Khamis, 22 April 2010

Allah Itu Maha Adil...Percayalah!

Macam gua cakap....Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tak mampu hadapi. Memang kita akan berasa susah, menangis, kadang - kadang kita rasa kita tak mampu hadapi ujian tu tapi akhirnya kita berjaya mengharungi ujian itu dengan berjaya tanpa kita sedar atau kita sedar terlalu lewat.

Begitu jugalah dengan seorang budak nih yang gua anggap macam adik gua sendiri dah. Permulaan gua kenal dia gua tak tahu pun dia siapa. Apa kisah hidup dia. Gua bersyukur sebab gua kenal dia bermula daripada bawah. Jadi, gua bukan berkenalan dengan dia atas dasar gua simpati. Tetapi, lepas gua tahu apa dah berlaku pada dia pastilah tipu kalau gua kata gua tak simpati. Tetapi, persahabatan itu semakin rapat.

Gua kagum dengan dia. Dia kuat hadapi ujian dari Allah. Dia menyedarkan gua kasih sayang mak ayah itu sangat berharga. Gua rasa beruntung sangat waktu tu sebab gua tahu gua masih ada mak dan abah gua lagi. Bila dia kata,"Aku yang menghadapi benda nih macam nih pun boleh kuat, takkan kau tak boleh?" memang bagi aku semangat. Betul juga tu. Ujian dia lebih berat daripada ujian aku. Ibarat Gajah dan Semut. Gajah itu ialah ujian dia dan Semut itu ialah ujian aku. Benda tu buat aku pandang dia lebih hebat daripada seorang rakan. Kadang - kadang aku rasa dia macam orang yang boleh dibuat idola dalam kehidupan. Sememangnya dia layak.

Walaupun perkenalan secara rapat tu aku rasa tak sampai 2 bulan lagi namun ia ibarat satu tempoh yang lama. Banyak benda yang boleh dibualkan. Tiba - tiba ujian yang dihadapi beliau semakin hari semakin hebat. Adakala dia mengadu dia dah tak tahan lagi menghadapi ujian itu. Mula - mula aku rasa kecewa. Kenapa lain pula kata - katanya berbanding sebelum ini tapi aku bukan di tempat beliau. Aku memang senang untuk berkata,"BERSABAR! TABAH! KUATKAN IMAN!" tetapi yang menanggung adalah beliau. Jadi, mahu tak mahu itu sahaja yang aku mampu lakukan disamping berdoa.

Hari ini aku rasa dia mendapat hadiah istimewa. Macam aku cakap Allah itu maha penyayang. Dia tidak akan berlaku kejam dengan hambanya. Hari nih Allah telah memberikan beliau sedikit keistimewaan. Aku rasa itu satu tuah yang cukup bermakna. Jarang orang boleh mendapatkan keistimewaan macam tu. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira dengan hidupnya pada hari ini. Gembiralah dia maka gembiralah aku. Sedih dia maka bersedihlah aku.

Sekarang aku dah boleh terima dah apa yang bakal terjadi. Aku pun sudah bersedia dengan semua tu. Aku berharap hari - hari mendatang yang dilalui akan seceria seperti pelangi. Kepada adik aku, aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa akan menyokong dan berdoa untuk kamu. Aku sebenarnya mahu kita berborak panjang seperti dahulu tetapi aku tahu kamu sangat sibuk. Jadi, aku tidak mahu minta apa - apa cuma aku harap kamu habiskan hari - hari kamu dengan 1001 keceriaan. Kamu kena ingat kamu sudah menjadi inspirasi ramai orang. Jadi, jangan sesekali terjatuh tanpa mampu bangun. Apa - apapun kamu harus bangkit dan melangkah sehingga berjaya.

Aku tidak mahu meletakkan nama kerana jika kamu terbaca maka aku yakin kamu pasti tahu kamu yang dimaksudkan. Aku tumpang kegembiraan kamu hari ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan kamu dengan aku.

P/S : Kamulah Pelangi Itu.

20 ulasan:

  1. sudah tentu kenal siapa dia.

    semangat dia sahaja yang buat aku masih bernafas lagi saat ini.

    kalau dia pergi, aku pasti akan ikut terbenam sekali.

    BalasPadam
  2. ade orang yang lebih besar dugaan, lebih hebat ujian yang dihadapi berbanding kita. lau tabah, pasti akan ade hikmahnye

    BalasPadam
  3. hanie : yups....betul tu

    zara : kalau dia pergi aku takkan terbenam...aku mahu jadikan pemergian itu sebagai satu semangat baru....aku yakin dia pasti takkan gembira jika pemergian dia membenamkan perasaan kita...jadi,jangan biarkan anda ikut terbenam sekali yer zara

    hami : yups....kita sangat mengenali orang itu

    BalasPadam
  4. laaa napa lak nie :D

    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. bersyukur kerana kita masih ada yg org lain tiada :)

    BalasPadam
  6. pada Dia juga kita memohon bantuan.. >.<

    BalasPadam
  7. hans!!!aku sgt-sgt-sgt suka post ni!menyedarkan aku juga...mmg ujian kita ni terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dgn org lain.Bezanya kita ni banyak sgt mengeluh!

    thanks bro!sgt membuka mata aku...
    Allah datangkan ujian kerana Dia sayangkan kita.Setiap kali kita dapat menempuhi ujian itu,maka darjat kita akan naik.insyaAllah~

    BalasPadam
  8. whoa!!!
    essay ini sangat bermakna weyh!!!
    tersentuh macam aku plak..
    ahahahaha

    BalasPadam
  9. btl tu Allah S.W.T. xakan mnguji hambanye dgn apa yang hambanye xmampu. Allah S.W.T. bukan zalim nak biarkan hambanye terkial-kial buat sorang2. so kita kene trima apa yang terjadi dgn rdha n sabar sbb kita mampu tuk atasi prkara 2.

    BalasPadam
  10. semangat adalah segalanya..:)

    BalasPadam
  11. jgn pnh menyesal dgn ape yg dah kau lalui hans :)

    BalasPadam
  12. oh adik itu,
    rasanya ingin aku susun semangat kita semua dan berdiri di sebelahnya..

    semoga dia kuat.
    kita yg melihatnya juga harus kuat!

    BalasPadam
  13. tapi syg..pelangi hadir sekejap cuma..hope pelangi awk sentiasa hadir menceriakan hdup awk sbgimana cerianye wrna2 pelangi..alldabest

    BalasPadam
  14. hans,
    kau memang kawan yang best..

    gud listener, i guess..

    keep it up!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com