Khamis, 1 April 2010

Cabutan Bertuah Memang Mengujakan Tambah - Tambah Bila Nombor Anda Disebut

Sepanjang kehidupan aku dekat muka bumi Malaysia nih....aku boleh bilang berapa kali nombor aku dicabut sebagai nombor bertuah. Tetapi, yang bosannya tu mesti aku menang hadiah yang cikai - cikai.

Ingat lagi masa hari kantin sekolah rendah, ada cabutan bertuah dan hadiah dia best. Dapat basikal dengan tiket penerbangan ke mana entah. Penatlah aku beli kupon banyak - banyak tapi haram tak dapat. Menganga jer lah tengok orang yang menang tu. Lagi sakit hati tu nombor yang dicabut lebih kurang kita atau dekat dengan nombor kita. Sebagai contoh nombor aku 311 dan nombor yang dicabut mungkin 312 atau 131....hahaha!

Masa dekat sekolah menengah dan 1st time aku dapat cabutan bertuah. Tapi, hadiah saguhati jer lah. Masa pergi ambil hadiah tu memang bangga tahap gila punya. Aku pun tak tahu sebab apa aku berkelakuan macam tu. Hahaha. Padahal hadiah dia hamper keropok jer pun. Kehkehkeh. Balik rumah aku kecoh satu dunia aku menang cabutan bertuah. Hahaha.

Sampai dekat sekolah teknik pula, kitaorang librarian memang kaki buat dinner tiap - tiap tahun. Masa aku form 5 memang banyak sponsor. Kiranya ada lebih kurang 25 hamper macam tu dan kitaorang librarian ada dalam 15 orang. So, kebarangkalian nak dapat tu memang tinggilah kan. Tapi, muka yang kacak nih? Haram nak dapat. Hahaha. Aku tengok jer member - member aku dapat. Nasib diorang tak kedekut nak kasi aku snack apa semua tu. Kalau tak memang aku dah bakar hamper diorang. Hahaha.

Sebab tu aku benci cabutan bertuah. Walaupun benci aku tetap akan tengok nombor aku bila angka diumumkan oleh si pencabut dan keputusannya takpernah dapat. Hahaha. Sebab tu aku suka masuk peraduan tambah - tambah peraduan blog. Alhamdulillah setakat nih adalah hasil. Nak harap cabutan bertuah sampai aku kahwin dengan Rani Mukherjee dan dapat anak macam Preity Zinta pun takkan menang punya.

P/S : Haih, Sonok Tengok Korang Click Pakcik Misai A.Galak Iaitu Mr Potato. Thanks Yer.

9 ulasan:

  1. hahhaa. awk kuat berangan lh nak kawen Rani. x pe2. ddy pn x penah dpt hamper tu tiap kali cabutan bertuah. rase mcm x bertuah betol.

    BalasPadam
  2. haha.semua bergantung pada rezeki kan.
    :)

    BalasPadam
  3. haha..
    xpe2..
    ushe lagi..t dpt r ..
    lawak jer..

    BalasPadam
  4. bergantung pada naseb la kot..:

    BalasPadam
  5. Vee tak pernahnye bernasib baik bab2 cabutan bertuah nie... hihihi...
    :)
    *hans, dah upload byk gambar... :)*

    BalasPadam
  6. pstt..pstt..smlm dinner ku dpt cabutan bertuah..lalala..jgn jelezzz ;p

    BalasPadam
  7. psstt..psstt..smlm ms annual dinner ku menang cabutan bertuah...ngeee...saje kasi jelez ko, hehe

    BalasPadam
  8. aih...jrgnye nombor aku bertuah...

    BalasPadam
  9. mmg byk mr potato berkeliaran skrg
    tp kt aku xde pun
    jeles ah

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com