Sabtu, 13 Mac 2010

Picnic Di Waktu Malam

Lepas PPKP tu sesetengah budak kelas gua nak pergi picnic dekat dataran Shah Alam ker apa nama tempat tu. Kira diorang semua gigihlah masak spaghetti, buat sandwich dan macam – macamlah. Gua pun join goreng kentang.

Gua join saat – saat akhir sebab gua ingat diorang nak makan – makan dekat rumah jer.Lama jugalah tunggu budak – budak lain sampai dekat rumah gua sebelum bertolak sekali. Pukul 11 macam tu rasa gua baru bertolak. Perut gua dah masuk angin berapa liter pun gua tak pasti lah.

Semua budak kelas yang join picnic malam tu bukannya budak kelas asal gua jadi dari situ gua cuba kenal mereka semua sehabis boleh.Okay! Enjoy! Dah lama tak makan – makan dekat padang macam tu. Makanan pun sedap. Kira tak rugilah aku join. Hahaha. Rasa gembira memandang bintang – bintang di atas langit sambil baring beramai – ramai mendengar cerita – cerita atau gurauan lucu masing – masing.

Sesi bergambar yang menyilaukan mata aku pun agak menyeronokkan. Senang cakap selepas penat menghadapi PPKP yang agak bosan tu, ini adalah salah satu terapi yang menarik untuk dicuba.

Apa – apapun thanks pada yang sudi ajak aku join picnic bersama korang.

P/S : Susah Betul Nak Ambil Gambar Malam Tu Dekat Camera Budak Rumah.

3 ulasan:

  1. picnic2 apa nya hans oiii, lepak2 la weh?
    ekekkekke...

    dah lepak tu kata picnic lak, huwaaaaaaa..

    opsss
    larik!!!

    tak ada hantu join sekali ke picnic tuh, lalalalal..

    xoxo

    BalasPadam
  2. kate piknik,.

    xde gmba kah,.

    BalasPadam
  3. best picnic kt dataran kat masjid 2..lapang je..=]

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com