Selasa, 16 Februari 2010

Kau Mahu Gadis/Jejaka Yang Cantik/Kacak/Baik/Pandai/Sopan Tetapi Kau Pula???

Perempuan A
Nama : Salmah
Nama Panggilan : Sally Taylor
Tahap Pendidikan : PMR
Pekerjaan : Penjual Goreng Pisang
Pakaian : Seksi - Seksa
Hobi : Clubbing
Ciri - Ciri Lelaki Idaman :
I mahu lelaki yang bijak..kalau boleh yang kaya. Lepas tu lelaki yang beriman yang boleh bimbing I ke jalan yang betul.

Perempuan B
Nama : Fatimah
Nama Panggilan : Mariah Carey
Tahap Pendidikan : Diploma
Pekerjaan : Kerani
Hobi : Mengumpul Teman Lelaki Sebanyak Mungkin
Pakaian : Bertudung Litup
Ciri - Ciri Lelaki Idaman :
I mahu lelaki yang soleh yang boleh menerima diri I seadanya. Yang memahami diri I dan yang penting dia cintakan I sepenuh hati tanpa pandang perempuan lain.

Lelaki A
Nama : Samad
Nama Panggilan : Rodrigoz Albert
Tahap Pendidikan : SPM
Pekerjaan : Kaki Pukul @ Ah Long
Hobi : Belasah Orang
Pakaian : Iras Ahli Kongsi Gelap
Ciri - Ciri Wanita Idaman :
Gua mahu wanita yang lemah lembut budi pekerti. Kalau boleh mahu yang sopan santun dan amat menyayangi diri gua.

Lelaki B
Nama : Taha
Nama Panggilan : Tony Williams
Tahap Pendidikan : Ijazah
Pekerjaan : Pemandu Peribadi Dato Z
Hobi : Lepak Kedai Mamak
Pakaian : Baju Kemeja Putih Berseluar Slack Hitam
Ciri - Ciri Wanita Idaman :
Saya suka tengok muka artis yang cun melecun macam Fazura, Tiz Zakiah dan lain - lain tu. Saya harap wanita yang bakal saya kahwini nanti macam merekalah. Senang cakap taste saya mesti macam artis.


Maaf terlalu banyak sangat sample seperti di atas. Aku tertarik kerana ramai sangat menulis tentang lelaki atau wanita idaman mereka. Bagi aku tak salah kalau berangan - angan tetapi jika kau serius mahukan lelaki atau wanita seperti yang kau dambakan maka kau kena lihat diri kau sendiri terlebih dahulu.

Seperti Perempuan A, dia mahukan lelaki yang beriman dan boleh membimbingnya ke jalan yang betul. Jika dia mahukan lelaki seperti itu maka perlulah dia sendiri berusaha membawa diri sendiri ke jalan yang betul. Islam sendiri ada menyatakan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

Seperti Perempuan B, dia mahukan lelaki yang setia padanya seorang tetapi dia sendiri pun tidak setia. Jadi, tidak hairanlah jika teman lelakinya pun mungkin 2 x 5 sepertinya.

Seperti Lelaki A pula, dia mahukan wanita yang lemah lembut dan sopan santun sedangkan dia seorang yang sangat panas baran. Wanita mana yang mahu tersangkut dengan dia?

Seperti Lelaki B pula, dia mahukan wanita yang seperti artis sedangkan dia hanya pemandu. Jika difikirkan tahap kelayakan memanglah antara langit dan bumi sebenarnya.

Tidak salah mahu berangan - angan kerana hakikatnya memang jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi jika kau mahu gadis atau jejaka seperti yang kau impikan silalah mengajar diri anda berubah kepada lebih baik terlebih dahulu. Insyallah, jika anda seorang yang baik dan mahukan pasangan anda juga baik mungkin hajat anda akan termakbul.

P/S : Rimas Dengan Wanita Yang Berkata Mahukan Lelaki Yang Beriman Yang Boleh Menghafaz Semua Juzuk Al-Quran Sedangkan Si Wanita Masih Tergagap - Gagap Membaca Surah Al-Fatihah.

P/S : Rimas Juga Dengan Lelaki Yang Tak Habis - Habis Berbangga Dengan Kisah Mereka Bersama Bekas - Bekas Teman Wanita Mereka. Tidak Perlu Heboh Satu Dunia Sebenarnya Sebab Ada Lebih Ramai Kasanova Yang Hebat Berbanding Kalian.

35 ulasan:

  1. ni buat wa rasa nak terkencing ni. APAHAL LELAKI A TU SEJIBIK MACAM WA??? DAMN.

    BalasPadam
  2. kesimpulan... semua org hipkrit bile berbicara ttg cinta. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. pengalama ak bercinta dulu mengajar ak mcm....pmpn ni kebyakannye nk yg bleh senangkan diorg je...diorg xnk pk perasaan laki ni

    BalasPadam
  4. hans..carikan akak pakwe sorang..nak yang kacak2 je..yang kaye..ade kete 8 biji..rumah 18 bijik.dalam umah mesti ade swimming pool..

    tolong ye

    BalasPadam
  5. ya..ini yang kita cari.mmg ramai org macam ni.diri xseberapa,tp demand xleh blah.ukur baju pada diri sendiri.

    BalasPadam
  6. apesal aku tak first??!!!


    ai lidi..

    rindu kt lu..

    hihiih

    BalasPadam
  7. aku tunggu jodoh datang bergolek...hehehe

    BalasPadam
  8. woooooooo........ ku nak lelaki yg suka aku seadanya.. ehehe

    BalasPadam
  9. hahaha, paling tak boleh handle bila si perempuan berangan bagai letak di status facebook dan segala social networking yang dia inginkan bakal suami bermata hijau dan seperti edward cullen, haha, hadoi.

    BalasPadam
  10. hans..betoi..sgt ramai update pasai menda ney..kalau takdak idea..buat entri happy bday kat eny pon xpa..hahaha :)

    alaa..hans jgn merajuk..nama aus ada sebab dia kata eny comel :)

    BalasPadam
  11. hurmm..dah lama aku teringin nak baca enry macam ni.Aku paling benci lelaki y selalu cakap

    "sejahat2 lelaki..kahwin nanti nak perempuan2 baik jugak".

    perempuan y tak baik ada peluang nak dapat lelaki baik kalau dia sentiasa berubah untuk menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  12. macammacam orang sekarang.haha


    eh? blog kau ada ladybird la!

    BalasPadam
  13. erkk...

    betul la cakap ngko hans..pempuan baik adalah untuk lelaki yg baik..so untuk si lelaki nak dapat pempuan yg baik..die kene lah jadi baek..dan sebalik nyer..ko kalu nak dapat yg baek ko kene la jadi baek..ehh..jahat sgt ke ngko?..agagaga


    tambahan:

    aku semulajadi baik..telebey sudah

    BalasPadam
  14. hans baru kata 2 3 kali ja..aus da kata berlemon-lemon kali :)


    hahahaha :D

    BalasPadam
  15. aku x kisah org nk ckp pe kan.. ayat last tu not bad la.. aku trima.. tp entry aku xde poyo cam org len.. hehehe..

    BalasPadam
  16. heh..
    da lama juga bosan dan nak muntah dengan pakwe/makwe yang perangai neraka tapi kejar yang baik2 saja..

    nak yang pakwe/makwe baik tu perbaikilah diri tu dulu..bukan semata2 paras rupa..

    BalasPadam
  17. 1st ..cri keje tetap..
    2nd .. kumpul harta..
    3rd jadi awek untuk dijadikan isteri...

    present : stay simple & single...

    BalasPadam
  18. erk...tetiba rasa nak tgk muka sendiri kat cermin...heheheh

    xperlah, i nk yg menerima diri i seadanya jerk...huhuhuh (baekk punya ayat)

    BalasPadam
  19. sangat setuju.. nk carik psgn, biar cermin diri sndri dlu.

    BalasPadam
  20. aku bukan nak jejaka kacak baik pandai sopan, tapi dorang yang nak haku, camno den nk jawab tu?

    p/s: aku dh letak gmbr kepala lutut aku

    BalasPadam
  21. wah2..
    hebat ko eks..
    ko plak cenggane?
    hihihiihii
    kalo ade cam takuya kimura aku nak ngorat
    waahahaha
    jz kidding~

    BalasPadam
  22. ni pahal nak cakap pasal pasangan2 ni...
    benci..benci...
    hak3....

    kita xb0leh jadik 0rang lain..tapi kita b0leh berubah untuk menjadik yang lebih baik...bet0l laki yang baik untuk p0mpuan yang baik dan sebaliknya...
    tapi kal0 dapat yang xbaik p0n mungkin ada hikmahnya....

    BalasPadam
  23. aku bosan dgn cintamuu
    aku rse buang masa..
    lalalala...



    wehh ko pasan x, xsume psgan tu perfect aw..
    tgk skeliling...byak kan kalw awek/isteri cun..bf/suami kureng encem dan boroi..
    kalw bf/suami kacak bgya..gf/isteri biase2 jee...

    apepon..btul r..kalw nk lebih2 ni..tgk diri sndiri dlu..ukur baju kat bwah ketiak tu betul2..kang tkoyak sane sni..MALUU wehh maluuu..

    well, jodoh ptmuan dtgan ALLAH..

    ;)

    BalasPadam
  24. menarik!
    Soal jodoh ini sama mcm soal makan.

    Kalau kita nak makan pun,kita mesti nak makanan yg sedap,menyihatkan dan bersih kan?dan kita hanya dapat makanan mcm tu kalau kita usaha.kan?
    ade ke org yg kenyang dgn hanya berangan?

    soal jodoh pun sama,ada ke org dapat jodoh yg baik tanpa usaha?

    inilah hakikat tawakkal.Usaha,doa dan berserah kpd Allah.Qada dan Qadarnya terima dg terbuka.

    Nice entry!

    BalasPadam
  25. adkh anda tersenrai dlm org2 itu??

    BalasPadam
  26. Suke kot dengan entri ni.
    Alah, Mak Long tak de tetapkan pun
    nak orang gitu gini. Yang penting,
    Mak Long cintakan dia and dia
    cintakan Mak LOng. So, that's why
    wujudnya Pak Long. hehe.

    Bila dah jatuh cinta, yang idaman tu
    dah jadi NULL da...;)

    BalasPadam
  27. wow! suka entry ni. sangat pedas tapi bermakna.

    betul, kalau kita mahu pasangan hidup kita baik, kita pun harus baik terlebih dahulu.

    *tiba2 rasa macam skema pulak perkataan aku. hikhik=P

    BalasPadam
  28. Haha~
    realiti bro....manusia inginkan sesuatu yang lebih dari kemampuan diri.
    Anyway tak salah memilik harapan sedemikian.

    BalasPadam
  29. saya cume nakkan lelaki yang tahu tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki..huhu

    tp saya suke entry kamu ni!

    BalasPadam
  30. entri macam ni pernah baca kat blog dila.. betul la ni, semua orang nak yg terbaik utk diri masing2, tapi sebaik2nya cubalah baiki diri sendiri dulu kot..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com