Review Film : Avatar Filem 2009 Paling Hebat

Sebelum itu penulis ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas Sukan Sea selepas berjaya menewaskan Vietnam dengan jaringan dramatik 1-0. Permainan pada separuh masa kedua sangat menarik dan penuh mendebarkan. Sepatutnya, Malaysia masih mampu menjaringkan lebih dari satu gol namun bersyukurlah kerana kemenangan berpihak kepada Malaysia. Kembali kepada tajuk asal, filem Avatar yang bergenre aksi, pengembaraan serta sains fiksyen arahan pengarah filem Titanic, James Cameron yang berdurasi sekitar 2 jam 30 minit ini penuh dengan aksi dan kesan khas yang sangat mengagumkan. Filem berbahasa Inggeris yang menampilkan pelakon – pelakon hebat seperti Michelle Rodriguez, Sam Eorthington, Sgourney Weaver serta Stephen Lang berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik dalam menjayakan watak – watak yang diberi dengan penuh penghayatan.

Avatar mengisahkan seorang bekas tentera laut, Jake Sully yang cedera dan lumpuh dari pinggang hingga ke bawah. Beliau dipilih untuk menyertai program Avatar bagi menggantikan kembarnya yang terbunuh. Mereka mengembara ke Pandora, sebuah planet hutan yang dipenuhi dengan pelbagai makhluk yang aneh dan pelik, ada yang cantik dan ada juga yang menakutkan serta bengis. Planet Pandora ini merupakan sebuah kediaman untuk makhluk bernama Na’vi iaitu golongan primitif planet itu yang lebih bijak dari manusia.

Program Avatar adalah program yang dicipta pihak manusia iaitu dengan mereka cipta sebuah makhluk yang sama seperti Na’vi dengan mencampurkan sel manusia dan sel puak Na’vi tetapi mengikut sel – sel manusia yang terpilih dan hanya manusia yang terpilih itu sahaja boleh mengawal makhluk itu melalui otak di dalam sebuah bekas yang ditutup. Jadi, ini memberikan Jake peluang untuk berjalan semula kerana dia dijanjikan jika program ini berjaya pihak program Avatar akan menanggung segala kos pembedahan kakinya. Jake Sully diarahkan supaya menemui puak Na’vi dan cuba berunding untuk berdamai dengan pihak manusia dan cuba memaksa mereka berpindah ketempat baru.

Dengan ketinggian puak Na’vi adalah tiga meter serta mempunyai ekor dan berkulit biru bersinar, puak ini hidup dengan aman dalam dunia mereka yang dianggap suci dan tidak tercemar itu. Namun, apabila pihak manusia dari program Avatar meneroka lebih dalam sehingga mengganggu serta sanggup memusnahkan tempat tinggal mereka semata – mata untuk merampas bahan mineral dan sumber galian yang bernilai tinggi jika di jual di Bumi, maka pihak Na’vi mula mengamuk dan cuba mempertahankan hak mereka.

Di sini Jake Sully terpaksa memilih sama ada untuk mengkhianati bangsa manusia atau terpaksa berjuang bersama puak Na’vi untuk menyerang manusia. Untuk lebih lanjut, sila menonton di pawagam berhampiran anda.

Bagi penulis, jalan ceritanya sangat menarik. Adegan cinta yang datang secara tiba – tiba di antara Jake Sully dan gadis Na’vi itu sangat mengujakan walaupun mereka berwajah unik kebiru - biruan. Aksi gadis itu mengajar Jake Sully tentang budaya mereka dalam adegan – adegan tertentu juga sangat menarik.

Kesan khas filem ini amatlah mengagumkan penulis. Dari rekaan set hutan yang sungguh hebat, wajah – wajah haiwan yang pelik serta struktur fizikal puak Na’vi yang unik adalah amat membanggakan. Tidak seperti kesan khas dalam filem G.I.Joe ataupun Final Destination 4 yang kurang menarik, Avatar merupakan filem yang mampu menunjukkan kesan khas yang hidup dan seolah – olah benda itu wujud. Penulis sangat teruja dan teringin mahu bertemu dengan hutan yang indah seperti di dalam filem ini.

Dari segi politik, cerita ini mungkin boleh di samakan seperti Palestin(puak Na’vi) serta Israel(manusia) di mana puak Na’vi yang ditindas terpaksa berperang menggunakan akal tanpa ada alat – alat teknologi canggih seperti puak manusia. Bahasa yang direka khas untuk puak Na’vi juga sangat sedap di dengar. Elemen kasih sayang dan kesetiaan sangat di tekankan dalam filem ini. Ini menjadikan Avatar bukannya sebuah filem kosong yang hanya mempertaruhkan kesan khas yang canggih sahaja tapi penuh dengan elemen – elemen kasih sayang dan kesetiaan kepada pihak yang benar.

Imaginasi yang tinggi yang di ilhamkan dari setiap orang yang terlibat dalam filem Avatar adalah amat tinggi dan mengagumkan. Malaysia masih tidak mampu menghasilkan filem seperti ini lagi kerana masih banyak yang perlu negara ini pelajari.

Apa – apapun tidak salah jika penulis katakan bahawa filem Avatar lebih baik dan bagus dari filem 2012. Pengarahnya juga menjanjikan jika filem ini box office maka akan ada sekuel ke-2 untuk filem ini.

Penulis tidak sabar menanti sekuel filem seterusnya.

Dari skala 5 bintang, penulis memberi 5 bintang.

Dari skala 10 bintang, penulis memberi 9.99 bintang.

P/S : Yang Pasti Anda Tidak Akan Merasa Rugi Melaburkan Wang Saku Pada Filem Hebat Seperti Ini. Selamat Menonton!

37 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. best ke crita ni..
    ak tgok poster macam x menarik pn..
    huhuhu

    BalasPadam
  2. aku tgk cam x best. tp ko cite cam nest.. haha. dan rase mcm nk tengok.. tp tau je laa.. sini xde cinema laa plak.. hoho..

    BalasPadam
  3. AH MEMANG LAH KO SUKA HANS!! FILEM NIE PENUH DGN UNSUR BLUE!!!

    HUHUH LAWAK TAK LWAK TAK PLS LAH KETAWA!

    WEI MELAMPAU LAH KO KASI CAMTU PUNYA RATING!!! AKU MCM TAK CAYA ADA RATING CAMTU!

    CEH!! GILA BAPAK MCM BEST GILA KO KASI DIA POINT! AKU MCM TAK CAYA LA!

    WEI..
    KO DAH DPT KEPUTSAN BELOM! ATAU MINGGU DEPAN EH..~

    BalasPadam
  4. alaaa hans~
    ingt kn nk cete smpai abs.. xyah la aki tgk wayang.. hahaha nk jimat ni.. sbb 2 da 6bulan lebey x tgk wayang.. hahahha

    BalasPadam
  5. eloo hans;

    chop!

    adakah sam worthington memegang watak makhluk kaler biru tuh?pergh menyerlah solekan beliau!

    james cameron always impress many of his followers with his remarkable touching!

    BalasPadam
  6. tolong la...
    i nak tengokkkkkkkkkkkkk
    sangat sangat

    BalasPadam
  7. siot ar lu...dah la duit mara gua tak masuk lagi nih....

    BalasPadam
  8. hai bro. Aku belum tgok lg cerita ni. Tgok kat trailer nampak syok. Huhu..

    BalasPadam
  9. peh my fren said best gila, aku buat tak layan je. tapi lepas bace ni, terus rasa nak tengok. mantap seyh

    BalasPadam
  10. enyhearts : yups...mesti tgok

    zack : best...review movie aku mesti yg best2 punya

    chah : crita dia best la

    boneka : haha..unsur blue memang ada..pakaian diorang seksi cuma sayangnya diorang bukan manusia..haha...

    Bulan itu Aku : sila tengok

    ~O~ : lepas dah tgok gtau aku

    Aki : kang si ayu deathwish bising dkt aku plak..haha

    Proffy : dah tgok gtau setuju ke tak dgn aku

    Faizal Sulaiman : xpasti..tapi banyak guna computer untuk image2 puak na'vi tu

    Han : pergilah tgok

    Avid Gurner : hahahaha..kang masuk la tu

    Ayish : best..aku dah tgok dah tgh hari tadi..

    BalasPadam
  11. ala......bila maw nonton neh...bizi sokmo siang..

    BalasPadam
  12. ni rasa nk g tgk ni.
    tp syg.sini takda panggung.



    apesal eh?

    BalasPadam
  13. aih,cam best je ko cite
    ni rasa smangat nk nengok,hak3

    BalasPadam
  14. penulis k0t yg menjadikkan cite ni menarik...

    he3

    BalasPadam
  15. wau. lg best dari 2012..
    kene tgk ni. huhu

    BalasPadam
  16. mmg terbaik la cite nih..
    korg tgok 3d version if nk lg kepuasan..

    mmg 2009 best movie la..

    BalasPadam
  17. yke?
    huish. makin xsabar nk tengok nih

    BalasPadam
  18. WOW...99.9 BINTANG
    MN PI LG 1 BINTANG HANS HEHEHE

    BalasPadam
  19. i tak follow u.

    u follow me back tau!

    BalasPadam
  20. wow! tgi rate tu!
    nak kene tgk ni.
    tgk iklan pon dh best!

    BalasPadam
  21. wow dr segi bintang yg diberi oleh kena tgk nie..hehe..tp tgk citer stlye xmasuk akal..xpe kena g tgk dulu cmne citernyer..

    BalasPadam
  22. Syue Anak Mustaffa : memang best..pergilah tgok

    Mier@Meer : bz sokmo ekk?

    Nadhirah Nor : owh..thanks

    Ery fatieha : insyaallah

    Kuwe : kelantan ke ganu ko?

    Pena Berkala : iyo2 jer ko..bukan ko tgok pun..

    Sharamli : apa hal ko?cita ni memang best kut..kalau tak best memang aku tulis tak best

    Chekgu Sekolah : hahaha..gua pegi memang xajak orang

    Nuraimyasmin : yups..best

    I'msosupernotcool : owh,kalau ada 3D memang dah lama aku serbu..mesti lagi gempak..

    Farahlikecookies : sila tgok

    El : tidak ada benda dkt dunia ni sempurna..so 1 bintang tu untuk yg tak sempurna tu

    Azlan Mubin : lagilah I tak follow U...

    Ms Independent : yups..best..baik punya

    Amyliana : dah nama pun genre sains fiksyen..memang la xmasuk akal..tapi film nih best

    BalasPadam
  23. Xminat cite gni!!

    sunggguh sadis diri ini...

    BalasPadam
  24. hah aku mmg nak tgk!

    tapi tak dapat jemputan free pulak.

    nak bayar sendiri tak de hal, tapi lagi susah nak gerak.

    Hans kau taknak tgk kali ke2 ka? belanja aku meh! hehe.

    BalasPadam
  25. Wanie San : hahaha...minat citer syurga cinta per nih?

    Yob Sumo : hahaha...duit tarak

    BalasPadam
  26. "Dari skala 10 bintang, penulis memberi 9.99 bintang"

    Wuih!Wuih!Wuih!Xleh jadik nieh..
    Kena p terjah panggung wayang nieh..
    Cambest gilos citer nieh..

    p/s: Soalan Cepuemas: Brp kali kah perkataan 'Wuih' & 'Nieh' muncul di dalam muzik video berkenaan..Kikiki..

    BalasPadam
  27. nampak best.. tak sabau nak tgk kat tv.. hahaha.. (^___^)

    BalasPadam
  28. Ieda : siapa yg minat sains fiksyen mesti suka film ni

    Farihin : haha..dkt tv tunggu 3 tahun lagi la

    BalasPadam
  29. eh u. compare to 2012 mane lagi best? im thinking 2 watch dis movie soon. :)

    thx for d review. help me a lot. ;p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama