Diberitahu Salah…Tak Diberitahu Rasa Bersalah..Senang – Senang Dengarlah Kata Hati

Mesti setiap dari anda semua pernah mengalami situasi seperti tajuk di atas. Baru – baru ini gua juga mengalami situasi yang sama seperti ini. Dua minggu lepas, gua berkesempatan duduk di baris hadapan sekali untuk subjek CTU dan gua dengar dengan jelas sekali yang ustazah akan adakan midterm test pada minggu lepas. Untuk mengukuhlah lagi kenyataan itu gua ada catatkan di halaman pertama buku teks CTU.

Jadi, gua pun mengingatkanlah pada sesiapa yang berkenaan bahawa Isnin minggu nih ada midterm CTU dan jangan lupa study pula sebab ada 3 chapter yang masuk iaitu chapter 1,2 dan 3 mengikut silibus dan soalan terdiri daripada objective dan essay. Jadi, kebanyakan daripada mereka semua terkejut dan mula kelam kabut. Ada juga yang menghubungi ustazah bertanyakan kesahihan berita itu.

Tiba – tiba gua diperlekehkan kerana mereka diberitahu ustazah bahawa tiada midterm pada minggu ini. Gua berasa pelik dan gua cuba menghubungi rakan – rakan kelas yang duduk sebaris dengan gua. Mereka mengakui ustazah ada memberitahu bahawa midterm akan dijalankan pada minggu ini.

Gua tidak kisah sebenarnya midterm dibatalkan tetapi gua agak kecewa kerana diperlekehkan beberapa pihak sebab niat asal gua cuma nak membantu dan mengingatkan sahaja dan bukannya untuk mengenakan mereka. Takkan gua dah tahu gua nak simpan sorang – sorang pula. Hinggalah gua teremo di dalam kelas sekejap pagi tu walaupun mereka cuma bergurau dengan gua. Maaf kerana gurauan anda tidak kena pada waktunya sebab kesan sindiran semalam masih terasa dan terbawa – bawa ke pagi itu.

Jadi, gua merasakan bahawa jika diberitahu pun salah dan jika gua tak beritahu pun gua rasa bersalah maka jalan penyelesaiannya dengarlah kata hati sendiri. Lepas nih gua malaslah nak bagitahu sebab takut jadi macam benda nih. Buat biasa jer lah sebab takut tersalah pula bagi info walaupun hakikatnya betul.

Serius gua tension dengan ustazah CTU hari tu.

P/S : Semoga Berjaya Untuk Rakan – Rakan Kelas Pada Minggu Depan.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Biasa r bro..telinga orang ada dengar ada yg buat pekak nak2 orng yg duk blakang2 dalam kelas.

    Lpas tu terjadilah masalah komunikasi nk confirmkan ada exam la, ada nota baru la, etc.

    Apa kejadahnya CTU ?
    Kalau computed tomography urography gua tau la.


    P/s : Camne nak join GB @ Gengblogger ?

    BalasPadam
  2. pernah terkena dulu.tatau diuntung tol budak2 neh.haihhh

    BalasPadam
  3. Betul2x..lebih baik dgr kata hati sendiri....buat ini salah..buat itu salah..kita ni mmg x mampu utk memuaskan hati semua org!

    BalasPadam
  4. salam hans

    tak mo la emo emo dik
    grrrrrrrr....

    kalau niat kita ikhlas, teruskan la
    kenapa sebab2 kuman2 tu, hans nak berhenti buat benda baik?
    tak ke rugi?
    teruskan lah
    benda baik, pasti akan nampak juga

    tak gitu?

    xoxo

    BalasPadam
  5. akakaka..biase la..aku syorkan ko pasni simpan sendiri2 jer..biar padan muke dioang..

    BalasPadam
  6. kesian hans..
    xpe la hans..
    yg penting niat kte nak tolong org kan..
    jgn pernah rasa kesal..
    coz tujuan hans baik k..

    BalasPadam
  7. stendet lah tuh...

    aku pon bese kena

    muehheheh

    BalasPadam
  8. laen kali xyah gtau..senang ati

    BalasPadam
  9. muka ganaz.. ati jambu..
    hahaha..

    BalasPadam
  10. hans..sabar ye..beselah tu..jgn emo2 dah..laki tak elok emo..apakah??huhu

    BalasPadam
  11. Berkatalah benar walaupun PAHIT...

    Lebih baik beritahu daripada rasa bersalah terus menyelimuti diri kita

    Ala relaz la. nak beritahu tu bukan satu cara je dengan berkata-kata.

    contoh lain dengan perbuatan ke, takpun sekeliling kita... :)

    BalasPadam
  12. peduli saja org kata...asal kita happy..ikut kata hati

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama