Khamis, 31 Disember 2009

Kisah 3 Anak Bersama Ibunya!

Mak Leha mempunyai 3 orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Mak Leha menatang mereka bagai minyak yang penuh. Jika ada nyamuk mahu menghisap darah mereka pasti Mak Leha akan mencari satu keturunan nyamuk itu dan memusnahkan mereka.

Mereka bertiga diberi pendidikan agama yang cukup oleh Mak Leha. Mak Leha ialah seorang balu kerana si suami mati akibat sakit barah. Lalu, Mak Leha sangat berkerja keras membesarkan anak - anak mereka.

Anak - anak Mak Leha sudah besar. Masing - masing bekerjaya dan berkeluarga. Mak Leha sudah tua dan mula diserang pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestrol dan gout. Jadi, Mak Leha sekarang memerlukan anak - anaknya untuk menjaganya.

Anak lelaki Mak Leha yang pertama sangat tamak dan tidak mahu menjaganya kerana kononnya sibuk dan cuba melepaskan tanggungjawab pada kedua - kedua adiknya. Si anak perempuan Mak Leha pula jenis tidak mahu ambil kisah. Dia kata dia seorang isteri. Suaminya tidak mahu Mak Leha tinggal bersama mereka. Anak lelaki Mak Leha yang lagi seorang yang bersifat sedikit baik juga sibuk dengan urusan perniagaannya yang memerlukan dia merantau setiap minggu.

Jadi, Mak Leha sangatlah sedih kerana tiada siapa mahu menjaganya sehinggalah Mak Leha dimasukkan ke wad hospital. Ada seorang jururawat bernama Jenab yang sentiasa menjaga dan berbual - bual dengan Mak Leha disitu. Jadi, terpaksalah ketiga - tiga anaknya datang melihatnya hari - hari. Mak Leha tidak dibenarkan makan makanan yang manis kerana kandungan gula di dalam badannya berada pada tahap yang sangat tinggi.

Jadi, pada suatu hari Mak Leha mengidam sangat mahu makan makanan manis dan dia menyuarakan isi hatinya kepada ketiga - tiga anaknya itu. Anak pertama tidak mahu menunaikan hajat itu dan suka sangat bertanya pasal harta yang Mak Leha masih ada. Menangis Mak Leha dalam hati melihat keletah anak sulungnya itu.

Anak perempuan Mak Leha pula buat endah tidak endah. Dia tidak suka masanya dihabiskan di hospital melihat emaknya itu. Dia rasa masanya sangat dibazirkan kerana dia berpegang kepada pepatah masa itu ibarat emas. Mak Leha juga sedih mengenangkan sikap satu - satunya anak perempuannya itu.

Anak lelaki Mak Leha yang ketiga pula tiba - tiba menunaikan permintaan Mak Leha. Mak Leha sangat gembira kerana rupanya masih ada sinar harapan dari salah seorang anaknya. Makanlah Mak Leha sambil disuap anak ketiganya itu dengan penuh gembira sambil menitis air mata. Kemudian, mereka bertiga pun pulang.

Mak Leha berpakat dengan doktor untuk berlakon kononnya dia sudah koma. Lalu, ketiga - tiga anak Mak Leha pun datanglah melihatnya. Mak Leha mencuri dengan setiap perbualan mereka :-

Anak Lelaki 1 : Ini semua kau lah punya pasal. Bagi mak makan makanan manis - manis. Tengok sampai mak dah koma.

Anak Perempuan : Relaks lah Along. Tiba - tiba jer kau ambil berat pasal mak nih. Kenapa?

Anak Lelaki 2 : Bukan kau suka ker Along kalau mak mati? Kau kan cepat dapat harta dia?

Anak Lelaki 1 : Aku tak sejahat kau semata - mata nak harta sanggup bunuh emak sendiri.

Anak Lelaki 2 : Okay! Memang aku mahu mak mati cepat. Aku dah bosan hari - hari datang tengok dia. Sebab tu aku tunaikan jer apa yang dia nak. Mana tahu semua harta dia bagi pada aku. Habislah korang berdua. Putih mata lah lepas nih.

Anak Perempuan : Kau nak harta mak kau ambil lah. Aku nak balik. Malas campur. Bye.

Anak Lelaki 1 : Owh,patutlah kau baik jer dengan mak. Semua kemahuan mak kau ikutkan. Rupanya ada udang di sebalik batu.

Anak Lelaki 2 : Hidup kena bijak lah Along. Pandai makan pandailah simpan. Aku bukan macam kau terlalu tergesa - gesa mahukan kemewahan dari harta mak.

Anak Lelaki 1 : Ahh, blah lah kau! Aku nak tengok siapa yang dapat harta mak.

Anak Lelaki 2 : Kita tengok siapa yang dapat.

Lalu, mereka masing - masing keluar selepas diberitahu doktor bahawa keadaan emak mereka stabil walaupun sebenarnya doktor itu sudah mendapat arahan dari Mak Leha agar berlakon bersamanya.

Mak Leha sangat kecewa dengan sikap anak - anaknya lalu terus menghubungi peguam dan menukar seluruh pemilik hartanya kepada orang lain. Sewaktu Mak Leha sudah meninggal dunia maka peguam memanggil semua anak - anak Mak Leha untuk mendengar wasiatnya dan juga terdapat seorang perempuan yang mereka tidak kenal.

Semua harta Mak Leha jatuh ke tangan perempuan itu dan mereka terkejut. Rupa - rupanya perempuan itu ialah Jenab, si jururawat yang menjaga Mak Leha sewaktu di hospital. Jenab pun tidak menyangka bahawa beliau akan mewarisi seluruh kekayaan Mak Leha.

Anak - anak Mak Leha semua melopong dan masing - masing mula sedar kesilapan sendiri. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur.

28 ulasan:

  1. a!ambik ko!harta xm'jamin kebahagiaan la...kasih syg ibu 2 bwk sampai ke mati..

    BalasPadam
  2. cerita benaq ka cerita rekaan

    BalasPadam
  3. wah! padan muka anak anak mak leha!

    semoga aku tak jadi mcm mereka!
    heheh.


    go jenab! letop kaw dah kaya raya!

    BalasPadam
  4. bertuah betul jenab.

    perkara macam tu mmg sudah terjadi pada anak2 akhir zaman sekarang!

    minta di jauhkan apda aku!

    BalasPadam
  5. cayalah hans! mak leha juga menag best actress tahun ni.hahaha

    pengajaran:- di dunia yg serba kejam ni, semua manusia ada motif..percaya tak?

    jadi.., berhati2. :-)

    BalasPadam
  6. Anak Mak yang Sangat Jahat.....

    BalasPadam
  7. isk iskkk...sanggup betul buat mak macam tu...

    BalasPadam
  8. kurang ajar punya anak..mak sorang pon korang xleh jaga...huhuhu aku mmg emosi bab nih..

    BalasPadam
  9. ak bace cite nieyh mcm bace cite pnajaran kanak2!!!

    hehehehee

    BalasPadam
  10. sila baca entri baru saya..ada nama kamu :)

    BalasPadam
  11. Satu kisah yg sangat menarik untuk renungan semua.
    Orang yang tamak selalu rugi, nah, ini buktinya.
    Setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.

    BalasPadam
  12. moral of the story, syurga di bawah tapak kaki ibu :)

    BalasPadam
  13. enyheartsdiamond : tahu xper...

    wanie san : betul2

    zarpeno : aku reka lah...dapat2 ilham terus aku taip tanpa ada edit2 pun

    afiq : hahaa...

    si tedi : samalah aku pun

    abe long : oit,ni karya asli aku tau...

    faizal : betul2

    faiz : itula pasal

    lina : yups..betul2

    hazzy : harta punya pasal

    suehann : uish,sabar2...ni crita rekaan jer..

    ghostone : ko kan kanak2

    ayu : hack blog ko mau?

    nurul cakap2 : itula pasal..jenab juga senang

    enyheartsdiamond : dah baca..haha.tq

    relevan : haha..

    wan anis : selamat tahun baru too

    vee : betul2...buat baik dapat baik

    husna : pandai pun

    han : jahatkan anak2 mak leha

    BalasPadam
  14. huuu mmg sipot pnye anak. krg ajar btol. dush2

    BalasPadam
  15. pengajaran yang baik...

    hargai lah orang tua kita..

    aku suke cite nie...

    BalasPadam
  16. nasib baik i baek.



    mana taw dapat sejuta dollar t.

    BalasPadam
  17. syurga di telapak kaki ibu..=)

    BalasPadam
  18. apalah nilai harta nak dibandingkan dgn nilai pngbanan insan yg bergelar ibu ohh.. haihh!

    BalasPadam
  19. Ouh.. Nape ada anak2 susah nak jaga mak bapak depa ek? berkira sgt.. Pada hal masa kcik, mak bapak tak penah brkira nak jaga kita.. Kan?

    BalasPadam
  20. mak mcm bkn mak,.

    adoiy,.pyh weh blog nih.,.

    smua sticky2 mode,.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com