Khamis, 25 Februari 2010

Memberi Galakan, Menyindir atau Kedua – Duanya?

Apabila kita telah berjaya mencapai sesuatu yang kita idamkan di dalam hidup kita sama ada di dalam bidang kerjaya mahupun alam rumah tangga seharusnya kita berkongsi rahsia kejayaan kita itu dengan orang lain.

Kita berasa pelik kenapa ada orang yang tidak berjaya mencapai angan – angan seperti yang telah kita kecapi di dalam hidup sekarang. Adakah kerana malas atau pemalu tetapi kelihatan orang itu terlalu kuat berusaha. Mungkinkah telah ditakdirkan nasibnya begitu? Atau tiada rezeki?

Jadi, bagaimana kita mahu menggalakkan orang – orang seperti ini supaya paling tidak mengikut sedikit cara – cara yang membuatkan kita berjaya? Perlukah kita memberi galakan pada mereka? Atau perlukah kita menyindir mereka sehabis boleh? Atau perlukah kita memberi kedua – keduanya kepada mereka ini?

Kita cuba memberi galakan kepada mereka supaya cuba keluar dari kepompong mereka sekarang. Mungkin dengan cara itu ia akan membakar semangat mereka supaya lebih kuat berusaha, membuang rasa malu dan membina sifat agar mereka tidak takut kepada kegagalan. Tetapi, mungkin dengan hanya memberi galakan hanya akan memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Bagaimana pula dengan menyindir? Adakah ini akan mematahkan semangat orang itu? Sudah semestinya semangatnya yang berkobar akan hancur lebur dan perasaan malunya akan semakin meningkat. Atau mungkin orang itu akan lebih bersemangat dan akan membuktikan segala sindiran yang diterimanya itu adalah salah?

Jika kedua – duanya pula iaitu memberi galakan dan dalam masa yang sama menyindir, bagaimana pula kesannya kepada orang tersebut? Semangatnya yang mungkin malap tiba – tiba berkobar apabila diberi sedikit galakan tetapi semangat itu mungkin akan kembali luntur apabila disindir pula selepas itu. Atau mungkin juga sebaliknya.

Kadang – kadang kita perlu juga beringat juga daripada mana kita bermula hingga mencapai tahap sekarang. Kita juga harus ingat bukan semua orang bernasib baik seperti kita. Semua mempunyai alasan masing – masing kenapa dan mengapa mereka berkeadaan begitu pada masa kita melihat mereka berdiri di depan kita.

Tidak salah kita memberi galakan tetapi jika betul kita ikhlas, berilah galakan itu seikhlas mungkin kerana kata – kata kita pasti memberi paling tidak sedikit kesannya kepada individu yang terbabit.

P/S : Sentiasa Beringat Dan Tidak Mahu Perkara Yang Sama Berulang. Insyaallah.

32 ulasan:

  1. Sentiasa la kita beringat... Contoh Ingat Tuhan...

    BalasPadam
  2. dalam setiap perbuatan - ikhlas yang paling penting...
    :)

    BalasPadam
  3. InsyaAllah.. terima kasih sebab ingatkan.

    BalasPadam
  4. hehehehe ... slunya gitu lerr.
    sindir or perli sama maksud ke?
    wa gagal BM. keh3x


    baerilah galakan & kritikan secara berhemah .. tultultul


    >>___<<

    BalasPadam
  5. sesetengah org jenis sensitif....kene tegur x bleh terima...patutnye open mind la skit....terima sume kritikan tu dan anggaplah sebagai kritikan membina

    BalasPadam
  6. terpulang pada penerimaan orang.

    nyway terima kasih hans!

    BalasPadam
  7. aku x reti menyindir orang. hoho~
    im too innocent.
    (=.=)"


    kalau aku berjaya suka diam2 jer.. malu kalau org tau n takut diri nie alpa. pelik kan.
    :p

    BalasPadam
  8. x sume orang leh terima teguran, sindiran...tapi klu teguran yang membina apa salahnya terima :)

    BalasPadam
  9. aku heran ngn blog ko..
    dari dl smp skang..
    asal blog ko bahagian atas kuning dan bahagian bawah hitam?

    BalasPadam
  10. kenapa ckp macam ni hans? ada org support ko and at the same time dia sindir ke?

    BalasPadam
  11. perli perli skit.... pastuh galakkan... gurau2...

    tapi cara aku, lantak le, kalo orang tuh sendiri nak berjaya cam aku, then dia sendiri akan ada usaha sendiri untuk bertanye. wat pe aku nak sibuk2. kalo usaha untuk bertanye pun tak mau, then abaikanlah kejayaan yang nak dimiliki :P

    BalasPadam
  12. kekadang xbleh kena tegur gak time aku ngah bad mud..hehe

    BalasPadam
  13. oh sudah terang dan bersuluh....



    thank you...

    BalasPadam
  14. manusia xde yg perfect, tp beragaklah...

    BalasPadam
  15. setuju . ikhlas itu penting dalam apa je yang kita buat (:

    BalasPadam
  16. galakan atau menyindir??.. me said ketuk kepala dengan sudu hehe..

    BalasPadam
  17. tak kisah la galakan atau menyindir, ape yg penting, kata2 perlu disusun dgn hemah.. kdg2 klu salah susun ayat, yg galakan pun bunyik mcm sindiran.. kan :)

    BalasPadam
  18. ape2 aje asalkn tak buat org tersinggung..ade org cepat terasa..ade org sangat terbuka..

    jadi lain org lain cara nk menegurnya...

    BalasPadam
  19. kdg2 berangan aje lebih,.

    berusaha tidak,.,

    BalasPadam
  20. Herm, berdasarkan pengalaman Mak Long
    dalam hal ni, dulu, Mak Long pernah
    poyo2 beri galakan, tapi bila diberi
    galakan, benda tu sementara sahaja
    dan lagi pulak, benda ni seolah2
    mereka bergantung dengan motivasi
    kita, bukan motivasi dari diri mereka
    sendiri.

    Bila Mak Long sindir, orang Melayu
    ni payah. Lagi disindir, lagi down.

    Jadi, lepas daripada tu, Mak Long
    guna cara Nabil, 'Lu pikir la sendiri'.

    Beri motivasi tapi dalam bentuk biar dia pikir sendiri.

    Sebab semua motivasi yang kita bagi, takkan menjadi kalau tak datang dari diri dia sendiri.

    BalasPadam
  21. sentiasa lah beringat kawan2..

    Hans, anda telah di TAG
    x nak jawab pun x pe, x paksa :)

    BalasPadam
  22. Galakan dalam bentuk sindiran..depend pada diri sendiri jenis penyabar atau jenis dendam kesumat.

    BalasPadam
  23. apa2 pun semuanya bergantung pada niat
    :)

    BalasPadam
  24. aku tangkap cintan ngn entri kali nih...tapi la kan..

    aku rase kite berfikiran positif la..


    kite kadang2 cube menyindir ..tapi bukan untuk jatuh kan..tapi cube die bukak minda utk berubah..sbb mungkin cara lembut tak bekesan..

    [reverse psycology]..

    BalasPadam
  25. abaikan sindiran.. amik yang galakan sudaa.. hehe

    BalasPadam
  26. aku xsuke pada sindiran
    klu nak beri galakan aku akan hargaii nyer

    BalasPadam
  27. aku nak galakkan ko neh tp yg aku tau pasal blog jer. ko teruslah menulis ya... tu ler galakan aku

    haha

    BalasPadam
  28. ingati yang tersayang ?
    caner haa ?
    hahaha

    BalasPadam
  29. jgn la marh atau sendr2...aku nangisnnti...tgur lek lok aku tak kisah,,,haha.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com