Rabu, 9 Disember 2009

Drama Blog : Sepetang Di Majlis Kenduri Kahwin

Sekarang musim cuti sekolah jadi kebiasaan setiap rumah akan mendapat pelbagai jenis kad kahwin yang berlainan bentuk, corak, warna dan tarikh. Selalunya ada drama radio atau drama tv tapi Gua mahu bikin drama blog hari ini.Haha. Ini tentang butiran Drama Blog Minggu Ini :-

Tajuk Drama : Sepetang di Majlis Kenduri Kahwin

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Rumah Ibu Bapa Pengantin Perempuan

Klasifikasi : PG13

Senarai Pelakon :-

Ah Fatt = Tetamu Kenduri 1

Boneka = Tetamu Kenduri 2

Kawie = Kawie Von Berg Dutch si Pengantin Lelaki

Pakcik Kordi = Kordina Ozawa si Pengantin Perempuan

Ghostone = Pak Ngah si Bapa Pengantin Perempuan

Pearls = Mak Ngah si Emak Pengantin Perempuan

Zara = Tukang Bagi Bunga Telur Kepada Kaum Wanita

Fhad = Tukang Bagi Kotak Berisi Gula - Gula Kepada Kaum Lelaki

Arief = Pemilik Syarikat Katering Arf Curry

Yob Sumo = Pemilik Syarikat Katering Pak Yob

Mr Clive = Pak Andam

Budak Kuning = Budak Angkat Pinggan

Kisahnya bermula....

Majlis perkahwinan anak dara Pak Ngah dan Mak Ngah berlangsung dengan penuh meriah dan mewah. Majlis kahwin satu - satunya anak perempuan tunggal mereka Kordina Ozawa memang disambut secara besar - besaran. Tambahan pula, menantu mereka bukannya dari kalangan orang tempatan tetapi dari Belanda iaitu Kawie Vorn Berg Dutch .

Dua rakan baik Kordina Ozawa iaitu Ah Fatt dan Boneka dijemput menghadiri majlis perkahwinan beliau. Mereka pun datanglah seiring sejalan berpimpin tangan. Setibanya di majlis kahwin itu, mereka berdua pun berjumpa dahulu dengan Pak Ngah untuk bersalam dan terus menyerbu khemah untuk mengambil makanan. Kemudia mencari tempat duduk sambil menikmati juadah - juadah yang diambil sebentar tadi. Perbualan pun bermula :-

Ah Fatt : Catering apa diorang amik nih?

Boneka : Catering Arf Curry lah. Asal? Tak sedap ker?

Ah Fatt : Tak sedaplah. Asal Pak Ngah tak ambil jer catering Pak Yob ? Baru sedap sikit.

Boneka : Makan sudah. Orang bagi free pun nak bising - bising lagi ker? Bukan ko bayar pun.

Ah Fatt : Yerlah Yerlah!

Seketika kemudian datang seorang lelaki memberi dua kotak berisi gula - gula kepada mereka....

Ah Fatt : Asal you bagi I gula - gula nih? I nak bunga telurlah.

Boneka : Dah orang bagi tu ambil jer lah. Ya Allah kau nih. Malu betul aku bawa ko datang kenduri nih Ah Fatt.

Ah Fatt : Bukan ker kita datang dengan kereta aku dan aku yang bawa kereta tu?

Boneka : Eh? Iakah? Lupa plak...(muka merah menahan malu)

Lelaki Gula - Gula : Abang berdua. Saya nak bagitahu nih tapi jangan marah pula. Tetamu lelaki memang dapat gula - gula jer. Kalau tetamu perempuan baru dapat bunga telur.

Ah Fatt : Heyyy!!!You ingat I nih laki ker? Tak nampak ker kecantikan I nih? Bibir I yang merah bergincu nih. You jangan menghina I tau!!

Lelaki Gula - Gula : Eh, you perempuan ker? I ingat you lelaki tadi. Muka you macam Stephen Chow jer. Sorry! Sorry! Kejap yer akak. Saya panggil perempuan bagi bunga telur tu kejap.

Boneka : Hahaha!

Kemudian, datang pula seorang perempuan sambil membawa bakul berisi bunga telur.

Perempuan Telur : Yer abang berdua. Siapa yang nak bunga telur tadi?

Boneka : I dah ada telur. Adik bagi dekat sebelah nih. Hahaha.

Ah Fatt : I bukan abanglah.....Uwaaaaaaaaaa!!

Perempuan Telur : Eh, sorry bang eh akak! Nah saya kasi 3 bunga telur untuk abang..eh,silap lagi. Akak!

Selepas itu, kedua - dua raja sehari iaitu Kawie Von Berg Dutch dan Kordina Ozawa pun keluar berjumpa dengan para tetamu...

Ah Fatt : Iyewwww!!

Boneka : Apa hal lagi ko nih?

Ah Fatt : Siapa mak andam dia? Buruknya solekan di wajah kawan kita tu.

Boneka : Bukan mak andam tapi Pak Andam lah.

Ah Fatt : Patutlah buruk. Asal tak suruh aku jer jadi Mak Andam dia. Lagi cantik aku solek dari Pak Andam tu.

Boneka : Muluttttt! Takder insurans!!

Ah Fatt : Ahaksss!(ketawa manja sambil memuncungkan bibir seolah - olah mahu mencium rakannya itu.

Sesudah kenyang, mereka pun bangun dari meja dan menuju ke kereta untuk pulang. Tiba - tiba, seorang Budak Lelaki menjerit - jerit memanggil mereka.....

Ah Fatt : Kenapa nih dik?

Budak Lelaki : Ini beg awak ker?

Ah Fatt : Eh, macam mana leh tak perasan plak tadi. Thanks adik. Terharu I dengan jasa baik You.

Budak Lelaki : Sama - sama. Nak tanya sikit tapi jangan marah yer.

Ah Fatt : You tanya jer. I tak marahlah.

Budak Lelaki : Asal abang pakai beg tangan perempuan?

Ah Fatt : BONEKAAAAAAA!!! JOM BALIKKK!!!MENYAMPAH AKU DUDUK LAMA - LAMA DEKAT SINI!!!

Boneka : Hahaha! Okay! Jom balik!

P/S : Watak - Watak Di Atas Hanyalah Imaginasa Liar Semata - Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia.

P/S Lagi : Aku Tak Dapat Melawat Blog Korang Semua Sebab Ada Beberapa Masalah. Nanti Senang - Senang Aku Lawat Blog Korang Yer!

31 ulasan:

  1. ahh. aku tidak kenal lagi siapakah beliau. sebetulnya. ada telur ke takda telur?

    p/s: apesal kawen nk kena ada bunga telur lah bagai. bg la ferero roshe ke hape ke.

    BalasPadam
  2. Hahaha.. Cian ah fatt... Slalu juge jadi mangsa di sana dan di sini.. Muahahaha.. ;p

    Tapi mst ah fatt tu jantan termachosss kan.. Ngehehe.. ;p

    BalasPadam
  3. ngape aku tak di jemput?
    kedengki r ko
    pttla pakcik kordi suh jaga gabriel
    ces2~~~
    tak pueh ati aku

    BalasPadam
  4. hahahahahahahahahahahaahahhahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhaha...

    again!!!

    entry mental sgt!!!

    weh...

    nape dude???

    ak tggu ko online pn x de???

    ade probs kew???

    ak nk send msj kdit x de dowh!

    sowie...

    BalasPadam
  5. weh...

    ak tggu ko!!!

    cepat pulihkan masalah ko!!!

    hehehe...

    nk bgtau brita gmbire!!

    ym ak dah dpt download!!!

    BalasPadam
  6. hhahahha!!
    ko tipu hanz!!
    sume watak2 adlh ujud!!
    hahahahah

    BalasPadam
  7. ha ha ha ha.. leh anto skrip kat RTM!! :P

    BalasPadam
  8. aku jugak yang jadi pak andam...haih...hahahaha

    BalasPadam
  9. pakcik kordi x kata pape ke..
    kahhhhhhhhh

    BalasPadam
  10. kordina ozawa........cam besh je name aweks tu...cam famous pun ada gak...........hehehe

    BalasPadam
  11. OOOoO patut ler selalu aku dapat gula2........ tak pernah pula aku bertnaya pasai apa huhuhuhu

    BalasPadam
  12. Kuwe : hahaha...ah fatt tu ada telur lah..ini kan drama semata2...fereroche?ko cakap senang kan?eh,cakap memang senang..nanti ko kawin sila buat cadbury untuk setiap sorang

    Farhana : haha..tak tahu..belum jumpa dia lagi

    Ayu : hahaha...ko waktu tu sibuk layan tetamu

    Ghostone : busy sikit skrg

    Ghostone : dah bagi tahu la tu kan?

    Aki : watak tu ada tapi xda kena mengena dgn cerita ni

    Si Tedi : haha..mau ker diorang?

    Mr Clive : sekali sekala..haha

    El : ntah..jaga gabriel xsempat on9 kut

    Nakamura : nama last dia femes..haha

    Penaberkala : aku mencetuskannya

    Naqeeb : ahaha..kadang2 dapat bunga telur juga

    Piqah : apo?

    BalasPadam
  13. kenapa watak catering Pak Yob tak dikembangkan dengan baik!

    deng!

    catering Arf Curry euuwwwwwww!

    semua kata euuwwwwww!

    Ah Fatt tu dtg pakai baju kurung ke kebaya nyonya?

    hehe.

    BalasPadam
  14. weh,
    aku buat kari sedap la wehhhh

    hahaha

    X)

    BalasPadam
  15. Yob Sumo : hahaha...nanti aku buat drama blog baru aku perkembangkan watak ko

    Arief Arf : ekekeke..ko pandai makan jer..kan?haha

    BalasPadam
  16. wow..
    siap berdrama..
    dan ah fatt mangsanye..
    haha..

    BalasPadam
  17. apsal pakai beg perempuan? konpiusss.

    BalasPadam
  18. huuuiyayy~
    merah gincu mak fatt..

    ok.. br tau ni sbb musabab bg bunga telur. lalalala~

    BalasPadam
  19. Hahaha..
    ekau pun dah terkena jangkitan cerita penuh khayalan nie eh..
    Hahhaa...

    Ah Fatt jugak yang kena..
    Wahahaha..

    Kuat tol imaginasi ekau..

    BalasPadam
  20. Sila hantar Skrip ko kat Rosyam Nor... Hhehehehe. Apa dia kata....

    BalasPadam
  21. I'msosupernotcool : haha..sekali sekala

    Bella : adess...naif tul ko nih

    Mililara : hahahah...

    Cik Cookie : tq..

    Ms Independent : hahaha..nanti kenakan orang lain plak..kesian dia

    Pearls : hahahaha..ah fatt lagi kuat lorr imaginasi dia

    Faiz Farish : sah - sah lah dia reject

    BalasPadam
  22. kenapa aku perempuan telur?!

    kenapa?

    kenapa?!

    hahaha~

    Hans, ko ada telur tak?
    kalau takde aku bagi ni~
    ala, telur ayam le!

    hahaha~

    BalasPadam
  23. hahaha.... lucu tul
    dialog muhibah ni!

    BalasPadam
  24. Lord Zara : watak ko bagi bunga telur..sebab tu ko perempuan telur..haha..xper..dah ada dah dkt umah..haha

    Miss Nina : hahaha..muhibah ke?

    BalasPadam
  25. jgn kau masuk plak name aku dlm imaginasi ko...

    meraban jer..huhuh

    BalasPadam
  26. haha..ah fatt jadi mangsa lagi..sian dye..

    BalasPadam
  27. Hahahaha..aku pon termasuk sama dlm citer nih..liar betull imaginasi kao adehhh..ape2pun, kulit Ah Fatt mmg gebu! Ahaks..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com