juga setuju dgn pendapat sis seroja.. blog ini mcm terapi.. dan aku mengakui perubahan dlm hidupku selepas berblogging. perubahan yg positif yg ku dapat katakan.

    syabas
    kamu byk gunakan peribahasa dlm entry nih..

    BalasPadam
  41. betull..kalau tak suke sekalipun janga pakai anon....pakai nama sendiri cakap apa tak puas hati..baru gentle

    BalasPadam
  42. Blog blog blog.. Hoho.. Bnyk kenangan.. Sume best2.. Knal ramai orang.. Life dlam blog juz as meriah hidup di luar.. Ade khidupan di luar atau tak, berkeyakinan di luar atau tak, mcm ko kate laa, segelintir jek.. ;)

    Aku kalau boleh nak ade suami yg ade blog, anak2 aku nanti aku nak ajar wat blog gak.. Hehehe.. ;p

    ~ last but not least.. aku sokong ko.. AFUNDI HANS.. ngehehe..

    BalasPadam
  43. salam...tepuk dada tanya selera...kita ambil yang baik-baik aje ler...bermula dengan niat yang baik...kalau masih ada yang tak berpuas hati apa yang mampu kita buat...asalkan kita tak kacau orang ok ler tu...

    BalasPadam
  44. saya suka kamuuuuuuuuuu
    punyer blog!!!!

    BalasPadam
  45. Anonymous @ Redz Da Tzar : haha..ingat ada anonymous mana tadi nak maki aku...haha

    Sharamli : ahaha...ada tapi tu lain kes

    Notso Violet : hahah..welcome

    Mililara : betul2...banyak ilmu dapat

    Amyliana : yups,asal xmelanggar hukum agama n undang2 kan?

    Nur : eh,banyak ker peribahasa dalam entry ni?baru perasan..haha

    Firol : haha...ekau pun ada masalah dgn anony ker?

    Farhana : hahaha...Ingat Akademi Blog ker ada undi2..haha

    Naz Ilyn : yups..betul2..

    BalasPadam
  46. Salam..Hans..X salah pun berblog sbb mcm yg Hans ckp tru blogging lah kita boleh dpt ilmu pengetahuan yg berguna,info & tips2 terkini pun kita boleh share & jadikan panduan kn..Selain tu kita boleh dpt raamai kwn!So,sape yg ckp berblog itu adalah SALAH maka orang itu SILAP..

    BalasPadam
  47. aku setuju ngn ko wei.. sepanduk SETUJU besar2 aku angkat..

    BalasPadam
  48. Kak Ieda : haha..thanks

    Chah : hahaha..serupa rusuhan jer

    BalasPadam
  49. Satu hujah yg sangat logik dan benar pada Vee... =)
    Ber'blogging' ni bagi Vee banyak bagusnya sebab blog dapat menambah pengetahuan kita, dapat melepaskan tekanan melalui cara kita sendiri, bertukar pandangan... etc... =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama