Sabtu, 16 Januari 2010

Solat Jumaat Tadi Yang Paling 'Khusyuk'

Alhamdulillah, penjelasan entry sebelum ini membuatkan lebih ramai yang mengerti maksud yang cuba gua nak sampaikan sebenarnya. Pasal perbezaan pendapat tu gua tak amik kisah sangat sebab normal lah percanggahan pendapat kan. Bukan semua manusia berfikiran sama.

Jadi, hari ini gua nak story dekat lu semua sewaktu gua pergi solat jumaat dekat masjid area seksyen 16. Sangat padat orang seperti dalam bas Rapid pula. Cuma bezanya sekarang bas ialah kenderaan manakala masjid adalah struktur bangunan yang besar. Bila dilihat wajah - wajah dekat situ memang dah bukan macam 1 Malaysia dah tapi meliputi satu Asia barangkali. Ada muka mat Bangla, muka Indon, muka Vietnam, muka Jepun..senang cakap macam - macam ada.

Kerana kepadatan penduduk yang terlampau tinggi dekat situ maka terpaksalah gua dengan member - member gua duduk dekat bahagian luar yang tidak berbumbung tu waktu mendengar khutbah serta solat jumaat. Mula - mula hari sangat redup tetapi makin lama makin panas. Naik pening juga gua sebab gua tak makan nasi lagi. Lewat datang pun sebab siapkan makanan sebab kelas ada lagi pukul 3 karang.

Kiranya berpeluh jugalah gua waktu solat jumaat tadi. Memang 'khusyuk' gila gua cakap lu. Orang sebelah gua pun berpeluh - peluh. Mana gua tahu? Gua tak tengok dia yer tapi waktu masing - masing sujud tu memang tersentuh tangan. Dah rasa tangan beliau basah. Fuh, memang mencabar tul solat jumaat dekat bahagian luar nih.

Minggu depan gua nak cuba pergi awal lagilah kalau boleh. Tak nak duduk bahagian luar lagi. Itu nasib panas. Kalau dibuatnya hari hujan, tak ker basah jawabnya. Hahaha.

Okaylah, sudah pukul 3 lorr...Masa untuk gua tidur! Chow! Assalammualaikum dan Xiajie, ni hao!

P/S : Seronok Nasi Gua Dipuji! Hahaha!

9 ulasan:

  1. uih.kt selangor memg 1 asia.ktne2 pon..rimas

    BalasPadam
  2. hoh nasik ape yg kena puji tu weh? nk rasa gak..

    BalasPadam
  3. hehe.. solat tetap solat.
    memang banyak dugaan duk luar ni, kita lak wat steady je walaupun orang tengok kita berpeluh2 dan heran mamat ni tahan ke panas.

    kat tempat aku pun macam tu, setengahnya tak solat sebab dah melimpah ke luar pun hanya berdiri di luar masjid menjamu selera di gerai (walaupun alasan tu tak patut digunakan untuk tidak solat)kebanyakan budak sekolah dan mat tentera la.

    BalasPadam
  4. tu bukan 1 malaysia,.
    1 dunia kan,.,

    tu la,
    lain kali g la awal2 siket,.

    BalasPadam
  5. insyaAllah dapat banyak pahala 2 kerana terpaksa bersolat di tengah2 panas.. :D

    BalasPadam
  6. kalau dah semua betnak bangla ada, itu nak panggil apa?

    BalasPadam
  7. besooo pahala bawah matahari ...
    next time awal sikit


    >>_____<<

    BalasPadam
  8. uiks??

    khusuknyew..

    huhuh...

    ala..

    kalo ko smyg lam kmpus pun panas gaks!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com