Selasa, 30 Mac 2010

Apabila Wajah Kau Yang Kacak Cuba Dihodohkan Tetapi Tidak Berjaya...Amacam??

Hari nih gua busy gila dengan assignment & presentation. Untuk presentation CTU tadi gua tak sempat prepare apa - apapun tapi nasib baik gua boleh present tadi. Gua rasalah kan. Lepas tu petang tadi plak gua pergi shooting drama bahasa asing untuk assignment gua dekat seksyen 7.

Fuh, watak gua sebagai seorang pengemis yang kacak tu agak mencabar sebenarnya. Bukan mencabar dengan dialog tetapi dengan persepsi orang ramai. Cess! Gua sudah disolekkan dan muka gua yang kacak berubah menjadi seperti pengemis yang selekeh, kotor dan ibarat sakit. Tetapi, untuk menghilangkan kekacakan gua mengambil masa yang cukup lama iaitu lebih dari 30 minit. Itu pun kekacakan gua masih belum hilang. Hahahaha.

Gua pergi ke lokasi dengan memakai sweater yang menutup rambut dan melindungi muka gua dengan sekeping kertas. Tetapi masih lagi menjadi tumpuan ramai. Sudah gua kata aura kekachaks gua tidak akan pudar walau dengan apa cara sekalipun. Lepas tu kerana gua rasa tidak berguna melindungi muka gua jadi gua biarkan sahaja ia menjadi tatapan ramai dan akibatnya orang yang sedang membawa kereta berlanggar antara satu sama lain. Yang berjalan juga berlanggar antara satu sama lain sehingga jatuh terduduk. Kanak - kanak yang sedang makan aiskrim juga terlepas aiskrim daripada tangan mereka selepas melihat gua. Itu semua gara - gara aura kekacakan gua pada waktu itu.

Fuh, gua rasa seperti artis terkenal waktu itu. Begitu ramai mata yang memandang. Shooting pun bermula dan selesai bila azan Maghrib berkumandang. Tetapi, baru settle scene ke-2 baru. Ada lagi 2 scene belum settle. Letih betul gua hari nih. Sudahlah menjadi tumpuan gadis - gadis serta jejaka - jejaka...tidak ketinggalan mamat bangla juga tidak henti - henti memerhatikan daku.

Susah menjadi orang kacak yan disolek menjadi pengemis!!!

P/S : Esok Nak Kena Solek Lagi. Haih!! Gatal Muka Betul Pakai Segala Mak Nenek Benda - Benda Tu.

P/S : Click Nuff Gua Banyak - Banyak Tau. Gua Pun Rajin Sekarang Click Nuff Ekau Semua. Hehehe!

8 ulasan:

  1. sampai ke 7 ko shooting drama 3rd languange ek
    aku dulu shoot area2 fakulti jek, erk888

    BalasPadam
  2. hans..oit encik hans...jgn main make-up d0wh..xbest..hahaha

    BalasPadam
  3. tak lama jadi artis ler nie...hehehe

    BalasPadam
  4. ko blakon?
    tp mmg layak ko berlakon jdik pengemis pon..
    hahahha

    BalasPadam
  5. hans..ko ni student uitm shah alam ek?ko fac mana?? ko shoot sek 7 mana??? aku dulu pown buat video sampai ke ktm padang jawa la....tasik la...semua tempat aku jelajah !!!

    BalasPadam
  6. hahaha.
    gila. aku penah kena solek jadi budak cacat.
    :p

    BalasPadam
  7. tgk la ckit muka artis baru ni??? hahahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com