Jumaat, 5 Mac 2010

Kisah Si Makcik Tua Part 1

Kalau korang masih ingat pada entry yang lepas - lepas pasal berfikir positif atau negatif tu mesti korang nak tahu apa yang aku cuba nak ceritakan.

Suatu malam pada pukul 10.45 malam, aku pergi ke gerai burger berhampiran rumah sewaku sebab mengidam sangat nak makan burger daging dan tiba – tiba aku terpandang seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 50 tahun ke atas yang sedang duduk di sebuah kerusi plastik berdekatan gerai burger tadi sambil menunggu burger yang dipesannya siap.

Aku mencuri dengar perbualan antara makcik tersebut dengan abang burger(A.B) dan aku tertarik dengan beberapa topik perbualan mereka tetapi aku hanya fokuskan pada apa yang aku mahu tulis untuk kali nih

Makcik : Dah berapa lama kamu berniaga? Makcik dulu pun berniaga juga tapi sejak mula dapat sakit sampai sekarang nih makcik dah berhenti dah.

A.B : Taklah lama sangat makcik. Oh, makcik pun berniaga juga ker dulu? Bagus kan berniaga nih.

Makcik : Berniaga nih memang bagus sebab untung. Memang sayang nak tinggal tapi dah sakit nak buat macam mana.

A.B : Saya pun sayang nak tinggal business nih makcik. Gerai ni dulu adik saya punya. Saya dulu tolong – tolong jer. Tapi, sekarang dia dah busy. Saya nak tutup sayang jadi saya teruskan jer lah.

Makcik : Berniaga nih dapat banyak duit. Memang sayang kalau tinggal. Baguslah adik teruskan. Teringin makcik nak berniaga macam dulu.

A.B : Anak – anak ada makcik. Tak payah risaulah.

Makcik : Makcik rasa lainlah. Dulu makcik bagi diorang duit. Sekarang diorang bagi makcik duit.

A.B : Okaylah tu makcik.

Makcik : Entah. Makcik rasa pelik. Dari diorang bagi dekat makcik baik diorang simpan buat beli benda lain. Makcik bukan guna sangat pun.

A.B : Okaylah tu makcik. Diorang ingatlah dengan makcik tu.

Makcik : Eh, adik! Jangan lupa tau tulis dengan marker yang mana burger ayam dengan yang mana burger daging.

A.B : Baiklah makcik. Siap.

Makcik : Sebab menantu makcik tu suka makan daging. Dia tak suka makan ayam. Yang anak makcik pula suka makan ayam tapi tak suka makan daging. Takut nanti tertukar pula.

A.B : Hahaha. Macam tu rupanya. Okay. Dah siap makcik.

Makcik : Berapa yer adik?

A.B : RM6

Makcik : Terima kasih yer adik.

A.B : Sama – sama. Hati – hati makcik.

Makcik tadi kemudian berjalan seorang diri menyenget kekanan mengharungi kegelapan malam kerana membawa beberapa barang keperluan harian yang dibelinya sebentar tadi yang mungkin agak berat.Aku memandangnya dari gerai burger tadi tanpa mengelipkan mata.

Tiba – tiba hatiku sayu…

To Be Continue…

19 ulasan:

  1. erkk menantu dia ngan anak dia wat pe??

    BalasPadam
  2. beginilah kasih seorang ibu...

    BalasPadam
  3. pergghhh...bagus lar mak cik nie...

    BalasPadam
  4. Salam....

    Kasian kat makcik tu. Malam2 kena belikan burger utk anak menantu. Tak masak ker demer. Awat perkulikan makcik tu jln sampai terhinggut2 bawak brg keperluan harian. Kuli ka apa ka. Heee... Jgn marah. Itu tandanyer kasih sayang.

    Sebaiknyer makcik tu dok umah, suruh anak menantu picit2 kaki dia. Lepas kenyang makan burger picit2 kaki omak eh. Itu tandanyer kasih sayang. heee... mama emo ka... erkkk?

    BalasPadam
  5. owh sayunyer..
    citer nih smbungan nyer tiap2 ari ker?
    XD

    BalasPadam
  6. kalu tgk org2 tua kt tepi jalan
    memang blh wat kt sayu
    herm

    BalasPadam
  7. untuk anak dan menantu? dia yg g beli barang harian? kan dia sakit

    hmmm

    BalasPadam
  8. mak cik jadi mcm orng gaji la ni?

    BalasPadam
  9. sayunya baca kisah makciknie..tk sabar tggu part 2..

    BalasPadam
  10. kesayuan itu membuatkan ku layu di situ~

    BalasPadam
  11. boleh pulak sambung2 nie, aduh, aku tengah feeling beb!

    BalasPadam
  12. duh.. y cant u just finish it?
    but i wait.. ill wait..

    BalasPadam
  13. sayu pulak tiba2..

    continue kan terus k..ada sambungan ..:)

    BalasPadam
  14. inilah yg dikatakan mereka 'menyanyikan' lagu semangat mendaki gunung semasa mereka sedang jatuh terjunam ke bawah...

    BalasPadam
  15. ke sbb dia diberi duit oleh anak2 dia utk dia uruskan hal rumah tangga anak dia?..( ish..buruk sangka tul )....

    tp2, mlm2 bute bwak brg dapur tu dr mana pulak?.,anak dia x leh bawa dia ke?

    BalasPadam
  16. haah.. mmg sayularhh.. agknya tua tua nnti, gni ka ??

    BalasPadam
  17. sian mak ck tu... ape2 pun aku doakan mak cik tu cepat sembuh dr skit yg dia hadapi...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com