Isnin, 28 Disember 2009

Mana Kau????


Comel Tak??


Semalam gua balik kampung dekat Sungai Dua sebab pergi makan kenduri. Waktu petang tu sedang gua baca surat khabar gua terpandang kelibat Mak Lang, sepupu dengan ayah gua macam mencari sesuatu di sebalik rimbunan pokok bunga – bunga dekat situ. Gua pun pergilah melihat apa yang dicari – cari mereka.

Rupa – rupanya ulat beluncas yang di cari. Sangat banyak juga dan susah jugalah nak dijumpai. Sebab warnanya sama dengan warna daun. Aku pun tumpang sekakilah menjejaki si pemakan daun nih. Hasilnya ada dalam 16 ekor jugalah kami dapat dan kumpulkan dalam tempurung kelapa. 14 ekor berwarna hijau dan 2 ekor berwarna coklat.

Mula – mula ambil seekor dan cuba baling dekat ayam. Ingatkan ayam nak makan tetapi boleh pula dia bersembang – sembang dengan ulat beluncas tu. Jadi, mak lang aku letakkan dekat satu tempat dan aku dengan mak lang aku pun memijak ulat beluncas tu sehingga mati.

Gila kuat ulat beluncas nih makan. Habis pucuk – pucuk daun hilang gara – gara menjadi santapan mereka. Warna ulat nih memang menarik tetapi bila tengok dekat mata ulat beluncas nih…adoi…gerun pun ada dan lucu pun ada. Huhuhu.

Teringat pula kes budak asrama jumpa ulat beluncas nih dalam sayur sawi dekat dewan makan. Terus, aku tolak sayur ke tepi. Hahaha. Apa – apapun mencari dan memusnahkan ulat beluncas semalam adalah pengalaman yang sangat menghiburkan.

Maaf kepada Ulat Beluncas kerana terpaksa menghapuskan kau. Siapa suruh ibumu bertelur di pokok bunga itu. Salahkan ibumu. Hahaha.

P/S : Gambar Tak Cantik. Maklumlah Camera Telefon Zaman Pak Kaduk. Huhuhu!

40 ulasan:

  1. sian Pak Kaduk dipersalahkan..haha

    beluncas busuk!

    BalasPadam
  2. COMEL?
    gile ape?
    geli kotttttttt...

    BalasPadam
  3. eh.. apo ke bondo tuh...
    cun lak nmpka.. wana wani

    BalasPadam
  4. kat asrama sayee pon
    slalu je ade ulat lam sayur
    so kt asrama ktowg mmg jrg sentuh
    yucksss !

    BalasPadam
  5. enyheartsdiamond : hahah..sonok weih pijak dia..kuar jus hijau

    fitriah : yups..besar2 kut

    notso : ntah...haha

    miss izan : kehkehkeh

    abe long : rabun ke?haha

    uruchimaru : aiyo..kan aku cakap ni dkt kampung..baca ke tak entry nih?

    fathiah raihana : hahaha..pakai plastik ler sentuh dia

    BalasPadam
  6. huhu.. meremang bulu roma tengok ulat beluncas...

    BalasPadam
  7. ukh salahkn ibu yg bertelur...

    hurm..patotkah???
    =)

    BalasPadam
  8. hengat mak lang ko buat beluncas goreng..hehehehe

    BalasPadam
  9. gmuk nye ulat bluncas!!!
    pandai mak ye bg mkn.
    hihi

    BalasPadam
  10. aku geli segala jenis keturunan ulat,.,

    BalasPadam
  11. Try ko goreng pastu bagi kat kucing.... kucing makan tak? haha

    BalasPadam
  12. hg ni hans ska buat aku terkenang pada zaman sek teknik dlu..

    sentiasa jumpa ulat selalunya dlm sayur kacang pnjang la smpai aku kompius ni kcg pnjng ka ulat? kui3...

    BalasPadam
  13. hahaha.....
    best siot..cari ulat bluncas..
    x ramai org buat neyh....

    BalasPadam
  14. comel? gelilah hans...
    boleh pulak beluncas tue berbual dengan ayam...
    hihihi

    BalasPadam
  15. Ulat beluncas ni boleh makan tau..

    BalasPadam
  16. gilos besaq ulat tuh mkn..
    kompem mampos pokok itew2..
    heh

    BalasPadam
  17. sedap tu buat lauk mkn malam.mesti kite akan muntah2 dan cirit2 kecil pastu..haA...

    BalasPadam
  18. masak sambal tumis sedap nih..buang perut kepala tinggal..

    peh ngam.

    BalasPadam
  19. dgn ulat bulu pun ko blh lyn yeee

    BalasPadam
  20. Ulat beluncas mcm ulat sagu tak? Boley goreng2 makan? Ahaks.. ;p

    BalasPadam
  21. dasat!
    tp ank klu skali pijak dh mampuih dh. haha.

    BalasPadam
  22. hehehe..ciannye ulat beluncan kena pijak..=p ntah tegelak lak bace kt part maklang awk tu tepijak ulat beluncas tu hikhikk..

    BalasPadam
  23. 1st time tengok beluncas . hahaha :D

    BalasPadam
  24. beluncas masak kari best ni wakaka

    BalasPadam
  25. eeee...
    geli jer..
    ingtkan nak mkn tdi..hehe

    BalasPadam
  26. huuu aku fobia dgn benda2 macam tuh. ular, ulat, cacing.. erk.

    BalasPadam
  27. ulat beluncas ke ulat bulu?
    geli semacam aku nengok

    BalasPadam
  28. wah pembunuh beluncah! hehehe

    BalasPadam
  29. comel ja ulat beluncas tu .haha

    BalasPadam
  30. yeah! suka kutip si comel ini kat sekeliling umah nenda,, pastu buh dalam balang,, then tutup.. tu la cara pembasmian paling berperikemanusiaam.. huuu~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com