Sabtu, 30 Januari 2010

Review Film : Adnan Sempit Memang Sempit Tetapi Best Giler!


Filem ini mengisahkan tentang Adnan, seorang penghantar surat yang bekerja di sebuah syarikat yang besar. Di situ, Adnan meminati si perempuan @ boss beliau yang dilakonkan oleh Intan Ladyana. Si Adnan nih memang menaruh hati pun pada si bos dia nih sehinggalah satu hari boss dia bawa si Adnan nih jumpa kawan - kawan dia dan memperkenalkan Adnan nih sebagai kekasih dia.

Dari sinilah bermulanya konflik cerita ini. Adnan kena belajar cara hidup si boss dia ni dan boss dia kena belajar cara hidup Adnan. Cerita nih mudah sahaja sebenarnya. Tidak ada apa - apa yang perlu difikirkan. Jalan cerita dia tidak berbelit dan straight to the point.

Cuma yang uniknya dalam cerita ini ialah si Adnan lakonan Shaheizy Sam nih memang berjaya menghidupkan wataknya sebaik mungkin. Lakonan dia hidup dan gaya lakonannya mantap. Riak muka dia sangat menghidupkan suasana. Dialog - dialog yang diucapkan dia pun sangat lucu dan dibantu pula oleh si Angah ker si Along yang dari Raja Lawak tu. Kira sangat luculah.

Objektif filem nih aku rasa mudah. Pengarah nak bagitahu bukan semua orang yang bawa motosikal tu mesti dituduh sebagai mat rempit dan bukan semua mat rempit itu jahat. Percubaan yang bagus sebenarnya. Adegan bergaduh sebenarnya menunjukkan memang wujud pun perkara macam ini. Mungkin sesetengah orang tidak boleh terima tetapi hakikatnya memang macam itu.

Adegan - adegan yang suka memanipulasikan unsur - unsur lucah juga banyak digunakan dalam filem ini. Ada sesetengah berjaya untuk menukar pandangan streotype kita dan ada sesetengah yang dimaksudkan memang merujuk pada unsur - unsur lucah tetapi adegan ini hidup dan berjaya. Adegan - adegan yang ganas juga berjaya diubah menjadi lucu seperti aksi kemalangan dimana kepala penunggang itu tercabut dan tercampak keluar. Menarik juga.

Apa - apapun untuk hiburan, filem ini memang menarik dan bagus. Jadi, bagi anda yang tidak tahu filem apa yang mahu di tonton untuk menghilangkan stress inilah filem yang wajib anda tonton.

Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk filem komedi yang tak perlu anda susahkan otak untul berfikir apa yang berlaku.

P/S : Kalau Lu Fikir Sendiri De Movie Macam Filem Adnan Sempit Nih Kan Best!!!

13 ulasan:

  1. rasa nak g tguk tp nak bawa anak2 mcm rasa tk sesuai pulak..

    BalasPadam
  2. ...banyak beri kata2 + utk cerita nie.

    BalasPadam
  3. huhu, lom tengok. rasanya takkan tengok kat panggung.. kehkeh

    BalasPadam
  4. setakat ni,,xde sape2 lgi yg cko cita ni xbes,,.
    tp,,x tengok agi,,.

    BalasPadam
  5. ukh
    kao buat aku nk g tgk cite nh
    tp x pe
    tunggu kuar kt nternet
    je arr
    (mati pasnih sure kene ceramah q=)

    BalasPadam
  6. cite ni best. kelakar. sakit perut gelak. hehe

    BalasPadam
  7. nak kene tengok nie.. bace dari blog x same dengan ape yang dilihat.. aha!~

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://www.puteramelaka.co.cc/ . TQ.

    psst 2: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    BalasPadam
  8. sgt jeles :( mau tengok!! tolong eksport ke UK pls :(

    BalasPadam
  9. aku tobat n pantang nengok filem melayu...heh. memang aku agak rasis...nak2 kalo file razak mohaiden. demm

    BalasPadam
  10. best la citer ni..
    kt panggung sampai sit depan penuh org nk tgk citer ni..

    best giler..

    BalasPadam
  11. tk sbr nk tgk dvd pirate...keh keh kehh...

    BalasPadam
  12. akak pun dah tengok adnan sempit...seronok gila

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com