Sampai Bila Lagi Nak Tunggu Dan Lihat Tanpa Mengambil Tindakan Drastik?

Apabila terbaca surat khabar mengenai rakyat Singapura yang mengamuk kerana kebanyakan peluang pekerjaan mereka telah diambil oleh rakyat asing maka aku berfikir apakah nasib rakyat Malaysia di masa akan datang.

Apabila satu kenyataan sebelum ini oleh seorang menteri yang terkejut melihat kebanjiran ramai pendatang asing membanjiri tempat – tempat tumpuan negara maka hal itu juga membuatkan aku sangat terkejut. Bukannya terkejut dengan lambakan pendatang asing tetapi terkejut dengan kenyataan menteri itu. Sampai sekarang aku masih tidak dapat menerima apa yang cuba disampaikan oleh menteri itu.

Hal ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Jadi, kenapa baru sekarang beliau mahu terkejut dengan hal ini? Aku betul – betul musykil. Bukankah mereka sepatutnya sudah tahu lebih awal kerana ini adalah salah satu masalah besar yang wujud sejak sekian lama dahulu dan makin mencengkam keamanan negara?

Singapura adalah negara yang sangat tegas mengawal kedatangan pendatang asing dan harus diingat pendatang asing yang ada di Singapura bukanlah jenis pekerja bawahan kerana kebanyakkannya adalah pekerja berprofil tinggi. Itupun telah memberikan kesan yang serius kepada keharmonian rakyatnya. Apatah lagi kita di Malaysia yang mana rakyat asingnya datang bercambah – cambah sama ada melalui cara yang sah ataupun haram dimana kedua – duanya sama banyak.

Tolonglah wahai pemimpin – pemimpin yang mempunyai kuasa. Tegaslah dengan tindakan dan bukannya dengan kata – kata. Buat apalah berlembut sedangkan yang ruginya kita sendiri. Sayangilah rakyat sendiri dan jangan biarkan pepatah ‘Kera Dihutan Disusukan Sedangkan Anak Mati Kelaparan’ menjadi kenyataan.

P/S : Maaf Entry Sekarang Agak Politik Sebab Aku Rimas Dengan Suasana Sekarang.

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ya, kenalah buat sesuatu, jgn susukan kera di hutan, anak sendiri mati tak makan.

    BalasPadam
  2. betul setuju dgn kamu hans
    kadang2 terasa spt bukan berada di m'sia
    ramai sgt org2 asing
    huhuuuu

    BalasPadam
  3. kita pown rimas..naik bus nak gi kl macam kat jakarta dan bombay !!! bau !! tak yah citer..jamban umah kita lagi harum

    BalasPadam
  4. hans,
    aku suka n3 yg ini..

    thumbs up!

    BalasPadam
  5. menukar kerajaan.
    aku rasa itu je penyelesaian yang mungkin...
    mereka yang diatas perlu diajar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama