Drama Blog Minggu Ini : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering Part 2

Tajuk Drama : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering Klasifikasi : PG13 Bahasa : Melayu Rojak Watak - Watak :- Pak Yob Arf Rodrigo Alfonso Laura Zo Ho Liau Chef Cik Do Chef Fazura Martinez Kucing Tuan Rumah
Akhirnya, keputusan telah dibuat oleh oleh Laura dan Rodrigo selepas berbincang dengan ayah Laura. Mereka telah memilih kedua - duanya sekalinya untuk menyediakan menu kepada tetamu - tetamu majlis perkahwinan mereka. Jadi, setengah daripada senarai menu di berikan kepada Catering Pak Yob dan setengah lagi senarai menu di berikan kepada Catering Arf Curry. Jadi, Pak Yob dan Arf sekali lagi bersaing untuk menunjukkan makanan yang di masak oleh siapa lagi yang sedap. Pak Yob telah berjanji kepada Chef Cikdo bahawa jika masakan mereka dipuji oleh tetamu maka Pak Yob akan memberi bonus 6 bulan gaji kepada beliau manakala Arf pula telah menawarkan pakej percutian ke seluruh Eropah kepada Chef Fazura Martinez jika makanan yang dimasak beliau akan dipuji lebih sedap oleh para tetamu berbanding makanan daripada Catering Pak Yob. Tibanya hari perkahwinan Rodrigo Alfonso serta Laura Zo Ho Liau yang penuh meriah dengan lebih 3,000 tetamu. Ini juga hari yang bakal membuktikan makanan siapakah yang paling sedap sekali. Di dalam bangunan kedai yang menempatkan kedua - kedua catering itu, Pak Yob dan Arf telah berpesan kepada chef mereka masing - masing sewaktu pagi yang sangat hening itu. Di dalam kedai Pak Yob :- Pak Yob : Aku nak kau masuk dalam kedai diorang senyap - senyap dan masukkan benda nih di dalam periuk makanan diorang. Jangan sampai kantoi! Chef Cikdo : Pak Yob biar betul....serius kah? Pak Yob : Aku seriuslah! Kau nak bonus 6 bulan gaji ker tak nak nih? Chef Cikdo : Baik - baiklah. Pak Yob : Ingat! Masukkan benda nih dalam satu periuk diorang jer tau! Che Cikdo : Okay! Di dalam kedai Arf :- Arf : Fazura! Aku nak kau masuk senyap - senyap dalam bahagian dapur diorang. Lepas tu kau buang benda nih dalam salah satu periuk diorang. Fazura Martinez : Besar sangat nih bos. Kalau kantoi macam mana? Arf : Itu pandai - pandai kau lah. Kau nak pergi melancong ke Eropah ker tak nak? Fazura Martinez : Yer lah. Saya buat. Tapi kalau kantoi saya tak bertanggungjawab. Arf : Okay! Pak Yob dan Arf pun cuba berlakon baik dan konon - konon masing - masing keluar pergi minum teh tarik dahulu bagi memudahkan chef mereka menjalankan tugas yang diamanahkan. Lalu, chef masing - masing mengambil peluang untuk menjalankan misi mereka sewaktu bahagian dapur masing - masing menjadi sunyi selepas makanan sudah siap sedia dimasukkan di dalam periuk besar sebelum di angkat ke dalam van masing - masing. Mereka cepat - cepat memasukkan barang - barang yang di suruh oleh bos masing - masing ke dalam periuk makanan itu dan cepat - cepat menutup serta memastikan misi mereka berjaya. Setibanya makanan - makanan itu di majlis perkahwinan Rodrigo dan Laura, pada pukul 10.30 pagi maka ayah si Laura iaitu tuan rumah mahulah juga melihat rupa menu mereka pada hari itu. Dia menuju ke periuk - periuk besar milik Catering Arf Curry dulu dan tiba - tiba tuan rumah menjerit besar apabila melihat beberapa ekor lipas yang sudah mati terapung - apung di dalam sebuah periuk yang berisi gulai daging itu. Arf serta Chef Fazura sangat terkejut besar dan mereka melihat Pak Yob tersenyum sinis tanda puas. Arf mula panas hati. Tuan Rumah : Nih pasai apa ada lipas nih? Hang pa semua buat keja macam mana? Nih majlis dah nak mula dah nih? Takkan aku nak bagi depa semua makan lipas kut? Arf : Maaf encik. Saya rasa ada orang cuba buat khianat nih. Tuan Rumah : Sapa yang nak buat khianat dekat hang?Aku marah nih. Hangpa punya katering pengotoq. Pak Yob : Betul tu encik. Katering diorang memang kotor. Sampai berbelas lipas dalam tu. Tapi, saya punya menu Encik jangan bimbang. Pasti bersih punya. Tuan Rumah : Nasiblah aku ada buat back up suruh Si Laura tu ambik dua katering. Kalau tak musnah majlis hari nih. Tuan rumah pun melihat - lihat pula periuk - periuk besar milik Pak Yob dan tiba - tiba :- Tuan Rumah : Ya Allah! Hang masak apa nih? Pak Yob : Ayam lah encik. Kan tu ayam masak merah tu. Tuan Rumah : Nih ayam apa ada bulu, ada ekoq dengan ada 4 kaki nih? Pak Yob : Eh? Macam mana leh ada binatang nih? Tuan Rumah : Hang nak bunuh tetamu aku kah masak benda nih? Hang ingat keturunan aku makan kucing ka? Pak Yob : Eh, nih salah faham nih encik! Pasti ada orang yang aniaya saya. Chef Cikdo : Eh, ini si Tedi kucing Pak Yob lah kan? Tuan Rumah : Ya Allah! Sampai kucing sendiri pun jadi ayam masak merah? Asal lah anak aku ambik katering - katering pengotoq nih?????????Tidakkkkkkkkkkkkkkkk...........(pengsan serta merta). Pak Yob memandang Arf yang ketawa puas hati. Di dalam hati masing - masing :- Pak Yob : Celaka! Aku letak lipas jer kut. Dia letak kucing. Dah lah kucing tu Si Tedi aku. Kucing Parsi tu. Jahanam!! Arf : Hahaha. Padan muka kau. Letak lagi dekat aku lipas. Bukan setakat makanan kau jer aku musnahkan. Kucing kau pun aku musnahkan. Akibat peristiwa itu, kedua - dua syarikat katering ini di saman malu oleh Tuan Rumah dan di dakwa di mahkamah akibat kecuaian dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Selepas itu, kedua - dua syarikat di tutup kerana hal berkenaan lipas dan kucing yang ditemui di dalam periuk makanan mereka sudah heboh di semua daerah - daerah kawasan itu dan mereka langsung tidak menerima sebarang tempahan dari sesiapapun. Kini, Pak Yob dan Arf hidup merempat!! Tamat!! P/S : Itulah! Lain Kali Jangan Dengki Pada Orang! P/S Lagi : Nantikan Drama Blog Yang Baru Pula Nanti!

36 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha kisah nie aku memang suke...
    kalau boleh aku pancung kepala dia org

    BalasPadam
  2. hahaha..pengajaran; jangan mendengki sesama manusia.:-)

    BalasPadam
  3. hahaha...siyes lawak,tapi besar pengajarannya...

    BalasPadam
  4. betul tu.. jgn dok dengki kat orang.. kan dah kene pembalasan.. hahahahahaha.. padan muka...

    semoga insaf selepas ini..

    BalasPadam
  5. Ko memang layak jadi pengarah drama bersiri Hans..

    BalasPadam
  6. lainkali... aku nk masuk skrip.. ehehe

    BalasPadam
  7. sedih gak en3 ni...sian kn dorang berdua tu..tp tulah..PHD...hehe

    BalasPadam
  8. kesian Si Tedi..dalam periuk rupanya..aku ingat dia watak heroin..hahaha

    BalasPadam
  9. aku pun nak berlakon
    watak comel2 mcm tedi je
    tamau jd heroin
    haha

    BalasPadam
  10. kesian tuan umh tu..makan apa la dorang utk kenduri..haha..

    BalasPadam
  11. Aiyooo.. Kesian kucing tedi.. Huhu.. Nasib bek tak letak frog.. Ahaks..

    BalasPadam
  12. ahha,nice one
    ada mesej citer ko,baguih2

    BalasPadam
  13. mmg 18sg la drama ni bile sampai tang kucing tu...

    BalasPadam
  14. hans, apa kata masuk pertandingan drama radio..

    BalasPadam
  15. Afiq : hahaha...tu la pasal...

    Generasi Clan : gila ganas ko..nanti kalau ada watak2 pembunuh ke apa dalam drama seterusnya aku kasi dkt ko...

    Enyheartsdiamond : hahaha...watak anda sedang dipertimbangkan jika ada kesesuaian

    Anis : hahaha...biasalah tu..hehe

    Faizal : yups..elakkan sikap PHD...

    Iqbalsyarie : hahaha...yups...

    El : Hahahaha...itula..semua hancur

    Kawie : macam betul jer kan crita ni..ekeke

    Koyuki : ada tapi kisah lain plak..xtau nak create story apa..nanti datanglah idea tu

    Relevan : My dream...hopefully tercapai...pray 4 me always..

    Jard : hahaha..sabo2..watak dipertimbangkan

    Hisham : sedih ker sham?wah,ekau senang emo rupanya..ahaa

    Imam : hahaha...kalau nama dkt bawah2 tu watak pembantu jer

    Laila : wah,ramai request nak berlakon nih..nanti tgok kalau ada kesesuaian watak

    Iylienaz : haha..ko fikir jer sendiri..huhu

    Chah : hahahaha...itula pasal..

    Farhana : pasnih ko pegang watak frog..mau?haha

    Pena Berkala : hahaha...banyak mesej kalau ko tgok betul2 selain tu...

    Ries Lee : hahaha...agak lah kan 18SG...aku dah klasifikasi PG13...semua leh baca..jgn risau..haha

    Zuewairy : nak masuk tapi xtau format...tu la pasal

    BalasPadam
  16. aa..ada bakat buat skrip drama nih..

    sukaa baca..
    ;)

    BalasPadam
  17. xsusah pun hans..

    dulu pernah gak buat.. sbb praktikal kat RTM.. juz macam skrip yang hans buat kat blog tu.. tapi kena details skit la..

    BalasPadam
  18. apa lagi? hantar la RTM...keh keh..

    BalasPadam
  19. wey!! watak kucing tak mencabar lah!!

    dah lah tu!! dalam periuk lak tu!!
    sah2 lah dah berenang dalam gulai... bulu dah x cantik.. x mengiurkan..

    aku nak watak heroin!!!!!

    BalasPadam
  20. ini kisah benar kah??atau sekadar rekaan drama??

    BalasPadam
  21. Ala...tian si tedi!
    xpasal masuk dlm periuk wat berenang kuak lentang..huhu

    2la..aniaya org..skrg dua2 bancrup!huu

    BalasPadam
  22. Nur : itula..ada 3-4 orang kata juga tapi den xtau buat skrip radio...

    Zuewairy : ada contoh?send dkt email aku

    Zara : ko dalam drama lain..haha

    Monolog : ekekeke..mana ada

    Avid Gurner : haha..mau di reject nya awal2

    Si Tedi : hahahaha...gila..bermula dari bawah la...baru berjaya..haha

    Alvin : Rekaan jer la...adess

    Wanie-San : Hahaha..Tahu xper

    BalasPadam
  23. kesian pakcik kordy. haha. oops dua2

    BalasPadam
  24. wakaka pdn muke mereka!!
    chef wan tetap di hati<33

    BalasPadam
  25. setuju~
    jgn dengki~
    lagi satu jgn dgr ckp sblh pihak jerk~

    hee~

    BalasPadam
  26. Hapeace : wah,apa kena mengena pakcik kordi oit?

    Nadhirah Nor : hahaha..betul2

    Chentamaya : yups..betul tu..pengajaran

    BalasPadam
  27. apa ni?!
    baru nak melancong ke seluruh eropah! hahahahah.

    BalasPadam
  28. Pikah : Hahaha..saja punahkan harapan hang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama