Selasa, 12 Januari 2010

Cara Mudah Dapatkan Duit

Gua tahu ramai sekarang kesempitan duit. Berbagai - bagai cara dilakukan untuk meningkatkan pendapatan masing - masing. Disini gua ada beberapa tips untuk diikuti oleh korang semua agar masing - masing menjadi lebih kaya dari sekarang.

1) Pada sesiapa yang bekerja pasti akan mendapat cuti pada hari Jumaat atau Sabtu. Jadi, pada hari cuti tu janganlah korang berehat sebaliknya segeralah bersiap - siap menghiaskan diri menjadi buruk atau nampak selekeh. Pakailah baju yang compang - camping. Kusutkan rambut kamu. Bawalah mangkuk atau sapu tangan sebagai alatan bekerja. Pergilah ke pusat bandar dan carilah tempat yang sesuai seperti di perhentian bas, hadapan bank, tepi mesin ATM ataupun jejantas. Insyaallah, jika tips ini diikuti sepenuhnya maka hasil pendapatan anda pada hari itu bersamaan dengan sebulan gaji anda.

2) Pergilah ke tempat - tempat yang sesak dengan orang ramai seperti Low Yat dan carilah suspek - suspek yang berpotensi untuk membantu anda seperti penunggang motosikal khususnya. Katakan kepada mereka duit anda tidak cukup akibat dompet anda di seluk saku dan mintalah kepada mereka RM5 atau lebih selamat katakan begini,"Encik/Cik bagilah seikhlas hati. Saya harap sangat Encik/Cik dapat membantu saya". Insyaallah, kutipan anda dalam sejam mampu menjangkau kepada puluhan atau ratusan ringgit. Ini bergantung kepada riak wajah anda dan cara anda berkomunikasi. Semakin sedih riak wajah dan suara anda maka semakin lebat duit yang anda akan dapat.

3) Jika muka anda memang jenis bengis dan jika anda senyum pun orang ingat anda mahu membunuh mereka, jangan ditunggu lagi. Gunakan kelebihan itu untuk mendapatkan lebihan wang di hari minggu. Alatan yang diperlukan hanya pisau rambo sahaja. Carilah budak - budak sekolah atau nenek - nenek untuk di ugut atau di pau. Ini kerana mereka adalah mangsa - mangsa yang berisiko rendah untuk menyerang kamu.

4) Jika anda dan rakan - rakan juga mengalami masalah yang sama iaitu kesempitan wang, maka kalian bolehlah menubuhkan sebuah kumpulan di facebook dan merancang rompakan secara besar - besaran terhadap fan kumpulan anda. Pastikan fan yang menyertai kumpulan adalah orang kaya dan pastikan penyamaran anda sangat berhasil sehingga mampu mendapatkan nombor telefon atau alamat rumah mereka.

5) Jika anda tidak sanggup melakukan perkara - perkara di atas maka pergilah bermain judi atau menikam nombor ekor. Perkara ini sangat berisiko kerana mungkin sehingga anda mampus sekali pun belum tentu anda akan menjadi manusia bertuah memenangi loteri ini. Jika menang anda agak beruntung. Yang pentingnya anda mestilah manusia yang selalunya tidak berkeadaan malang dalam segala hal jika mahu memenangi loteri.

6) Akhir sekali, apa kata hujung cuti minggu anda dihabiskan dengan menjadi pawang atau bomoh. Suruhlah rakan anda menyamar menjadi pesakit dan menghebohkan bahawa beliau sembuh kerana anda kepada rakan - rakannya. Maka, perkara ini akan tersebar dan ramailah orang akan menyerbu anda untuk memasukkan susuk, meminta nombor ekor dan sebagainya. Oleh itu, anda bolehlah meminta wang yang banyak sebagai tanda rawatan yang diberikan anda setaraf dengan Hospital Pantai. Tetapi, jika anda ingin melakukan perkara ini pastikan rumah yang anda duduki adalah rumah sewa. Ini baik untuk keselamatan anda di kemudian hari.

Sebenarnya bukan senang nak jadi senang dan bukannya susah nak jadi susah. Gua tak tahu pun apa yang gua tulisnya. Jadi, lu fikirlah sendiri.

P/S : Maaf Membuang Masa Anda Membaca Entry Ini.

31 ulasan:

  1. law lelaki paling sng nak dapat duet ngan cara menongeng saje montot beliau kat petaling street tu~
    lumayan~

    ko la calon paling layak~
    ko kan ramai kenalan cenggitu

    BalasPadam
  2. ak nk g jual diri laa..

    jd gigolo kew..

    hmm...

    BalasPadam
  3. Ini Idea Manyak Baik Punya... huakakakaka

    BalasPadam
  4. x sanggup aku nak ikut sumer tu...hihihihi

    BalasPadam
  5. hahahhahaha

    cari pelanggan kat
    lorong haji taib pown lumayan!


    >>______<<

    BalasPadam
  6. huhu..care apakah ini??adoiyaiii

    BalasPadam
  7. hahahahah.... cara paling mudah, dan HARAM..

    BalasPadam
  8. hahaha...
    semua idea nak masuk neraka ja kau ni.

    BalasPadam
  9. Jangan lupa update link denaihati dengan link baru denaihati.com. esok akan ada update baru tentang contest.

    BalasPadam
  10. jadi pawang or bomoh ok gak!

    BalasPadam
  11. warghhh cadangan Frodo mang bagus lah!!!.hans yg hensem leh la cuba.hahahahahaha

    BalasPadam
  12. Huhu...
    Kalo sanggup jadik Kim Kardashian, Maria Ozawa...maybe buleh jugak. hakhak

    BalasPadam
  13. hahaha.. sangat2 dasat tips2 ni....

    BalasPadam
  14. molek sgt dh ni.. ahaha kang i carik u kt port biasa ok. ats jmbatan menuju ke sogo. jgn lupa bawak tissu byk2 letak dlm bakul tau.. nnt i bawak tin utk coins... hehe

    BalasPadam
  15. Aku pena jmpe aku org gune taktik saya baru lepas eksiden jatuh mtr.
    takde duet nak pegi klinik.
    tunjuk jari berdarah.
    aku baru nak bg duet bila kawan aku tarik aku pergi.
    penipu rupenye! cettt!

    BalasPadam
  16. Masuk kebun getah..harga pun mahal sekarang ni..senang dapat duit..

    BalasPadam
  17. salam bro...aku nk jual kueh la cari duit...huhu
    ~yg contest boneka tu ezati yg menang...

    BalasPadam
  18. cara paling mudah untuk dapatkan duit adalah,
    ko belanja aku. boleh?

    p/s: aku dah balik! ko mesti dah lupe kat aku kan?
    hahahah

    BalasPadam
  19. hahahha... kalau la boleh dipraktikkannnn! nak tengok hans buat dulu bley?

    BalasPadam
  20. Ada harapan mati cepat ikut step2 nie. Hahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com