Kau Ingat Dengan Membunuh Diri @ Commit Suicide Akan Menyelesaikan Segala - Galanya??

Tadi gua berkunjung ke blog Lumut dan tiba - tiba dia bercerita pasal seorang anonymous yang mahu membunuh diri. Aku kurang pasti sama ada si anonymous ini kecewa kerana sebab - sebab apa tapi bagi aku membunuh diri bukanlah jalan yang terbaik.

Memang kadang - kadang kita rasa sangat kecewa bila kita kehilangan sesuatu atau berasa ditipu, diperbodohkan, ditinggalkan atau apa - apa sahaja. Kebanyakkan kes macam nih selalunya melibatkan pasangan yang sedang bercinta dan salah seorang dari mereka ditipu hidup - hidup. Tolonglah jangan buat kerja bodoh macam nih. Kehidupan itu adalah sesuatu yang indah yang kau kena rasa hingga ke penghujungnya.

Tipulah aku kata kehidupan aku sentiasa jer gembira sebab buktinya entry aku pagi tadi tersangatlah marah gila - gila punya. Tapi, itulah kehidupan. Adakalanya gembira dan adakalanya sedih. Setiap hari kita diuji oleh Allah sama ada kita sedar atau pun tidak. Kau rasa dengan membunuh diri semua masalah boleh selesai. Tidak sebenarnya. Kau akan menghadapi masalah di dunia baru kau iaitu selepas kau mati jika cara kau mati dengan membunuh diri. Ibu bapa kau juga akan dipandang serong oleh masyarakat kerana cara kau mati itu menimbulkan unsur - unsur fitnah dan cakap - cakap yang semestinya buruk tentang kau.

Janganlah pentingkan diri sendiri. Kadang - kadang kau rasa tiada gunanya kau hidup tapi kau kena fikir ramai lagi orang yang mahu hidup lama tapi tidak berkesempatan kerana Allah sudah takdirkan ajalnya lebih cepat daripada jangkaannya. Tapi kau pula lain. Kau mahu menamatkan ajal kau sendiri. Sebenarnya dalam hidup ini banyak lagi yang kau perlu teroka dan tolonglah jangan buat kerja bodoh dengan berfikir mahu membunuh diri. Bukan saja kerja itu bodoh malah merugikan anda kerana kemanisan sebenarnya ada dihadapan tetapi jika kau bunuh diri kau macam mana kau nak kemanisan di depan kau.

Okaylah, senang cakap membunuh diri adalah perkara yang bodoh kerana ramai orang menjaga kesihatan, beli ubat itu dan ini semata - mata nak hidup lama tapi kau pula bodoh nak bunuh diri sebab kononnya dah tak mampu hidup menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Toonglah jangan fikirkan langsung mahu membunuh diri.

P/S : Dari Kau Bunuh Diri Baik Kau Click Nuff Aku Ker...Makan Pizza Ker...Ada Juga Faedah.

P/S : Thanks Pada Anonymous Yang Membetulkan Tajuk Gua. Malu I Tersalah. Itulah Laju Sangat Nak Publish. Thanks Tau Anonymous.

P/S : Jangan Lupa Jawab Poll Dekat Sebelah Tu.

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. abaikan je. bunuh diri lagi baik dari kacau orang. ahaks~

    BalasPadam
  2. commit suicide.
    kalu committee maksud lain..
    :)

    BalasPadam
  3. cari jln pendek tak pun pikiran pendek..

    BalasPadam
  4. bunuh diri adalah haram dan berdosa besar!

    BalasPadam
  5. bila depress dah tahap d max..mcm tue la..seelok2nya luahkan perasaan..let it go...

    BalasPadam
  6. klu org tu ag islam ingat.....

    - jenazah xbleh di sembahyangkn

    - klu die bunuh diri ngan cara minum racun...dlm neraka die akn ulangi cara trsebut...selama-lamanya

    BalasPadam
  7. salam bro;

    lama seh aku tak masuk sini.huhu

    sorry and very proud of u me-link kan setiap post kamu tu;p

    walaweii banyak tak terbaca!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama