Isnin, 15 Februari 2010

Kan Bagus Kalau Pakcik Buka Tingkap Tu...

Kisah nih terjadi pada tahun lepas sewaktu aku di semester akhir diploma. Waktu itu aku dan 2 orang ahli kumpulan bergegas menaiki teksi pergi ke Media Prima untuk berjumpa dengan orang - orang yang terlibat di sebalik Buletin Utama.

Kami bertiga menaiki teksi yang di bawa oleh seorang lelaki melayu berusia di dalam lingkungan 40-an. Harga teksi agak mahal jika dibandingkan dengan teksi yang kami naiki sebelum ini tetapi kerana mengejar masa maka kami tiada pilihan. Tidak kisahlah jika terpaksa membayar lebih namun masa perjumpaan harus ditepati untuk menjaga imej diri sendiri juga.

Aku berada di bahagian depan bersebelahan dengan pemandu teksi tersebut manakala dua orang rakan perempuan aku berada di belakang. Sewaktu di dalam teksi, aku merasakan seperti sedang dibakar hidup - hidup. Penghawa dingin yang dibuka langsung tidak terasa oleh kulitku yang halus mulus seperti bayi ini. Dengan berkemeja membuatkan aku kurang selesa. Aku melihat rakan - rakanku dibelakang melalui cermin sisi dan kelihatan mereka juga menghadapi kepanasan yang melampau.

Pakcik Teksi : Haih, baru hantar pergi mekanik hari tu. Benda nih buat pula.(sambil mengetuk - ngetuk)

Aku : .......(ialah tu kau baru hantar)

Pakcik Teksi : Pelik - pelik. Diorang nih buat kerja apa nih. Bukannya murah. Minggu lepas dah kasi RM100. Minggu nih rosak pula.

Aku : .......(dah lah pakcik...dah memang lama rosak dah nih...berlakon pulak kau)

Kereta dibawa terus menuju ke Media Prima. Aku ternanti - nanti bila pakcik teksi nih mahu membuka tingkap. Sehinggalah kami bertiga tiba di hadapan pagar bangunan Media Prima.

Aku : Wah, sejuknya dekat luar nih.

Pakcik Teksi : .....(tak ada perasaan)

Rakan - rakan aku juga mengeluh kepada aku tetapi apakan daya kerana masing - masing saling mengharapkan agar pakcik teksi membuka tingkap kereta untuk membenarkan angin masuk ke dalam menyejukkan kami bertiga. Atau mungkin pakcik teksi menanti kami bertiga menyuruh dia membuka tingkap?

Tidak perlu masuk Biggest Loser untuk kurus sebenarnya. Cuma peruntukkan 2 jam untuk naik kereta pakcik teksi tersebut. Mesti berat badan anda menyusut dengan lancar.

P/S : Dah Tahu Kereta Tu Rosak Ngaku Jer Lah...Kan Senang Pakcik Teksi!!

Perhatian : Sesiapa Yang Tahu Link Blog Cik Bun Bun Ker Apa Yang Anjurkan Contest Yang Hadiahnya Ialah Camera Tu....Sila Bagi Pada Saya...Member Saya Nak Join Contest Tu...Thanks!

43 ulasan:

  1. pakcik tu nak cover malu tu...
    hehehehe..
    tak bley blah la kau punye perli "sejuk la kat luar ni"

    hehehehehe...
    anyway bape no flat kete pakcik tu..tak payah susah moon masuk the biggest looser

    BalasPadam
  2. hahahaha. cube kalau ade orang kentut. gile masyukkk la an.
    pakcik pakcik, baik punye cover.

    BalasPadam
  3. ahahaha..
    aku tak reti nak komen apa..

    tp memang lawak lah..
    sengal la pakcik tu..
    letih aku ketawa.

    BalasPadam
  4. hahahaha.

    agak r.

    cover baik punya :P

    BalasPadam
  5. ntah2 tingkap pon rosak gak kot xbleh bukak.

    BalasPadam
  6. kenapa ko tak kiaps2 dgn newpaper lol!

    BalasPadam
  7. hahaha...cover la tu...apa la pakcik tu..sengal

    BalasPadam
  8. hahahaha
    tk per larr ala-ala ge sauna kan..

    BalasPadam
  9. ala..

    ko maintain beso jgk!

    ahaks!!!

    nape kowg x buka tgkap sndiri???

    BalasPadam
  10. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    BalasPadam
  11. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    BalasPadam
  12. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    BalasPadam
  13. pakcik tu nk kurus kot ekekeke

    BalasPadam
  14. patowt soh pakcik tuh bg discount. ahahaha

    BalasPadam
  15. semoga pakcik2 teksi yang berada dalam keadaan yg sama, mengambil iktibar dari kisah ini.......hehehehe

    BalasPadam
  16. hahaha..
    cilakak toi.
    kalo aku mmg da lame aku soh bukak tingkap.
    gila weh!! HAHAHA.

    BalasPadam
  17. haha.
    pakcik tu ptt kurang kan tambang.
    sevis ampeh! adooo!!

    BalasPadam
  18. Erkkkk.. Betul ke leh kurus camtu??? Hahahaha.. Aku wat betul2 kang.. Kalau tak jadi aku carik ko ek.. ;p

    BalasPadam
  19. hahaha..klakar wey pakcik tu..xnk bg korang sedut asap2 kereta kat luar..

    BalasPadam
  20. mungkin dia nk transform jadi sauna beegerak hahaha

    BalasPadam
  21. salam sejahtera
    huach..ha..ha..
    lucu nian
    menarik

    BalasPadam
  22. mauhahaha kete saunaa okay! :D

    BalasPadam
  23. Haha...

    Itu taktik pakcik tue nak pau duit lebih...

    BalasPadam
  24. sian dier kan antar rugi jer bayar RM100 nk baiki air cond tuh..
    ahahahaha

    BalasPadam
  25. ek eleh.. ckp ler hans yg nak masuk contest tu.. siap guna member lak....

    pakcik tu saje kedekut minyak.. tu pun x tau ker??? tu pasal x bukak ekon huhuhu

    BalasPadam
  26. baik sangka sikit..
    entah2 pak cik tu.
    xde ong.xdpt byk penumpang..

    takde duit nk g betukan aircond.
    pastu.. xbukak tingkap..sbb tingkap pun rosak! AHAHAHA
    xpun.xnk bukak tingkap..kl kan byk habuk.huahua

    *pssttt.lu tak timbang berat lepas keluar teksi tu? gerenti turun mendadak kan. =))

    BalasPadam
  27. haha nasib baik dah pak cik nak kasi siku pun tk sampai hati

    BalasPadam
  28. tingkap korang memasing rosak ke??
    hahaha.. sauna free

    BalasPadam
  29. hahahahahaha... gelak aku pagi2 buta nie

    BalasPadam
  30. berterus terang ja la ngn pakcik tuuuu...

    BalasPadam
  31. yang pelik pak cik tu cool je ke?

    BalasPadam
  32. hahaha..amek kau hans..sauna free;)
    habis la "kulit ko yg halus mulus spt bayi tuh"hahahaha

    pakcik tu kete auto ke?kejam ye pakcik tu.psiko tol;)

    BalasPadam
  33. ler..kalu aku die tak bukak tingkap..aku paksa diri kentut bagi buyik paling kuat..nak tak nak kalu die nak umur panjang..kene gak bukak..kalu mase tu ko baru lepas makan petai lagi baik..agagagaga..

    sian ko..

    BalasPadam
  34. huhuhu....mmg xde peri kemanusiaan langsung pkcik tu...ade ke biarkan penumpang berpanas...ish..pelik..

    BalasPadam
  35. yg xgi bukak tingkap tu apasal.... dh wangi2 duduk dlm sauna.. rasanya ada kat sini cuba bukak http://malaysiagiveaway.blogspot.com

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com