Farid Kamil! Sila Ambil Saya Berlakon Rempit V3 Jika Mahu Buat Sekuel Ke-2! (Part 2)

Buat pertama kali untuk semester nih aku menjadi sangat gelabah sebab waktu tu dah pukul 3.50. Aku nak kena present pukul 4.00 karang. Rumah aku pula bukannya bila buka pintu kelas tu terus sampai rumah. Memang aku cuak habislah. Tiba – tiba jer rasa muka berpeluh.

Aku pinjam pendrive member aku kejap buat back up. Terus aku berlari pergi dekat motosikal aku. Fuh, tak pernah aku selaju tu menuruni tangga – tangga yang macam haram tu. Dengan pantasnya naik motosikal dan memecut dengan lajunya. Selalu bawa sopan jer tapi tadi aku lupa semua tu.

Aku cuma fikir nak sampai secepat mungkin jer. Aku cadang nak tembus dekat pintu belakang yang dekat dengan fakulti hotel catering tu. Waktu tu ada satu kereta depan aku. Sangat besar tapi bawa sangat slow. Dah aku dapat dosa free sebab asyik mencarut jer. Aku nak potong pun tak boleh sebab banyak kereta dari arah bertentangan.

Sampai jer dekat selekoh nak menuju pintu belakang tu tiba – tiba aku Nampak pintu tu tertutup rapat. Ramai juga yang senasib dengan aku dan terpaksa patah balik ke pintu depan. KENAPAKAH INI SEMUA TERJADI PADAKU DI SAAT – SAAT GENTING MACAM NIH? Memang semakin berpeluhlah aku. Bukan sebab panas tapi sebab cuak.

Aku pun redah jer lah dengan kelajuan 110km dan keatas. Selalu aku takut nak menyelit – nyelit atau potong memotong nih tapi tadi macam ada saka atau jin yang masuk dalam tubuh aku. Memang hati kering gila waktu tu. Sampai jer dekat rumah aku terus masuk rumah ambil pendrive tapi sebelum tu aku buka laptop dulu takut kang tak ada pula slide tu dalam pendrive aku. Nasib ada.

Dapat pula sms dari member aku. Dia bagitahu lecture tanya aku pergi mana. Aku hanya berkata,”MATILAH AKU MACAM NIH. SAH TAK KENA MAKI MESTI KENA BERLETER”. Aku sekali lagi memecut dengan rakusnya dan berlari ke kelas dengan pantas. Aku rasa tak pernah lagi aku naik tangga secepat tadi. Selalu aku layan feel jer naik tangga dekat fakulti tu. Hahaha.

Sampai – sampai jer terus masuk kelas. Aku dah cuak dah sebenarnya dengan peluh dan panas nak mati sebab berlari tadi. Aku pergi meja ambil nota – nota tu dan suruh member aku bagi dekat budak – budak kelas. Cuak juga aku tengok muka lecture aku tu. Pandang aku macam nak makan jer.

Presentation ni melibatkan dua orang. Patutnya aku 1st tapi sebab aku dah lewat so member aku yang mula dulu. Lepas dia habis sampailah sudah giliran aku. Serius bila aku terlampau penat aku sangat blur. Padahal aku dah ada wat preparation dan contoh – contoh dah. Tapi, yang best tu sebab terlalu penat so aku langsung tak shaking. Hahaha. Yang tak tahan tu contoh aku bagi salah. Cess! Malu betul.

Tapi mungkin sebab aku salah bagi contoh benda tu menjadi sedikit kelakar dan nampak lecture aku macam dah okay jer. Nasib tak kena marah. Memang serius cuak dan penat. Aku telah membakar beribu – ribu kalori dalam perjalanan pergi dan balik tadi.

So, kesimpulan dan pengajarannya pada masa akan datang ialah jangan lupa bawa pendrive ke kelas.

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hans






















    aku farid gak..

    nak berlaku arahan filem aku tak???

    hahaha

    BalasPadam
  2. ooooo tajuk tuh ade kene mengena jugak lah..hahha

    puas aku pikir okay!haha

    BalasPadam
  3. haha...bg conth cm compiden je...tp yg x tahan tu salah...wakakaka..tp tak pe....berani tu penting:P

    BalasPadam
  4. wakakkaka...

    farid kamil, sila ambik saya sebagai gf u
    haaaaaaaaaaaaa


    hans sihat ke tu dik

    BalasPadam
  5. fuyoooo x dapat aku bayangkan muka ko saat tu huhuhu

    BalasPadam
  6. itu ok lagi.....ak pernah kena hampir same mcm ko.....tp kes lain skit....kes nye saket perot nk memerot....hahahahaha

    BalasPadam
  7. hahahhaha..

    mat rempit pn kalah dengan hans :P
    xpe..pngalaman kan.
    lain kali jgn lupa lagi :)

    BalasPadam
  8. kalau bawak pendrive, tapi tak tutup zip waktu presentation, takpe kan? sbb ko kata bwk pndrive je,

    BalasPadam
  9. dan ko akan beraksi bersama fasha sandha. err. ehh? :P

    BalasPadam
  10. pakcik kordi punya pendrive penuh dgn....

    BalasPadam
  11. Memang tak pernah sunyi dari perkara
    menggelabah awak ni ek?
    Kalau Mak Long, masa Mak Long belajar
    dulu, dalam keadaan macam ni, Mak
    Long rilek2 agi. Manusia, everything
    boleh diejas.

    BalasPadam
  12. ikat pendrive ke leher...buat mcm fashion harian..bru tak lupa kot.

    BalasPadam
  13. haha..
    xpe2.. bley dpt joging free.
    ;p

    BalasPadam
  14. hahaha.. aku menangis je kalau macm tu.. hahaha.. hobby

    BalasPadam
  15. isk isk isk...dapat bygkan waktu tu muka mesti panas giler..

    BalasPadam
  16. hans2..kesian..
    pengalaman mengajar kte kn..hee;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama