Isnin, 14 Disember 2009

Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea Di Tangan Siapa?

Rasanya ramai sudah tahu pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Sukan Sea bertemu Vietnam pada Sukan Sea di Vientiane Laos pada hari Khamis minggu ini. Sebentar sahaja tadi pasukan negara telah membenam pasukan tuan rumah, Laos dengan jaringan 3 berbalas 1 yang disiarkan secara langsung oleh RTM2.

Penulis berkesempatan menonton perlawanan tadi yang menyaksikan pemain negara bermula garang dengan menjaringkan gol awal pada minit ke-14 jika tidak silap penulis dan Laos kembali bangkit pada babak kedua sebelum pasukan negara melenyapkan semangat juang Laos di waktu - waktu akhir permainan dengan 2 gol.

Penulis tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan Malaysia untuk menang pada malam ini. Bukan kerana penulis tidak patriotik tetapi tradisi pasukan Malaysia selalunya suka mendabik dada apabila mendahului dalam satu - satu perlawanan. Contohnya, pada babak pertama tadi sesudah mendahului dengan jaringan 1-0, mereka seolah - olah seperti cuba melengah - lengahkan permainan dan cuba bermain secara bertahan daripada menyerang.

Sesudah Laos menyamakan kedudukan pemain negara dilihat kurang menyerlah sehingga muncul gol kedua dan mereka kembali bersemangat. Mungkin pasukan negara menang kali ini kerana Laos bukanlah pasukan pilihan malah ranking mereka jauh lebih teruk dari Malaysia. Tetapi, jika gaya seperti ini diamalkan lagi pada perlawanan selepas ini maka sudah semestinya Vietnam yang bakal melenyapkan harapan Malaysia untuk merangkul pingat emas pada temasya kali ini.

Apa - apapun, tahniah pada pasukan Malaysia atas kemenangan pada malam ini dan pada rakyat Malaysia semua jangan lupa saksikan perlawanan akhir Malaysia bertemu Vietnam pada hari Khamis ini.

P/S : Mahu Kata Malaysia Kalah Pada Perlawanan Akhir Kerana Kata - Kataku Selalunya Berlawanan Dengan Maksudnya.

24 ulasan:

  1. even Laos kalah, tapi gol tunggal diorg begitu cantik sekali. apapun jaringan gol baddrol pun boleh tahan, dah jatuh pun tetap bersemangat jaringkan gol penyelamat.

    Vietnam menang 4-1 dengan singapura di semi final, nengok gaya kelebihan pada pasukan vietnam. tapi as malaysian aku akan doakan kejayaan skuad bola sepak negara.majulah sukan untuk negara!

    BalasPadam
  2. ko tgok final khamis ni live kat laos ke??haha

    BalasPadam
  3. hehehehe~
    ku malas tengok bola Malaysia kadang2~

    tapi sebab ada kembar yg hot tu~
    aku sanggup~
    kih3~

    BalasPadam
  4. Nursarah : insyaallah...yups...Laos okay juga main tadi...vietnam skrg prestasi diorang baik la kalau ikut atas kertas...xpernah kalah lagi

    Iylienaz : ar ar..nak ikut ke?

    Enyheartsdiamond : mulut saya manis..haha

    Sharamli : kalau masin,masinlah..xkan masam plak..haha

    Zara : dah agak dah

    BalasPadam
  5. ehh ko ni...mulot leh tahan..haha

    em doakan aku skali..cz kamis ni aku ade test kete jpj..hehe


    tu yg jrang on blog tu..pnat..huhu
    mlm on fb je huhu

    doakan aw!heee ;)

    BalasPadam
  6. support Malaysia!!

    sebab.....


    MU xde..

    huhuhu..

    ;p

    BalasPadam
  7. cayalah Mesia kalini...inila yg kita mau!!!

    BalasPadam
  8. wah!!!tahniah Malaysia...kalaulah skuad bolasepak negara dpt membebaskan diri drpd rasuah dan pecah amanah,insyaAllah mereka akn dpt kejayaan duniawi atas padang tu..hopefully!

    BalasPadam
  9. tahniah mesia..aku tgk gak td...
    hurm..insyaallah kalo ade rezeki mesia menang..kalo xde dpt naib johan pon xpe...adat pertandingan...
    dh msuk peringkat akhir dh kira bagus dh...

    BalasPadam
  10. Ekyn : insyaallah kalau ingat aku doa..ehhe

    Afiq : haha..semangat hang

    Yul : hahaha..M.U bukan power pun

    Hang tuARC : yups..ni yg kita mau

    Iqbal : insyaallah..

    Lala : memang adat kan menang kalah nih..nasib lah

    BalasPadam
  11. haha. yeahh! 1st time aku smgat tgk malaysia lawan. bes oh. aku suke shabrinee. keeper malaysia. byk die save bola. baddrul pun goal lawa siott. go Malaysia! Malaysia

    BalasPadam
  12. Malaysia menang?

    saje je tanya soklan macamtu.

    sungguh tak patriotik aku ni.

    bukan, dah byk sgt kecewa melihat mereka.

    BalasPadam
  13. Lyaelyza : gol keeper dgn defense dia okay la...gol tu agak cantik...

    Yobsumo : itula pasal...adakah boleh dikatakan fobia?haha

    BalasPadam
  14. hebat gile c badrol 2...daa jtuh pon still bgun ag...berpantang maut sblom gol laa kataakann...hahahaaha..perak pon jadilah..;p

    BalasPadam
  15. harap malaysia menang..tak kesah brapa..baru nama Malaysia kembali meyakinkan peminat sukan tanah air..lpeas ni blehla mas united plak..heheheh..atua MasU...hahaha

    BalasPadam
  16. err...
    kt tgok jela nanti...
    malas nak teka2 ni..
    akhirnye..
    diri sendiri yg kecewa...
    aishh...
    dr meneka team mna yg menang..
    baik ko tumpukan perhatian..
    pd keputusan contest aku tu...
    hhahahaha

    BalasPadam
  17. ak rase kalah..

    sprti ko..

    bukan x patriotik..

    tp....

    BalasPadam
  18. huhu...entry yg same..care berbeza..:P..
    sebetolnye..agak kuciwe ngan skuad malaysia..tp..bile pkr balik..biasanye..pelawann mcm nei dorng turunkan skuad senior...tp nei skuad under 23..kan tu menunjukkan bebudak nei lagik bagus darik senior?hehe..saje je kan???hehehe
    nway...ttp doakan malaysia berjaya..:)n tunjukkan pada skuad senior yg under 23 lagik bagso..hehe..:P

    BalasPadam
  19. i rase dorang kalah la nnt. sebab tgk dorang main mlm td macam xde can jer nk menang ngan vietnam. laos bukan hebat mana pun tp semangat kurang kot. mula2 main jer nampak terkawal huh. malas ah nak tgk final nnt haha.
    padahal nnt tengok jugak.

    BalasPadam
  20. Cik Haa : insyaallah leh menang..tapi gol pertama Badrol tu sempoi..gol lompat gunting tu

    Nakamura Kazuki : asal nak ada perkataan United?xperlu lah rasanya..nama Malaysia saja sudah...

    Primadona69 : hahahaha....lambat lagi kan rsult contest tu keluar?haha

    Ghostone : hahahha...xder2...ko tak patriotik..ekekeke

    Jiejie : yups...hopefully mereka boleh buktikan pada skuad senior

    Notso Violet : haha..ekau sama dgn den...kata malas nak tgok tapi last2 duduk depan tv juga

    BalasPadam
  21. malaysia mgkin menng kalu
    christiano ronaldo ade..
    hhehe

    vietnam..!!!
    cayOk,cayOk!!!
    ahah

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com