Ahad, 10 Januari 2010

Kelebihan Penunggang Motosikal Berbanding Pembawa Kereta!!

Fuh! Satu badan aku lencun atau basah kuyup dek kerana hujan lebat dekat KL waktu aku pergi dan pulang daripada Low Yatt. Aku pergi dengan budak rumah aku si Fizi nih. Aku suka KL kerana bentuk - bentuk bangunan yang unik. Itu sahaja sebenarnya. Aku sangat tak suka dengan kesesakan jalan raya dekat sini.

Untungnya menjadi penunggang motosikal nih sebab kau boleh menyelit - nyelit di sebalik kereta - kereta yang berderet panjang sewaktu lalu lintas sesak sambil mengendap orang di dalam kereta. Owh, aku dapat lihat sebab bukan aku yang bawa motor tadi. Hahaha. Dalam masa yang sama kau juga boleh menambah dosa dengan mengutuk orang di dalam dengan kuat sebab diorang bukan dengar. Tapi, apahal nak kutuk kan? Itu namanya tiada kerja. Hahaha.

Penunggang motosikal juga dapat menikmati keindahan hujan yang turun dengan lebatnya sebentar tadi. Kalau naik kereta mana kau nak rasa air hujan yang sejuk dan seumpama jarum mencucuk - cucuk badan aku tadi. Hahaha. Gila pedih tangan aku. Nasib aku pakai sweater. Itupun dah menggigil - gigil mulut aku dah macam kena penyakit kancing gigi dah.

Seronoknya juga menjadi penunggang motosikal ialah kau boleh menyanyi sekuat hati tanpa perlu risau suara kau sedap atau tidak. Lagipun, kau boleh melindungi wajah kau dari tatapan pembawa kereta. Jika suara kau sedap pasti akan membuatkan si pemandu kereta itu termimpi - mimpi akan kau sambil membayangkan kau seumpama Brad Pit atau seperti Aku. Hahaha.

Tadi, aku dan budak rumah aku tu berhentilah dekat sebuah terowong kerana hujan yang sangat lebat. Terowong itu pula bertakung dengan limpahan air hujan. Ramai juga yang berhenti dekat situ. Tetapi, ada pula mamat - mamat motosikal yang bengap lagilah bodoh memecut laju dekat situ. Habislah tempias air hujan tu kena pada penunggang - penunggang yang berhenti dekat situ. Aku dan budak rumah aku selamat sebab kitaorang berhenti dekat tempat tiada air. Alhamdulillah.

Apa punya bengap daaa mat - mat motosikal nih. Kalau yer pun mak kau tengah nazak atau anak kau masuk hospital pun agak - agaklah kan nak memecut dekat tempat macam tu. Sudah terang lagi bersuluh kau nampak air betul - betul banyak. Perlahankanlah sikit motor kau bai. Adoi!! Tetapi, kalau kes macam nak tercirit tahap kritikal tu aku rasa aku memahami jugalah kan sebab apa dia bawa motosikal dengan laju. Hahaha.

Penunggang motosikal juga terpaksa menghidu asap - asap bas yang berwarna hitam tu. Rasa macam hisap Shisha(macam mana nak eja entah) pula rasanya. Hahaha. Paling best apabila tar jalan itu berlubang dan aku tak perasan kerana air bertakung dekat situ. Sudahlah tengah sakit perut waktu tu. Terus makin sakit jadinya perut aku. Jika fosil mahu keluar pun mungkin boleh masuk balik. Hahaha.

Apapun, itulah kelebihan penunggang motosikal yang takkan dapat diperoleh oleh si pemandu kereta. Sekian!!

P/S : Masih Tak Puas Hati Dengan Situasi Di Terowong Tadi Walaupun Aku Tak Kena Tempias Air Tu!

P/S : Tak Sabar Aku Nak Tengok Stacy Menari! Kenapa Bah Kau Berubah...Kenapa Bah!! Hahaha!

26 ulasan:

  1. life di kl penuh dgn kekejaman bro..ha3

    hati2 memilih jalan..")

    BalasPadam
  2. w0i..w0i..

    xcident xkenal dah m0t0 ke kete

    BalasPadam
  3. aku balik dr KL tadi.. hujan sekerat2.. ekkekeke

    BalasPadam
  4. Kesiannya kena hujan....

    Dahpergi mandi air suam....basuh kepala tau!

    BalasPadam
  5. penunggang motosikal pun leh sng2 je meludah tnpa perlu membuka cermin. open space katenye. jimat tenaga. :p

    BalasPadam
  6. lebih suka LRT
    dapat tgk ramai foreigner yg ensem2.bukan bangla k.ataupun indon

    BalasPadam
  7. ahaha..lau naik moto leh sempat borak2 lagi kt traffic light ngn motor lain...hehe

    BalasPadam
  8. memang untung jadi penunggang ni.. minyak pun jimat.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. gua ske motor..xterperangkap lam jam..tp tang hujan tu yg gua slow skt nk ske

    BalasPadam
  10. aku tambah sikit.

    kelebihan motor nih. pegi stesen minyak. isi 5 6 ringgit orang tak kisah. kalau kereta. kan dah nampak sangat engkau jenis muflis.

    BalasPadam
  11. hans join club aku la...

    hahaha...

    merempit xingt dunia..

    bsah kuyup kau sj yg rasa...

    haha..

    BalasPadam
  12. aku sekarang lebih suka naik bus.walaupon sesat entah kemana, namun leh tau sikit2 jln kat shah alam nie. ujung bulan nanti kte rempit sesame ka!

    BalasPadam
  13. hahaha..ko ekceli bengang ke??haha..tahniah..berhemah ko lepaskan kebengangan huhu...

    BalasPadam
  14. gua guna public transport..
    stylo tak?

    BalasPadam
  15. salam dik,

    ni akak nak lepas geram lak wat penunggag motosikal
    ekekek..

    geram doww

    kalo stop kat trafik light, nak masuk simpang kiri,
    bila lampu ijo,
    keta akak nak masuk kiri,
    ishhhhhhhhhh..
    moto ni, belah kiri dia lalu, belah kanan dia ada?
    so, mana satu nak ngelak nih?
    kan kena cium kan, saper yg rebah dulu?
    geram geram
    huh!!

    lalallal

    BalasPadam
  16. haha stacy memang mantap kalu buat persembahan...

    BalasPadam
  17. tp best lg nek lrt sbb ko akan diapit oleh awekzs2 yg cun dan xlpe jgak yg...(smbg sendiri) terutama time2 kritikal seperti time blik keje.haha...

    BalasPadam
  18. gua naik motor pergi keje tadi. best siut boleh babai orang dalam kete yang tengah tension dek jem.

    BalasPadam
  19. stacy smlm x besh!

    siti pling besh!

    BalasPadam
  20. pengalaman naik mtr mmg bes..rase minum air milo free..air sejuk free..kan??kan??:)..

    BalasPadam
  21. dah banyak kali basah kuyup sebab hujan...

    BalasPadam
  22. Naik motor mmg best!! Hahaha... Boleh cilok2. Pengalaman ngeri aku tgh cilok penah langgar side mirror keter. Hohoho..

    BalasPadam
  23. Hati2 bro bawak motor masa hujan...licin. skali brek masa tayar depan tak straight, pergh...mintak dijauhkan.

    asap bas tu shisha perasa apa eik. heh

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com