Selasa, 19 Januari 2010

Review Film : Lu Fikirlah Sendiri De Movie Buat Aku Tak Boleh Berfikir!

Sebelum tu terima kasihlah banyak - banyak pada siapa - siapa yang sudi ceritakan episode akhir Cinta Balqis. Padahal aku tengok kut tadi. Hahaha. Member aku si Piqah datang jemput aku pukul 7.20 jadi memang aku layan lah juga tengok. Alhamdulillah, Hasan dapat juga kahwin dengan Balqis. Tak sia - sia tunggu berbelas tahun.

Okay, lupakan itu semua! Beralih kepada tajuk asal. Eh, sebelum tu aku nak cerita dulu pengalaman pertama tengok wayang dekat Dewan Seri Budiman. Sampai dekat sana, aku lihat ramai gila manusia dan yang paling ramai semestinya perempuan original dan tidak original. Pakaian jangan cakaplah. Semua nak lalu red carpet padahal nak tengok wayang jer kut. Adoi!

Waktu nak masuk satu hal pula. Bertolak - tolak macam budak - budak. Depan, kanan, kiri dan belakang aku semua perempuan. Menghimpit - himpit pula. Rimas aku. Kalau segak tak apa juga. Boleh layan stim ker apa nih semua muka bukan taste aku. Jadi, aku sangat tak suka dengan situasi tu. Rasa macam mereka mengambil kesempatan jer pada aku. Cess!

Sekarang tiba pada tajuk utama berkenaan filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie lakonan Nabil Raja Lawak, Mila, 'Aduh Saliha'(pelakon wanita yang jadi heroin filem Aduh Saliha yang tak siap tu), Zizan Raja Lawak, Ebby Yus, Meet Uncle Hussein, dan ramai lagi pelakon - pelakon tambahan yang hebat - hebat seperti Faizal Tahir, Amy Search dan banyak lagi. Filem ini di arahkan oleh seorang wanita yang juga pensyarah. Filem ini berdurasi lebih kurang 1 jam 20 minit tetapi ini hanya anggaran sahaja.

Baiklah, aku memang tidak menaruh harapan besar pun sebenarnya kepada filem ini. Aku cuma datang untuk bersuka ria sahaja. Jalan cerita filem ini sebenarnya mudah. Si Nabil dan Si Aduh Saliha tu mula mengenali antara satu sama lain melalui situasi yang tidak menyenangkan atau lebih tepat lagi dalam situasi bergaduh. Mereka sebenarnya suka antara satu sama lain tetapi masing - masing tidak sedar atau cuba menafikan perasaan itu.

Jadi, timbul pelbagai konflik sepanjang perkenalan mereka. Si Nabil ini pula anak kedua dari 3 orang adik beradik dan keluarganya hidup susah. Nabil melakukan banyak kerja dalam sehari. Pagi sebagai penghantar surat, malamnya pula membantu seorang lelaki menjual kuewteow dan di hari minggu bekerja di bengkel motosikal. Jadi, filem ini sebenarnya berkisar pasal benda itu saja.

Filem ini sebenarnya banyak dibantu oleh watak Nabil barangkali. Aksinya yang kadang - kadang bersahaja sungguh lucu. Watak pembantu seperti Ebby Yus yang menjadi Pak Guard Uitm juga cukup menghiburkan. Watak yang lain? Aku rasa watak mereka langsung tidak hidup. Mungkin kerana scene yang dipegang mereka terlalu pendek atau mereka tidak tahu mengekspresikan watak mereka sendiri.

Jalan ceritanya yang agak berterabur, tiada kesinambungan dan kadang - kadang tidak logik juga membuatkan aku sangat penat. Di mana - mana sahaja mesti ada kumpulan Meet Uncle Hussein yang membawa gitar dan menyanyi. Sekali dua mungkin mampu membuatkan aku ketawa tetapi jika selalu menggunakan mereka untuk menaikkan mood lucu itu agak keterlaluan sebenarnya. Sudah hilang sebenarnya pengaruh lucu MUH apabila sering digunakan dengan cara yang sama.

Watak - watak sampingan yang sering timbul secara tiba - tiba juga sebenarnya membuatkan aku tertanya - tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh si pengarah. Sebagai contoh watak abang long Nabil dan ayah Nabil yang tiba - tiba muncul. Mungkin patut dikupaskan dengan lebih mendalam bagi menguatkan jalan cerita filem ini.

Kebanyakan scene - scene filem ini juga mendatar dan orang panggil cliche(aku tak pasti ejaannya apa tetapi tiada tanda merah sewaktu menaip..jadi aku anggap betullah tu). Penonton boleh jangka dan ini membuatkan aku sangat bosan. Filem ini juga cuba memaksa aku gelak. Memanglah ada scene - scene yang lucu tetapi jika anda terlalu menyogokkan kepada penonton maka penonton akan cepat jemu. Cukuplah rasanya kritikan ini.

Baiklah, aku hanya boleh memberi pandangan dan mengkritik. Aku faham menghasilkan sesuatu filem pendek yang mengambil masa 5 minit pun susah apatah lagi menghasilkan filem yang berdurasi lebih sejam. Tetapi, hakikatnya aku sangat kecewa dengan filem ini kerana ia dihasilkan oleh orang yang mempunyai ilmu. Bagi aku sepatutnya beliau boleh menghasilkan yang lebih baik berbanding ini.

Namun tayangan tadi agak gamat dengan hilai ketawa penonton. Itu hanya pandangan aku. Lain orang lain pandangannya. Filem ini sebenarnya akan di tayangkan tidak silap aku 11 Februari nanti. Jadi, kepada sesiapa yang mahu bergelak ketawa ini mungkin filem yang sesuai untuk anda.

Dari 5 bintang, aku bagi.......Entah! Aku tak berani nak letakkan nilai bintang itu disini. Pergilah tengok sendiri.

P/S : Kesian Si Piqah. Letih Jer Aku Tengok! Sila Tidur Dengan Lena Yer!

20 ulasan:

  1. aku tak pernah lagik tengok wayang film local...haha..review cam mana pown, aku belum terbuka hati...=p

    BalasPadam
  2. weih cilakak, asal ko xckp ko s.a gak? cibai tol...jom lepak...

    BalasPadam
  3. macam x besh je.. malas lah nak tgK!

    BalasPadam
  4. bro ko tgk citer nabil ni penuh panggung x??

    BalasPadam
  5. Errkkk.. Apesal aku tak tau pn kwujudan cite ni? Tak pnah dengar laaa.. Hehehehe.. Tapi aku suke ending balqis.. Wakakaka. Ttiba lari topik plak kan.. Ahaks..

    BalasPadam
  6. ni betul2 ada kat cinema ek?

    BalasPadam
  7. Kalu tgk free2 kat DSB mang penuh panggung la hans.hehehe..last time ak tgk citer "wayang" by dr hatta azad khan.seyesh aky tak malu tgk citer beliau.

    err..sapa direktor citer neh?org uitm gak ke?

    BalasPadam
  8. nabil dah kurang skang..ntah cam x besh je

    BalasPadam
  9. ejaan betul...
    hmm... nanti beli cd cetak rompak lah... ooppss!!!
    hihi

    BalasPadam
  10. CC baru je tgk avatar.
    yg baru2 kuar wayang tuh kim slaam laa.

    BalasPadam
  11. kalo melihat pada review ko ni
    aku letak 1/2 bintang jek utk filem ni
    erk888

    BalasPadam
  12. hehe
    saya jenis takkan bazirkan duit untuk movie lokal

    BalasPadam
  13. x terdetik lngsung pon nk tengok cita nih.,.

    mcm dh tw je x bes,,.

    BalasPadam
  14. huh ! memang tak nak p tengok pom.

    ADNAN SUMPIT LAGI BESH.

    BalasPadam
  15. cara ko cerita x teruja pon..mesti x best ni :)

    BalasPadam
  16. MUH blakon? perhh,mst besh kn.. :)

    BalasPadam
  17. nursarah : owh,ko tunggu raya ker>?

    razman : berpuluh kali dah aku cakap kut..adoi

    si tedi : hahaha...is up to u la

    hisham : bukan dkt panggung..ini dekat dewan..penuh jer

    FarhanaDR : bulan 2 baru tayang daaa

    Arieza : betul la..aiyak..bulan 2 nih tayang

    Faizal : free apa..aku bayar RM6 maa...yups...

    Cik Biol : ar ar...tu la pasal

    Vee : haha..nak kena penjara ke>?

    CC : dah lama kut avatar tu

    Hazzy : haha...lu fikirlah sendiri

    Pearls : bunyi celah mana pearls?hehe

    Deus : haha...no komen

    Koyuki : owh,but not all local movie teruk right?

    Cikti : haha...no komen..

    Miss Lolly : adnan sumpit?gua tak tgok lagi..dgr ramai kata best

    Suehann : haha..tak teruja ekk?

    Rara : entah,gua rasa biasa jer

    BalasPadam
  18. waahh,,review yang sangat details..
    aku suke kalo ebby yus berlakon..lawak smpoi..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com