Tak Rugi Pun Jadi Pemurah Cuma Berpada - Pada...

Ustazah gua ada berpesan jangan lokek bersedekah atau membantu sesama manusia. Sebagai contoh, jika kau bersedakah RM1 maka di masa hadapan kau mungkin akan mendapat RM7. Itu hanyalah contoh yang paling mudah.

Sebab itu jika kau perasan, peniaga yang menimbang buah dengan jujur atau peniaga makanan yang menjual nasi dengan dengan banyak pada harga yang murah sentiasa diberi kesempatan untuk pergi menunaikan haji atau umrah beberapa kali sedangkan peniaga - peniaga yang menjual dengan harga yang tinggi atau cekik darah semata - mata untuk kaya cepat tidak pula dapat peluang sebegitu. Walaupun jika dikira mereka memperoleh untung yang besar tetapi wang yang diperoleh cepat habis tanpa sedar.

Gua juga selalu perhatikan mak ayah gua suka membantu orang. Kadang - kadang gua merungut juga sebab orang yang dibantu kadang - kadang macam suka ambil kesempatan saja. Tapi, mak gua kata kita bantu untuk benda - benda yang perlu sahaja dan jangan harapkan balasan orang. Maksudnya, berbuat baik dengan ikhlas kerana nanti Allah sendiri yang akan membalas. Jika tidak kepada kita mungkin kepada anak - anak kita atau cucu - cucu kita atau ahli keluarga kita.

Kadang - kadang gua bersetuju tetapi kadang - kadang tidak bila terpengaruh dengan bisikan syaitan. Gua tak nak cerita apa yang gua buat baik hari ni cuma gua memang niat nak buat baik tadi. Tapi, waktu gua nak buat baik tiba - tiba bisikan syaitan datang dan cuba membuat gua lari dari matlamat asal. Gua hampir terpedaya tapi akhirnya gua kuatkan hati dan buat apa yang gua rancang dari asal. Alhamdulillah, gua berjaya tapi tiba - tiba gua terfikir apa yang gua buat tadi. Mula gua rasa menyesal cuma lepas tu gua rasa buat apa nak menyesal dari gua membazir pada tempat lain. Jadi, gua sudah yakin gua sangat - sangat ikhlas selepas tu dan terus terlupa.

Tiba - tiba malam tadi dapat mesej dari kakak gua dan tiba - tiba dia minta nombor akaun bank gua. Gua pelik dan tanya kenapa tiba - tiba jer minta. Rupa - rupanya abang ipar gua nak bagi wang dekat gua sebab dapat bonus besar tahun nih. Wah, gua sangatlah riang dan gembiranya dan tiba - tiba gua teringat apa yang gua buat tadi. Jadi, gua yakin sekarang bahawa tidak perlunya kita terlalu kedekut atau berkira kepada benda - benda yang baik dan hasilnya Allah sudah balas dengan berganda - ganda dari kebaikan kita.

Lagipun, mak gua juga pernah bercerita pada gua sewaktu beliau muda - muda dan merantau dekat Kuala Lumpur. Hidup di sana sangat susah tetapi sesusah mana pun tidak pernah sekali pun lupa untuk mengirim wang kepada ibundanya yakni Tok aku walaupun duit yang ada selepas kiriman itu tak lah cukup sangat. Senang cakap kena pandai - pandailah ikat perut. Tetapi, sekarang Allah sudah kurniakan rezeki yang baik dan anak - anak serta kaum keluarga lain dapat juga menumpang senang sedikit - sedikit.

Jadi, gua rasa janganlah terlalu sayangkan duit kerana Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jangan takut duit anda cepat habis jika duit itu digunakan kepada jalan kebaikan. Kepada kau yang telah bekerja tu, silalah kirimkan wang gaji kau pada ibubapa kau. Bagilah walaupun sedikit asalkan ada. Berbudi dengan ibu bapa besar ganjarannya.

Tetapi, bukan maksud gua untuk menyuruh kau semua berubah menjadi terlalu pemurah. tak tentu pasal. Kerana jika kau terlalu pemurah kepada orang yang tidak perlu maka kau telah membuatkan mereka menjadi semakin malas dan tidak menghargai kurniaan Allah.


Contohnya, derma kepada pengemis. Hati manusia selalunya tidaklah terlalu kering. Sekering mana pun hati kau pasti ada benda yang bakal meruntun juga naluri manusia kau. Tetapi, jika kau lihat pengemis itu sangat kuat, mampu berjalan - jalan di panas yang terik datang dari rumah ke rumah perlukah kau bagi duit pada mereka? Mungkin untuk kali yang pertama masih boleh diterima tetapi jika untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya pada orang yang sama pada setiap bulan sedangkan kudrat si pengemis itu sangat kuat untuk bekerja silalah lupakan hajatmu.

Sedekahkanlah duit itu kepada yang lebih memerlukan. Pengemis yang sepatutnya tidak layak mengemis mendapat duit yang sangat mudah hanya bermodalkan wajah yang menyayat hati dan tangan yang masih gagah untuk digerakkan sedangkan yang memberi bertungkus lumus setiap hari semata - mata mendapatkan wang. Adilkah?

Jadi, tak rugi jadi pemurah cuma berpada - padalah sewaktu menderma. Pastikan si penerima memang layak untuk di derma!

P/S : Entry STPM Aku Rasa Panjangnya!

29 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. panjang gile..btol2 membuatkan aku pon nk ikhlas menderma pada org yg sepatutnya..dan aku rasa ko patut open table blanja org ngan penuh ikhlas sbb abg ipar ko dah masukkan duet..hehe..

    BalasPadam
  2. kesimpulannya ialah...
    ikutla cara mak ko...
    jgn ikut bisikan syaitan..

    BalasPadam
  3. sedekah.

    point mudah je. nak bagi, bagi je. takyah pk2 dah..

    Nabi kata sedekahla walau dengan setengah biji kurma. kerana sedekah itu menolak bala.

    BalasPadam
  4. Klu kite sedekah jgn pikir nak balasan..buat dgn seikhlas yg boleh...Allah yg tentukan sumenya..tp kite biasela..syaitan slalu hasut..kdg2 t'pedaya gak..huhu

    BalasPadam
  5. bersedekah rezeki tak berhenti.
    jadi apelagi, sile bersedekah kat cikmemy yang da pokai ni.hehe

    BalasPadam
  6. memang tak rugi kalo menderma..hati mau iklas..bukan untuk balasan dan bukan untuk menunjuk..pasti akan dapat balasan nya..

    nanti kamu dah kerja , jgn lupa hantar wang kat mak ayah..itu paling penting untuk mendapat keberkatan hidup..tak banyak pon takpe..

    BalasPadam
  7. sedekah paling mudah ialah senyuman!
    tak perlu kos pun

    BalasPadam
  8. *tepok tepok


    ko dpat A++ ni!
    bhahahaha...
    aah sume ade hikmahnye..
    so, pe kate ko kasik aku wet..?
    sok sok msuk r wet ko kat akaun tu haha

    aku suke senyum..
    senyum ikhlas sedekah gak..jgn amek kesempatan ats senyuman ku ini~

    BalasPadam
  9. aku setuju sgt2 dgn kandungan entri kau kali ni.
    org yg selalu sedekah kat org lain dan tak berkira langsung.
    rezeki dia mmg selalu murah.
    sebagai contoh kawan baik aku.
    dia mmg tak berkira dgn kawan2 dia.
    setiap kali masuk opis mesti bwk makanan utk jamu dgn kawan2.
    tu pun salah satu cara sedekah...

    BalasPadam
  10. wahhh entry panjang cam karangan.heehe

    betul tu hans. pemurah biar kena tempat:-)

    BalasPadam
  11. Betul tu Hencik hans... Kalau kita bagi kat orang, kita dapat lg banyak... So sila2lah bagi kat aku ok.....

    BalasPadam
  12. aku forward entri ni ke majlis agama islam johor. buat khutbah jumaat mgg depan.

    BalasPadam
  13. berpinar baca entry ang..
    but it was good..

    btol..x rugi pn kalau kita ni pemurah..aku plak memang style x bleh tgok org mengemis ni..x smpi hati..

    mana yang amik kesempatan tu,kita serah kat Tuhan je lah..kita dah buat part kita..

    BalasPadam
  14. tu la psl..kadang2 mcm tensi0n gak ngn pengemis..tp kadang2 kesian

    BalasPadam
  15. baiklah pak ustaz......
    hahaha!!! hi hans...!!
    lama seyh tak tengok blog ko...
    sebulan cuti...so sebulan aku duk kg takda internet access...haha!!

    amboi...siap da pandai berpantun...
    skrg...berceramah plak ko bro! haha!!
    apapun...thanks untuk segala nasihat..

    BalasPadam
  16. Walaupun jika dikira mereka memperoleh untung yang besar tetapi wang yang diperoleh cepat habis tanpa sedar.


    Betul beb. keberkatan dari-Nya

    Baca entry ni teringat pulak nak keluar zakat. TQ beb.

    Hmm yang pasal pengemis tu serba salah jugak. AKu kekadang tepaksa menolak dengan kesian, sebab musykil sapa yg akan dapat duit tu. sindiket kah?

    BalasPadam
  17. fuh! fuh! tarik nafas aku baca entry ko.

    terasa sebab aku selalu berkira time nak sedekah. sebab orang2 yang mintak sedekah tuk org afghanistan ni selalu dtg time aku makan,kalau time makan aku di ganggu,nak derma pon jadi tak iklah. ;(

    BalasPadam
  18. Kalu aku jumpe ko, sila pastikan ko belanje aku makan... Amacam? Ada bran?

    BalasPadam
  19. Iyllienaz : aku guna berhemah..belanja ko wat apa...

    miloice : betul2

    nursarah : betul lagi

    aminah : betul betul betul

    wanie san : tiada yg betul melainkan betul

    cikmemy : iwh,cik memy pengemis ekk?hahaha

    imam : insyaallah

    pena : aku xsuka senyum selalu..suka ketawa je

    razman : pakcik..ko pun dah jadi pengemis ek skrang>?haha..nanti ku bagi seposen

    ekyn : ko pun pengemis juga?haha

    meo : yups..tapi kalau ikhlas la

    ries lee : betul tu..kalau ikhlas kira sedekah la tu..sedekah bukan duit je..makanan boleh...bantuan boleh..doa boleh..senyum boeleh

    faizal : tahu xper

    faiz ; bagi dkt ko wat apa?ko asyik renovate kete je..bazir..haha

    avid : plz forwardkan...aku nak publisiti tu..haha

    zack : tak leh juga..ko nak sedekah kena tgok org..kang kita lak dosa bagi pada yg tak patut terima

    sharamli : dilema yg sama

    cj : oitttttt...rindu ko dowh...lama xon9...asal?

    cik biol : haha..biasalah tu

    hafiz : itula pasal..macam budak2 tu..aku memang xbagi sebab aku musykil..takut dalangnya sindiket

    miss izan : owh,itu kalau pakistan mari jgn kasi la kak...

    redz : aku rasa apa kata ko yg belanja aku makan?baru afdhal..haha

    abe long : baik sungguh abeeeee

    BalasPadam
  20. dpt brpe rm beb dr abg tu?sendla kt cni sikit!uhuksss!!!!

    BalasPadam
  21. well, what you give you get back kan? baik yg kita bagi orang, baik la yg Tuhan balas kat kita balik :)

    nice blog, keep it up..

    BalasPadam
  22. Mamma Mia : huhu..thanks

    Pakcik Kordi : ntah..tak pergi pun check dkt bank..nanti2 la tgok...mana boleh...

    Husna : thanks...selalula singgah yer

    Daun Bidara : kedekut berpada2...tgok keadaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama