Jumaat, 15 Januari 2010

Anak Derhaka, Rumah Orang Tua - Tua Atau Kerenah Ibu Bapa?

Maklumlah kalau bloggers lain dah banyak tulis pasal entry ini. Aku tersangatlah sibuk sampai surat khabar pun tak sempat nak baca. Nak usha - usha online news pun tak sempat. Tetapi, hari ini nasib sempat baca surat khabar Kosmo masa dalam perjalanan balik dari Klang sebentar tadi. Isu yang menjadi tumpuan mata aku sudah tentulah nombor 4D...hahaha..tipu jer lah! Mestilah isu pasal jawapan anak seorang lelaki tua berkenaan sebab apa tinggalkan ayahnya di pondok menunggu bas.

Aku sangat terkejut juga baca jawapan daripada anak dia mengikut tulisan wartawan. Tak tahulah kalau itu jawapan asli atau sudah diolah dan ditokok tambah oleh wartawan terbabit. Wallahualam. Kalau betul aku rasa sangat sedih juga sebenarnya sebab aku merasakan anak kepada lelaki tua nih macam tak sedar diri yang beliau juga akan merasa tua juga satu hari nanti. Tak takutkah jika anak beliau sendiri melakukan perkara yang serupa seperti mana yang beliau buat pada orang tuanya hari ini?

Kemudian, aku membaca kesemuanya dan aku melihat jawapan yang bercanggah di dalam artikel itu. Si anak berkata si bapa yang menyuruh beliau berhenti di situ manakala si bapa berkata sebaliknya. Jadi, aku membuat kesimpulan bahawa aku tak boleh nak salahkan si anak seratus peratus kerana kita tak tahu perkara sebenar. Mungkin juga si ayah yang bermasalah sebenarnya. Mungkin cerewet pada suatu benda atau terlalu ego hingga menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri.

Bagi aku senang sahaja. Kalau betul anak dia derhaka maka marilah sama - sama berdoa supaya kita tidak mengikut jejak anaknya itu. Tetapi, jika si ayah tadi terlalu cerewet juga tidak bagus. Kadang - kadang ada yang berkata "Mengapa Mak Ayah Boleh Jaga 10 Orang Anak Tetapi 10 Orang Anak Tak Boleh Jaga Mak Ayah". Harus diingat mak ayah boleh memukul anak - anak jika mereka degil tetapi takkan anak - anak mahu memukul mak ayah. Itu memang sah - sah derhaka namanya. Jadi, aku rasa mak ayah janganlah terlalu cerewet. Seboleh - bolehnya apabila tinggal bersama cubalah jaga hati anak masing - masing. Mereka juga punya keluarga, punya anak - anak, tekanan kerja sekarang yang lebih hebat dari dahulu. Insyaallah, kalau masing - masing boleh bertolak ansur tiada masalah rasanya.

Rumah orang tua - tua ialah satu bangunan yang amat menggerunkan. Janganlah sesekali anda berfikir mahu menghantar emak ayah anda ke situ kerana sekali anda berfikir kemungkinan untuk melakukannya adalah 80%. Sesusah mana pun anda cubalah berusaha menjaga mak ayah anda. Fahamilah perubahan hormon. Semakin tua semakin cepat terasa. Cuma bersabar sekejap sahaja. Insyaallah, tak rugi pun kalau susah menjaga emak ayah terutama yang sudah nyanyuk tambah - tambah yang jenis membuang najis merata - rata. Apa salahnya berbakti pada ibu bapa sendiri.

Maaflah jika ada yang tak sependapat dengan aku tetapi ini apa yang aku rasa dan aku cuba memberi pandangan aku. Aku malas nak buat kesimpulan pasal kes itu sebab membaca saja belum cukup untuk kita membuat kesimpulan. Hanya mereka yang terlibat lebih mengetahui kisah sebenar. Aku cuma mendoakan bahawa anak kepada si lelaki tua itu tidak tergolong dalam kategori anak derhaka dan jika dia derhaka aku mendoakan agar pakcik itu memaafkan anaknya. Insyaallah!

Apa - apapun sayangilah mak ayah anda sementara mereka masih ada!

25 ulasan:

  1. tu la
    org tua mmg byk karenah kan?
    actually org tua2 da jd mcm bdk2 semula.
    anak2 mmg kne bersabar laa.

    BalasPadam
  2. btol2,
    stuju2,.

    mak ayh kene phm komitmen ank2 thdap bnde lain jgk,.
    dan ank2 pon.,jgnla derhaka,

    sama2 jga.,
    dan jgn anta umah org2 tua mk bapak kita nnti,.

    tp ade jgk mk bpk nk g sdri kt sane,.
    mcm mna tuh?

    BalasPadam
  3. biasela tue, manusia memang lupew diri...

    * dah lame xde entry blog nie kan, hehe

    BalasPadam
  4. ibu bapa bnyk karenah??
    dulu masa kita kecik2 pun kita banyak karenah.. tapi kita x ingat semua tu.. bila dh besar, dah kawin, lupa ibu bapa.. manusia2~

    BalasPadam
  5. kalau tak tahu psl sebenar tak boleh nak kata apa2
    jangan terus nak hukum si anak tu

    BalasPadam
  6. aku tetap salahkn anak dia 2..sebab memg lumrah org tua byk kerenah.nak wat camne.lau dulu anak 2 lg byk kerenah, mak bapak dia x penah lak anta g umah anak yatim ke ape kan..haaa

    BalasPadam
  7. yes mak ayah adalah segala...

    BalasPadam
  8. buruk2 orang tua kita, kerana jasa merekalah kita dilahirkan dan dibearkan.
    jangan jadi macam iklan di tv lak, cucu nak belikan pampers dll kat ayahnya bila tgk si ayah buat macam tu pada si datuk.

    BalasPadam
  9. jangan la wat mcm tu kat mak ayah
    kang kita tua esok2....
    anak kita lak wat kita mcm tu

    mintak di jauhkan la...

    BalasPadam
  10. sayangi mak ayah kita selagi mereka masih bernafas di dunia ini..

    BalasPadam
  11. orang tua makin lama memang la makin sensitif, macam mana pun ragam mereka kita kena la betul2 bersabar dan cuba utk memahami.. tak ada alasan untuk seorang anak menderhaka pada orang tuanya..

    BalasPadam
  12. btol2 hans
    xbaik wat ayah mcm tu~

    BalasPadam
  13. saya setuju gan pendapat hans..
    rumah org tua mmg menggerunkan bagi org2 tua..
    sy harap sy dpt jaga mak ayah sy mcm mak ayah saya jaga saya..Amin.
    insyallah..:)

    BalasPadam
  14. Datuk SRK..
    Hehe..

    Masa baca berita tu pown gua 'naik hangen' jugak. Adakah patot anak buat cenggitu kat bapa dia.

    ish, sungguh menyakitkan hati.

    cian bapa tue. dahlah sakit..

    *gua sakit hati nie.

    BalasPadam
  15. yeeeaahhhh betul...sayangi n hormatila mereka selagi mereka masih ada... sampai mati pun kita belum tentu dapat balas jasa mak + abah kita.

    BalasPadam
  16. salam jumaat hans bebeh..

    bagi i la,

    cuba kita reversed,
    dulu time kita kecik, dari baby pai kanak2. senang ke mak ayah nak layan kernak kita?tak cerewet ke kita?
    susu kita, makan pakai kita?
    kencing berak kita? tak cerewet ke kita time tuh? belum lagi kerenah2 kita nak itu nak ini. degil? jgn cakap lah kita time kanak2 kan. mak ayah sure pening nak layan kita time tuh..
    mmmg tjawab mak ayah la kan jaga anak2 walo secerewet mana pun kita.

    so , bila kita dah dwewasa, ada duit sendiri,a da family sendiri lak tuh? tjawab siapa lak?
    kita la kena tjawab. kena jaga dan layan kerenah2 mereka.

    cuma betul mcm u kata.
    kita tak boleh la pukul mereka mcm mereka pernah pukul kita ketika nak mengajar kita dulu2.

    itu beza org tua dgn org muda.
    yang muda disayangi
    yg tua dihormati..

    heeeeeeeeee

    BalasPadam
  17. ko jgn maen naya ngan mak~ kang dia sumpah ko jadik mesin basuh automatik tuk 60kg muatan kang~ padan muka

    BalasPadam
  18. aku pon terkejut dgn isu 2.sesuke hati jer mencampakkan mak n bapak kat jalan2, ingatkan tikus ker? bagi anak yg xkenang jasa 2, moga hidupmu tenang!hu!

    BalasPadam
  19. Aku pon slalu terfikir nape mereka sanggop wat camtu...
    dan aku harap aku takkan wat camtu juga...

    BalasPadam
  20. setuju2..bagi aku selagi hayat dorang msih ada,biar la kita yg berkecil hati,daripada mak n ayah berkecil hati ngan kita.

    ape la sangat kecil hati@marah2 kita ni kalo nak banding pengorbanan mak ayah membesarkan kite..kan?

    salam ziarah..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com