Khamis, 25 Mac 2010

Kadang - Kadang Aku Terfikir Tentang Teori Akomodasi

Kadang – kadang aku bertanya diriku sendiri kenapa begini jadinya.

Kadang – kadang aku berfikir siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini.

Kadang – kadang aku pelik apakah sebenarnya yang mereka mahukan.

Kadang – kadang aku teringin mahu melihat adegan mesra di jalanan.

Kadang – kadang aku mahu melihat adegan mesra di mana – mana sahaja.

Kadang – kadang aku berangan mahu berjalan seiringan dengan mereka.

Kadang – kadang aku terbayang aku bergelak ketawa dengan mereka.

Kadang – kadang aku tersenyum seorang diri apabila salah satu anganku menjadi kenyataan.

Kadang – kadang aku berasa mahu kekal dalam ruang bercahaya yang indah itu untuk 5 minit lagi.

Kadang – kadang aku lupa itu hanya salah satu tuah yang datang kepadaku walau sekejap.

Kadang – kadang aku cuba menggapai cita – cita itu namun aku tak mampu melakukannya seorang diri.

Kadang – kadang aku sedar itu semua sia – sia kerana orang diluar sana cuba memusnahkan impian aku.

Kadang – kadang aku benci dengan mereka yang berlagak jaguh sedangkan merekalah perosak dunia.

Kadang – kadang aku memberi harapan bahawa impian ini boleh digapai walaupun hakikatnya masa yang diberi sudah terlalu lama.

Kadang – kadang aku hairan kenapa mereka tidak nampak kebaikan impian ini.

P/S : Alangkah Indahnya Jika Masing – Masing Mengamalkan Teori Akomodasi Dengan Betul Dan Jujur. Sayangnya, Itu Semua Seakan Fantasi Yang Cuba Digambarkan Sebagai Realiti.

8 ulasan:

  1. tu semua kadang kadang bro... Orang kawen 4 kadang kadang baru kita dengar hahaha... PEACE...

    BalasPadam
  2. kenapa mesti kadang2..

    tp sememangnya kadang2 wujud dlm diri kan2..

    BalasPadam
  3. kdg2 ak mimpi siti mimpi pasal ak dalam mimpi datuk k!

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang saya tetanya kenapa blogger ni selalu gunakan ayat kadang-kadang dlm post ni..selaLu takde ker?HAHA

    BalasPadam
  5. kadang aku ingin hidup bahagia sampai temui ajal..

    teori kau boleh tahan jugak..membuatkan aku sentiasa berfikir

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com