Isnin, 1 Mac 2010

Ice Skating

Sebelum main archery aku dan 4 orang kawan aku tu pergi tengok manusia lain main ice skating. Yeah, nampak menarik dan hebat. Macam biasa kerana kegawatan ekonomi waktu ini memang aku tolak mentah – mentah nak main benda nih.

Yang seronok tu best pula gelakkan orang – orang yang jatuh waktu main game tu. Padahal kalau aku main mungkin lagi teruk pada tu. Hahaha. Yang best ada seorang lelaki nih memang lawak gila. Asyik – asyik jatuh jer. Yang lawak tu bila dia nak jatuh dia mesti tarik tangan orang sebelah dia. Masalahnya, suka suki dia jer capai tangan orang padahal bukan dia kenal pun. Tak pasal – pasal orang tu pun turut terjatuh sekali. Hahaha.

Tapi, aku kagum dengan abang tu sebab tidak malu dan gigih berusaha walaupun setiap satu pusingan secara puratanya dia akan jatuh sebanyak 3 kali. Hahaha. Sebab dia selalu jatuh dengan gaya – gaya yang memang buat kitaorang semua pecah perut jadi aku dan member – member lain memang mengharapkan dia jatuh depan kitaorang. Jahat gila kan? Hahaha.
Alih – alih memang dia jatuh depan kitaorang akhirnya. Memang gelak gila punya. Sampai sekarang aku ingat lagi gaya dia sebelum jatuh. Dengan tangan dia macam tengah berenang, badan ke depan dan kaki dia seakan – akan robot…fuhhh…memang lucu.

Apa – apapun, aku rasa kalau nanti ada peluang lagi ke sana aku nak cubalah main ice skating nih. Lepas nih terpaksa redha lah kalau ada orang gelakkan aku sebab aku pun dah gelakkan orang lain sebelum nih. Hahaha.

P/S : Nak Buat Pusing – Pusing Macam Yang Disney Buat Dekat Genting Tu Lah Nanti Bila Main Ice Skating Dekat Situ…Budget Aku Hebat…Hahaha!

PERHATIAN : Di Ruangan Iklan Di Atas Terdapat Satu Contest Menarik Untuk Para Blogger. Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut.

15 ulasan:

  1. pakcik kordi boleh main apa...haa...jom!

    BalasPadam
  2. pakcik kordi boleh main apa...haa...jom!

    BalasPadam
  3. bes gile ice skating. abang tu tak pikir dah surrounding dia. ice skating wat kt lupa duniaa. balun je. tayah pikir org tengok.. lg banyak jatuh lg bes. jom.

    BalasPadam
  4. lain kali jangan gelakkan..ha3

    BalasPadam
  5. vee paling suka archery... :) dekat sunway pernah, kat genting pun pernah...
    ice skating belajar since 7 tahun lepas, tak pass2 lagi...
    hihihi

    BalasPadam
  6. aik,.
    ni smbungn ntry sblom nih ek

    BalasPadam
  7. kau pergi sunway hari sabtu lepas ke? aku pun ada sana tengok orang main ice skating. tp aku tak main ar.

    ini link aku cerita pasal sunway.=p


    http://dihatisara.blogspot.com/2010/02/sunway-pyramid.html

    BalasPadam
  8. ak pernah main ice skating kat sunway gak....tp smpi skang xpandai2.....tp bes awek rmi

    BalasPadam
  9. main roller blade pn dah tersungkuq merata..ni kan pulak nak main ice skating..hohohoh.

    BalasPadam
  10. bia betol ko nie,,

    jgn ooow..

    nanti jadi nangke busuk bile jatoh,hahaha

    BalasPadam
  11. teringin nak main tu,,

    tapi dah jauh ssh nak g

    BalasPadam
  12. tak pernah try......selalu temankan kawan2 main kat piramid masa kolej dulu.......zaman muda2 mcm awk.

    BalasPadam
  13. bapak ah...pas archery...skating pulak....
    gua duk klantan takde nye benda2 macam gini hans......adish....
    teringin gak weyh....

    http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/unspoken-tale.html

    BalasPadam
  14. aku penah main iceskting..dan aku terer tahu..

    hahahaha!

    vangge diri plak..

    tapi mule2 main dulu aku macam budak yang ko gelak tu lah..

    hahaha..lantakla tangan sapa pon..hahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com