Selasa, 20 April 2010

Aku Rasa Masaku Bersamamu Sudah Tidak Seperti Dahulu...Sudah Tiada.

Bunyi kicauan sang burung hilang mengikut cahaya,
Matahari berlari menyembunyikan diri,
Munculnya rembulan megah berdiri,
Aku seorang ternanti - nanti.

Merah itu sungguh pekat,
Sepekat saga di dalam bekas,
Cahaya yang terang menjadi malap,
Hatiku sayu jiwaku kacau.

Janji diberi hatiku melonjak,
Aku menanti dan terus menanti,
Hinggakan rembulan hampir berlari,
Mengelakkan diri dari matahari.

Aku menghitung hari demi hari,
Ku pasti masa tidak akan kembali,
Semakin hari semakin terasing,
Mungkin sudah tidak bererti.

Aku sentiasa mencari peluang,
Peluang yang pernah aku rasai,
Alangkah indahnya jika aku orang yang utama,
Pasti aku takkan ditolak ketepi.

Aku sedar aku ini manusia biasa,
Tidak setanding dengan di depan mata,
Kadang - kadang terasa bodoh,
Kenapa terlalu mengikut kata hati.

Masa semakin pantas berlalu,
Biji benih bercambar segar,
Daunan hijau bertukar mati,
Masih sama seperti dahulu.

Aku memandang mata itu,
Sejernih mutiara di lautan,
Sungguh ibarat pipit dan enggang,
Mana mungkin akan bersatu.

Sedarlah wahai batu,
Engkau bukannya emas,
Sedangkan dia adalah penawar,
Sangat berharga berbanding kamu.

Sebelum kamu tinggalkan aku,
Baiklah aku sendiri tinggalkan kamu,
Kerana aku rasa aku sudah ditinggalkan,
Aku bukan punya apa - apa.

Aku rasa,
Masaku bersamamu,
Sudah tiada,
Tidak seperti dahulu.

15 ulasan:

  1. oh, mood sedih. huhu.

    semuanya akan berubah...tidak akan sama seperti dulu... =(

    BalasPadam
  2. tetiba mahu menangis.
    terkedu.
    besar nilai sebuah rasa.
    tapi aku buta dibalik mata yang tak bijak meneliti..:)

    BalasPadam
  3. oh.
    Tajuk agak panjang dan tak mencengkam. Pilih yang lebih padu!

    BalasPadam
  4. Nada sayu dalam romantis.
    Luahan rasa, tapi semacam bercampur baur dengan frasa yang mungkin ibarat lirik lagu dan sesetengah kosa agak biasa.
    Percubaan yang bagus!

    BalasPadam
  5. Apakah ini luahan hati Hans???

    BalasPadam
  6. hans, apakah ini?
    kecewa ye?

    BalasPadam
  7. janganlah bersedih hati..

    patah tumbuh hilang berganti..

    semoga berjaya..

    BalasPadam
  8. wow. kudos, bro. ada taman gak kat hati ko..haha..

    BalasPadam
  9. namun itu hakikat yang harus diterima
    wah..wahh..pandai sambung pulak...hahaa

    BalasPadam
  10. maksod ko blogging kan?
    aku pon asek menghilang ni.
    sbb byk keje kat opis...
    takde mase sgt nak blogging dh...

    BalasPadam
  11. fikiran mengamuk hati berkecamuk..terpekik terlolong....

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com