Kisah Pengembaraan Hans Di Waktu Pungguk Merindukan Bulan(Part 1)

Sekarang gua sangat suka melepak di Mcd semata – mata untuk memanfaatkan wifi yang sangat laju di samping menjimatkan wang gua. Dengan hanya RM2 gua boleh online selama mana yang gua nak. Cuma tebalkan sedikit muka dan berlakon seperti biasa. Jadi, kepada sesiapa yang suka menubuhkan group – group yang sangat merepek di facebook tu, gua menyarankan kau semua create lah satu group yang bernama ‘Kaki Online di Mcd’ dan jangan lupa invite gua untuk join group tu yer. Hahaha.

Baiklah, gua mahu cerita kisah pengembaraan gua pada malam Isnin minggu nih. Gua dengan 2 orang budak rumah gua dengan bersemangat waja bersedia menyerang Mcd Seksyen 3 untuk online sampai muntah. Malangnya wifi di situ tidak dapat digunakan sedangkan makanan sudah dibeli. Gua tak beli pun sebab budak rumah gua dah beli. Hahaha.

Demi tidak mahu mengewakan diri masing – masing maka kami bertiga menggagahkan diri menuju Mcd di seksyen lain pula untuk mencuba nasih. Akhirnya, kami berjaya menemui Mcd yang mempunyai wifi yang laju dan persekitaran yang sungguh selesa sekali. Syukur pada Allah kerana memberi kami kesempatan ini. Jadi, masing – masing pun mengonlinekanlah diri dengan bersungguh – sungguh.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi dan tiba – tiba gua mendapat satu mesej dari seorang rakan gua di facebook. Tapi, gua setakat tengok jer sebab gua fokus pada benda lain. Tiba – tiba gua mendapat satu panggilan telefon daripada member gua yang mesej gua dekat facebook tu. Rupa – rupanya dia ajak gua teman dia pergi LCCT dekat Sepang tu.

Pukul 3 pagi? Wah, gua rasa macam malas gila nak ikut. Mula – mula gua taknak ikut tapi selepas tu member gua lagi sorang telefon bagitahu pasal benda tadi. Fikir punya fikir gua rasa nak ikutlah sebab macam best jer pagi – pagi pergi sana. Lagipun macam kesian plak kalau biar member gua pergi sorang – sorang. Kang terjumpa mak lampir ker kepala Maya Karin terbang ker tak ker susah hidup. Lagipun gua tak pernah buat lagi benda – benda gila macam nih dekat Shah Alam. Jadi, gua pun terpaksalah balik rumah dulu sebab nak simpan motor gua.

Sewaktu dalam perjalanan tu, tiba – tiba satu aroma bauan yang cukup wangi menusuk lubang hidung gua. Orang tua kata jangan tegur tapi gua tertegur pula sebab bau dia memang buat gua terangkat gila. Tiba – tiba gua ternampak……

To Be Continue……

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gua tak pernah gi online kt mcd..cam segan la

    BalasPadam
  2. yuter lalu pakai wangian flora by gucci~ ahaha

    BalasPadam
  3. ahhaha!!!
    apasal ko duk kat mcd dowh..
    ko lah wat team kat fb tue!

    BalasPadam
  4. desperate la lu ni bhai.. tp xpe.. wa respek sama lu leh lepak kt mcd smpai berjam2.. nk gak asenye lepak kat mcd.. haha.. join lu bleh bhai? haha..

    BalasPadam
  5. Glory glory man utd!!!!


    Lama tak makan mcd
    ni gua rasa cam nak lepak mcd malam ni

    BalasPadam
  6. ceh..xsuke citer yg bersmbung nih..tension akak..cepatlh hupdet!

    BalasPadam
  7. Macam mana aku nak klik nuffnang kau ni Hans..aku masuk benda tu tidor..masuk tido lagi..16kali aku masuk tido juga..ishkk..

    BalasPadam
  8. makan bubur mcd pun jadi sambil layan tenet

    suspen cite ko bro, sambung2

    BalasPadam
  9. weyh...
    awat online sampai ke McD..?

    kawan aku yg duk seksyen 7 tu pun selalu gak lepak mcD..memang port budak UITM kot kat situ

    chop..btoi ka seksyen 7 ek..hahaha..

    BalasPadam
  10. Haha~ kfc takde ke kat area ko?memang mcd lagi berbaloi ye?

    BalasPadam
  11. online di mcd lambat, prefer on9 di rumah :D

    BalasPadam
  12. alahhhh hantu ni biase jee...klu ko jumpe pontianak kan...ko bogel jee...kompem die malu pastu die lari dan xkn kacau ko lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama