Selasa, 1 Disember 2009

Review Film : Ninja Assasin Memang Betul - Betul Ninja....



Filem hebat bergenre aksi yang penuh dengan kegelapan ini di arahkan oleh James McTeigue dan dilakonkan oleh pelakon lelaki hebat dan terkenal dari Korea iaitu Rain serta Ben Miles, Naoimie Harris serta Rick Yune. Diklasifikasikan sebagai 18SG kerana mengalami unsur – unsur ganas yang melampau, filem ini sangat menghiburkan bagi penulis.

Filem ini mengisahkan Raizo lakonan Rain yang merupakan salah seorang pembunuh paling kejam di dunia. Dia dijumpai di tepi jalan semaca kecil dan kemudian di latih untuk menjadi pembunuh oleh Ozunu Clan, ketua sekumpulan masyarakat misteri yang menamakan kumpulan mereka sebagai kumpulan suku Sembilan Ozuno. Kerana berdendam akibat kematian kawan baik yang juga dicintai Raizo yang dihukum bunuh akibat cuba melarikan diri daripada tempat itu maka Raizo melarikan diri dan mahu membalas dendam kepada ketua Ozuno dan juga Takeshi yang membunuh kawan perempuannya itu.

Di Berlin, ejen Interpool, Mika pula mencari kebenaran di sebalik pembunuhan beberapa ahli politik dan penyiasatannya ini menyebabkan dia menjadi sasaran ketua Ozunu untuk menghapuskannya bagi menutup bukti. Jadi, Raizo cuba membantu Mika daripada dibunuh oleh Ozunu Clan dan bermulalah aksi – aksi ganas yang menakutkan.

Bagi penulis, filem ini menarik kerana pelakon Asia diberi tanggungjawab sebagai pemain watak utama di dalam filem ini iaitu Rain. Lakonan Rain pula langsung tidak mengecewakan dan cukup mantap serta menjiwai watak yang dipegangnya iaitu sebagai pembunuh kejam yang membunuh tanpa ada sekelumit pun belas kasihan kerana beliau mengambil masa berbulan – bulan untuk belajar pelbagai seni pertahanan diri. Susuh tubuhnya juga sangat tegap dan sungguh berlainan daripada dahulu dan ini memberi semangat kepada penulis untuk mendapatkan badan seperti beliau. Patutlah Megan Fox teruja melihat bentuk badannya. Selepas ini, Megan Fox akan teruja pula melihat penulis. Lalala....

Lakonan pelakon yang memegang watak Mika juga agak melucukan dan ini dapat mengimbangi adegan – adegan di dalam filem ini yang penuh dengan ketegangan dan darah. Dari segi teknik solekan dan kesan khas juga sangat mengagumkan. Badan Rain yang teruk di seksa ibarat wajah ayam bakar yang penuh dengan kesengsaraan. Adegan mereka berlawan juga sangat – sangat menghiburkan dan penuh dengan aksi – aksi yang mampu membuatkan mata anda semua terpaku melihatnya. Bagi sesiapa yang tidak sukakan darah, mungkin adegan pertarungan ini akan membuatkan anda sedikit mual atau kurang selesa.

Permulaan cerita mungkin sedikit bosan kerana filem ini suka menggunakan cara penceritaan secara imbas kembali dan dari situ kita akan difahamkan tentang sebab – sebab Raizo menjadi pembunuh. Filem ini bagi penulis sangat tidak sesuai kepada kanak – kanak kerana 80% adegan filem ini penuh dengan pertarungan dan pembunuhan yang sangat ganas.

Tetapi, ada satu scene yang sebelum Raizo diserang sekumpulan ninja tu...mereka berbisik - bisik dan penulis ketawa terbahak - bahak. Penulis pun tak tahu kenapa tapi penulis rasa suara - suara mereka sangat - sangat lucu.

Adegan seperti Raizo mendengar bunyi hati dengan merapatkan dirinya pada dada kawan perempuannya itu agak lucu. Penulis juga tertarik dengan wajah wanita itu walaupun mukanya dicacatkan kerana beliau cantik di mata penulis. Filem ini juga cuba mengajar kita bahawa setiap manusia sebenarnya masih mempunyai hati yang baik cuma ada manusia yang tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah menjadi baik. Filem ini juga cuba menerapkan, walaupun manusia itu pernah berbudi kepada kita tetapi jika kejahatannya lebih banyak daripada kebaikan yang dibuat maka kita haruslah memperbetulkan apa yang salah itu.

Tetapi, jika difikir secara ilmiah filem yang menerapkan tentang budaya Asia ini menunjukkan orang asia sebagai kaum yang ganas melalui teknik ninja. Teknik ninja itu diceritakan seperti teknik yang di ajar untuk membunuh dan bukannya sebagai seni mempertahankan diri dan akhirnya teknik yang kononnya ganas ini dihapuskan oleh alat – alat canggih ciptaan Barat iaitu senapang, pelancar roket dan bom. Manusia di Barat khususnya Amerika masih mahu menjadi jaguh dunia sama ada di alam nyata mahupun di dalam filem.

Apa – apapun sebagai hiburan, filem ini sangat menarik dan menghiburkan bagi penulis.

Kepada sesiapa yang sukakan filem bercorak aksi, inilah filem anda.

Jika ratingnya adalah 5 bintang, penulis memberi 4 bintang.

Jika ratingnya adalah 10 bintang, penulis memberi 8 bintang.

P/S : Menunggu Film Avatar Arahan James Cameron

21 ulasan:

  1. sehari bpe kali hapdate neh..
    mmg berbaloi2..
    tgk x ajk..
    aiyak.

    BalasPadam
  2. uh..
    cte ni cam menarik gak.
    sok nk kuar..
    nk tgk wyng..
    tp xtaw r nk tgk cte per..
    twilight cam besh.
    huhuhu..
    mane satu nk tgk ni..
    adoiii..

    BalasPadam
  3. aku bebas dah esok.
    boleh jalan2. wuhuuuuu..!
    tp xle lh lepak smpi aloq stuck.
    syioknya ampa p tgk wyg. huhu.
    ank gn sapa p tgk?

    BalasPadam
  4. arhhh...

    ak mau tgk!!!!

    ak sgt teruja mau tgk!!!

    malangnyew...

    kelantan x de pawagam...

    arghh...

    nak tgk!!!

    BalasPadam
  5. hmmm...nak tgk ke tak ek...pikir pikir

    BalasPadam
  6. Wan Sheva : ikut mood..gua kuar dgn member2 gua....

    Yul : hahaha...u choose what u want lorr

    piqah : dgn adik,pjai n akram member depa(member aku juga)

    mr clive : haha..

    BalasPadam
  7. memang best.. aku pon dh tgk... aku bg 4 bintang setengah..

    BalasPadam
  8. siyes shit mmg mantap citer nih!
    hahaha

    BalasPadam
  9. rase leh tgk online tak??hoho
    mls la nak g panggung...nati bahase jerman lak..

    BalasPadam
  10. aku xbape minat la rain ni..
    aku pun xpaham sal pompuan gile sangat..
    xdela hensem pun..

    haha

    X)

    BalasPadam
  11. ak tunggu citer MySpy..
    macam best..
    kuar esok..
    jom p tgok..

    BalasPadam
  12. Rain!!
    rain!!
    Rain!!

    I love your hot body!
    Citer ni seriously memang best~
    Tengok dia punya jalan citer, tengok rain lagi~

    Pergh~~~

    BalasPadam
  13. yeah!pakcik tgh donlod cte ni waks!

    pakcik tgh tgu cite prince of persia//mesti best....

    wak,pakcik kordi folo blog wak k?yeah!!

    BalasPadam
  14. Ulasan menarik. Saya teruja menontonnya.

    K Bro, teruskan mengulas.

    BalasPadam
  15. Wah..
    Cara ekau becerita ni sangat mengujakan.
    Kalau mcm nie, gua tak perlu nengok pown dah tahu jalan cerita tapi sangat terjentik hatiku untuk menonotnnya.

    *Jangan lupa masukkan pict kalau dah ada body mcm Rain ok. Nak nengok jugak :)

    BalasPadam
  16. Patung Kertas : Hahaha..betul2...

    Chokio_Nia : tak tahulah..try sudah

    Arief Arf : haha...ko lelaki maaa...kalau ko perempuan entah2 dengan ko sekali suka rain tu..haha

    Zack : hang pi tgok dlu..kalau best bagitau aku..segera aku serbu Alor Star Mall...haha

    Lord Zara : hahaha...apa daa ko zara..haha

    BalasPadam
  17. Ghostone : hahaha...pi lah tgok dkt Pahang..haha

    Kawie2020 : hahaha..best kan...

    Pakcik Kordi : ar ar..prince of persia tu asalnya game kan? tgok thriller dia ari tu..best juga..macam the lord of the ring jer dia punya effect

    Brahim Nyior : haha..thanks..gi lah tgok

    ~0~ : haha..sila tgok...

    LotsoflovePearls : hahaha...nak dapat body macam Rain? macam susah jer..haha

    BalasPadam
  18. Cik Cookie : gatai noh...haha

    BalasPadam
  19. oleh sbb ak msih blm menonton cita neh..maka xbykla dpt ak cmment..haha...tp stiap kali si peulis ni mngarang ayat..pergh..wat kta truja nk tgk cita tu..hahaha...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com