Jumaat, 12 Februari 2010

Review Film : The Wolfman Memang Mengejutkan...

Sebelum tu gua nak cakap cerita hantu semalam bukan pasal episod akhir Jangan Tegur tu sebab gua tak layan pun cerita tu. Dan cerita hantu tu gua taip waktu petang lepas pintu bilik gua bergerak ke depan dan ke belakang seolah - olah ada sesuatu yang cuba mengusik gua. Tu gua dapat idea untuk buat cerita hantu tiba - tiba tu. Hahaha.

Sebelum nih gua ada menonton film Legion tapi gua malas buat review sebab gua tak suka film tu. Tapi, bagi sesiapa yang ada belajar tentang Bible mereka mengatakan film itu best tapi bagi gua...tak apalah. Gua tak suka film tu. Gua sebenarnya batuk dan demam semalam tapi sebab gua nih kaki wayang so gua join jer pergi tengok. Waktu gua taip entry nih, gua masih demam dan ponteng kelas. Hahaha.



Film ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang pulang dari perantauan selepas mendapat khabar tentang kematian adik lelakinya. Dia pun pulanglah ke rumah dan melihat mayat adik lelakinya yang sangat teruk dikerjakan oleh sesuatu makhluk buas yang dipercayai beruang.
Tetapi, dalam waktu yang sama juga terdapat dua orang lagi lelaki yang mati dalam keadaan demikian.

Pada suatu malam, si lelaki ini pergi ke tempat tinggal puak gipsi dan berjumpa dengan pawang mereka menanyakan tentang siapa punya angkara sebenarnya. Sewaktu ini, ada serigala jadian datang menyerang dan si lelaki ini cuma menembak serigala itu tetapi beliau telah digigit di tengkuk.
Mengikut kepercayaan, lelaki ini akan berubah menjadi serigala apabila bulan purnama jika tidak dibunuh namun sebenarnya bukan lelaki ini sahaja yang akan berubah menjadi serigala kerana terdapat lagi seorang lagi yang juga bertukar menjadi serigala apabila bulan mengambang.
Banyak rahsia akan terbongkar apabila si lelaki ini mengetahui sesuatu rahsia daripada bapanya.

Nak tahu lebih lanjut? Pergilah menonton sendiri di pawagam berhampiran anda.
Kesan khas sewaktu si lelaki bertukar menjadi serigala agak mengagumkan bagi aku. Jalan ceritanya juga menarik sebab aku tak terasa sangat filem itu 1 jam lebih. Dan banyak scene yang buat aku terkejut dan tutup mata sebab aku dah lah demam dan tiba - tiba tersalah pilih seat pula duduk depan. Sound effect dia sangat mengejutkan. Hahaha.

Apa - apapun film ini menghiburkan dan tak rugilah tengok. Pada sesiapa yang tak tahu nak tengok film apa sempena tahun baru cina nih bolehlah memilih filem ini sebagai filem anda.
Daripada 5 bintang, gua kasi 3.95 bintang.

P/S : My Name Is Khan & Lighting Thief.....Nak Tengoklah Bila Balik Rumah Nanti.

Perhatian : Saya Dengan Ini Mengucapkan Berbanyak - Banyak Terima Kasih Kepada Pengundi Ataupun Yang Sekadar Menjenguk Sahaja Entry Saya Untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal Tempoh Hari Pada Minggu Lepas. Alhamdulillah, Saya Menang Dua Kategori. Keputusan Top 5 Ranking Minggu Depan Tapi Saya Tak Target Apa - Apapun.

20 ulasan:

  1. naseb ko review,
    aku mmg nk pg tgk

    mekaseh daun keladi,
    xsia sia duit aku nt

    BalasPadam
  2. Igtkan cite ni ala2 van helsing.
    cam menarik gak eh...
    nak tgk la nnti...
    hehe

    congrats sbab dpt top ranking!

    :)

    BalasPadam
  3. my name is khan tu bile ekk kuar

    BalasPadam
  4. kalau bulan mengambang eny period :D

    BalasPadam
  5. Kambeng : hahaha..bagi aku film nih taklah bagus dan taklah buruk...ada cerita yang nak disampaikan..aku rasa film nih okay lah....

    Ms Independent : hahahaha...van helsing? dia punya mood film lebey kurang film tu jer..thanks juga coz vote me..hehehe

    Cik Biol : bulan 2 nih tapi xpasti...

    Eny : hahaha...macam tu plak dah..macam2 eny nih

    BalasPadam
  6. Itu gambar shah rukh ada taruk atas. Ini peminat setia sharok aa? Mama dengar itu filem My name is Khan kasi havoc/riot kat Mumbai... Tum? Kon he? Mera nam mamawana. Acchaa, chalo he.....

    BalasPadam
  7. Salam,

    nak tengok lah nanti.. ehehe..

    BalasPadam
  8. saya sangat suka cerita macam nie..
    nak nengok!!!
    =)

    BalasPadam
  9. tak tkot ke cte cm ginih??huhu

    BalasPadam
  10. wolf!!! wolf!!!!!
    hahaha!!! aiseh.....napa la kat klantan tak da panggung..... haha!!!

    terbaru at what cj says??
    http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/just-shut-up.html

    BalasPadam
  11. akan ku terjah cite nih,,,mcm best

    BalasPadam
  12. hurmm... ko riview apa nie!! asik cerita semua best! nie yg aku marah nie!!!

    BalasPadam
  13. besh kew???

    nk tgk bile ntah..

    menang dua ketegori??

    hebat!

    tahniah!

    BalasPadam
  14. aku da tgk smlam..
    mmg effect sound die mantap gak
    tp siyes dari hati aku..x r best sgt..motif die ade..cume agak lmbat..
    aku agak bosan d awal citer..naseb org y blanje aku tgk smalam..so xde r mmbazir sgt..

    BalasPadam
  15. brp...bape bintang ko bg citer ni?

    BalasPadam
  16. ayu : epy holiday

    mamawana : puak hindu dkt india mengamuk kut...

    billet : sila2

    vee : gi la tgok

    whitedaisy : nak takut apanya...

    cj : kehkehkeh..buat la satu

    syaf : best x?

    boneka? : hahaha..dah best nak wat cam ner...tapi ada jer aku review yg aku gtau tak best

    abang mpp : best jugalah..tq...

    ekyn : hahaha..citer dia slow tapi ada isi...

    hisham : ish,bro syam ni..kan dah tulis 3.95 bintang tu..haha

    BalasPadam
  17. wehhh. memang tekejut gila lah
    start start je aku dah melompat kat seat tuh.
    aku rase semua scene tekejut tu aku melompat. haha.
    tp bess la cite die

    BalasPadam
  18. pencurik kilat bosan beb..
    jgn tgk..hahaha

    BalasPadam
  19. kalau cerita antu seram macam ni aku suka nengokkk,
    tapi kalau cerita tembakk2,tak suka ouhhh...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com