Ahad, 28 Februari 2010

Mari Cuba Main Archery

Hari Jumaat lepas kan aku pergi Sunway sebab tengok wayang dengan 4 orang member aku iaitu Pikah, Faiz, Putat dan Yan. Habis tengok wayang kami semua pergi makan dekat Gasoline ker apa entah nama kedai tu. Makanan dia boleh tahanlah. Aku suka air TARZAN dia(campuran chocolate & banana).


Aku Dengan Pikah

Lepas tu buat pertama kali aku main achery. Hahaha. Masa dekat sekolah teknik dulu pernah join sekejap kelab memanah masa form 4. Waktu tu memang berkobar – kobar gila nak belajar memanah tapi sebab 3 minggu aku pergi asyik dengar ceramah jer so aku buat kesimpulan kelab tu hidup segan mati pun segan. Terus aku cabut masuk kelab lain. Alih – alih waktu form 5 tiba – tiba kelab tu aktif plak sampai jadi johan dekat Perlis. Sakit jiwa betul.

Aku nih memang tak ada duit dah jadi memang tak nak main sebenarnya. Paling tidak dalam otak waktu tu fikir nak minta jasa baik diorang jer lah nak cuba memanah sekali dekat papan bulat tu. Tapi, apa entah diorang buat sampai abang yang jaga kaunter tu bagi aku join main. Terharu betul aku.

Lepas tu si instructor situ pun ajarlah cara – cara nak masukkan anak panah, nak pegang busur tu dekat mana dan macam – macamlah. Awal – awal aku memanah tu memang lawak lah. Macam – macam jadi. Anak panah melantun baliklah, kena besi lah, anak panah terjatuh kebawah sebelum memanahlah dan yang best tu anak panah pergi dekat bulatan orang sebelah. Hahaha. Maklumlah memang tak tahu apa – apa.

Tengah best memanah tiba – tiba datang instructor tu suruh berhenti. Aku mulalah tiba – tiba rasa malu tak pasal – pasal. Dalam hati asyik bercakap,” Asal dia suruh aku stop nih? Teruk sangat ker aku panah? Bahaya ker? Adoi, malulah aku macam nih. Dah belakang ramai orang duduk dekat kerusi tu”. Rupa – rupanya semua kena berhenti sekejap sebab diorang nak cabut anak – anak panah sebelum nih. Fuh, nasib tak sama macam apa yang aku fikir. Hahaha. Lepas tu kena tukar tempat memanah.

Aku Yang No 4

Tapi, lepas tu memang power gilalah(POWERLAH SANGAT..HAHAHA). Yakin pula aku cakap aku pemanah hebat bernama Hans Marbawi. Nama sempena nama pemanah Malaysia si Marbawi Sulaiman ker apa nama dia. Kehkehkeh! Padahal anak panah asyik kena bulatan putih dengan biru jer. Sasaran aku yang singgah dekat bulatan kuning atau tengah – tengah tu hanya 2-3 anak panah jer. Cuma yang best semua anak panah yang aku panah lepas tukar tempat tu memang kena dekat bulatan tu. Hahaha.


Aku, Pikah & Faiz Selepas Tamat Sesi Memanah

Apa- apapun, memang bestlah main archery nih dan mungkin ini boleh dijadikan hobi terbaru selain main bowling. Hahaha. Lepas nih nak save sikit duit untuk main lagi sekali lah game nih. Misi sekarang adalah untuk memastikan setiap anak panah mengenai sasaran berwarna kuning dan menewaskan RATU MEMANAH iaitu PIKAH.

P/S : Salah Seorang Daripada Kami Berlima ‘Menguasai Pentas’ Dengan Baik Sewaktu Memanah. Kagum Dengan Satu Anak Panah Beliau. Hahaha.

PERHATIAN : Di Ruangan Iklan Di Atas Terdapat 1 Contest Untuk Anda. Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut.

18 ulasan:

  1. hensem rupanye ko ye hans..macam shah ruk khan

    BalasPadam
  2. makanya ko kene la bejimat.. jangan minum air tarzan lagi kot.. macam mahal je air tu

    BalasPadam
  3. betul la hans...ni first time tengok gamba.hensem ko ni..btw,memanah ni salah satu drpd 3 sukan yg Nabi s.a.w anjurkan.Maknanya ia sunnah.Jadi kalau kita main memanah sbb nak ikut sunnah,free2 dpt pahala =)

    BalasPadam
  4. sis sgtttt teringin nk main archery dari dolu2 lagi tp sampei skrg x terkabul2 lagi beb !

    THANX a lotz 4 the ads (banner giveaway) . i'll consider sumthing 4 u later insyaAllah :)

    BalasPadam
  5. bestnya archery.,.

    cikti nengok ajela.

    xsempat nk g mn2 pon skang,,.

    BalasPadam
  6. seronok yer......aktiviti yg bagus

    BalasPadam
  7. aku ingat nak try main panah tu kat sunway...

    BalasPadam
  8. jom kite lawan sape hebat!!!hahahahah

    padahal ak x pernah main pon

    BalasPadam
  9. hans xyah cakap pun xpe
    dah taw kau xreti memanah..
    hahahak .

    BalasPadam
  10. dah pernah main kat sini! haha

    BalasPadam
  11. tb2 aku teringat cerita along aku.

    dia main bowling.

    da laa terlepas bola. masok plak ke lane org seblah. adoi. tabley blaaahh..

    BalasPadam
  12. aku kecik2 pun memanah gah
    pakai lidi letak jarum... pergh

    BalasPadam
  13. nak kena pi try ni. cam best plak.
    air tarzan?? jane tak de? hehehe

    BalasPadam
  14. kau memang KEJI!
    kutuk aku ek..
    KEJI! KEJAM!
    nnt aku panah ko plak lps ni..
    cehhh.. -yan

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com