Khamis, 29 April 2010

Jangan Terlalu Membenci....Jangan Terlalu Taksub...Kerana Jika Tidak Otak Kamu Akan Berada Lebih Bawah Dari Kaki

Tajuk macam biasa panjang gila.....Tajuk kali nih berbunyi agak kasar....Tapi entry ini Tiada ayat maki - maki atau carutan apa pun...Cuma mahu berkongsi pendapat dan pandangan sahaja.

Semakin meningkat usia kita bukan bermaksud kita semakin hebat atau semakin pandai. Ini kerana setiap hari dan setiap masa kita akan belajar benda yang baru. Dunia sekarang semakin pantas berubah dari segi peradaban ataupun teknologi. Tidak bermaksud jika manusia itu tua maka dia lebih bijak dari yang muda kerana dunia sekarang menunjukkan manusia yang berumur juga belajar dengan manusia yang muda cara - cara menggunakan teknologi. Jadi, ini membuktikan setiap hari kita belajar atau terpaksa belajar benda yang baru.

Jadi, didalam hidup ini kita tidak boleh terlampau taksub pada sesuatu perkara atau benda. Kita juga tidak boleh terlampau membenci seseorang. Maksud aku disini, jika kita terlalu berfikiran sebegitu maka tanpa kita sedar pemikiran kita berada jauh lebih rendah dari tapak kaki kita. Cuba kita letakkan situasi kita pada pihak yang kita cuba salahkan dan pada pihak yang kita rasa teraniaya. Jika kita berada ditempat itu apa yang kita fikir kita akan buat?

Apabila kita terlalu taksub pada sesuatu perkara maka kita akan sentiasa fikir benda itu betul. Dan kita mahu apa yang kita fikir betul itu menjadi betul walaupun hakikatnya kita salah. Apabila ada orang menentang maka kita rasa tercabar. Kita tetap mahu apa yang kita fikir betul itu betul. Kita sentiasa mahu dengar apa yang kita nak dengar. Hakikatnya, perkara yang salah yang kita tetap mahu tegakkan itu telah menjadikan akal kita lebih rendah daripada tapak kaki.

Cubalah berfikir secara positif dan menjadi neutral. Kurangkan sikap bias kita. Kerana apa yang kita benci itu lambat laun tanpa kita sedar akan berlaku kepada diri kita dimana kita sendiri yang melakonkan watak itu dan paling tragis apabila diwaktu itu kita membela diri kita pula mengatakan perkara itu betul walaupun sebelum ini kitalah orang pertama yang ke hadapan menyuarakan kebencian kita pada benda itu.

Marilah berfikir secara kreatif dan neutral tanpa terlalu taksub membabi buta terhadap kepercayaan kita yang kosong itu.

Jadikan akal anda setinggi langit dan bukannya serendah tapak kaki.

P/S : Walaupun Entry Ini Tiada Warna Warni Seperti Warna Sugus Namun Emosi Aku Baik - Baik Sahaja. Cuma Aku Tak Mahu Entry Ini Menganggu Mata Pembaca Kerana Aku Mahu Mereka Menyelami Apa Yang Aku Cuba Sampaikan. Insyaallah, Kalian Semua Akan Faham.

17 ulasan:

  1. em.
    yela..
    entri kali ni tade wearna warni cm kaler sugus
    hehehe

    :)

    stay cool :)

    BalasPadam
  2. lupa nk ckp kita bukan semulia nabi muhammad

    BalasPadam
  3. tak baik benci org..t kita pulak di dibenci..benda berbalik..nama pun manusia mana ader perfect..hoho

    BalasPadam
  4. renung2kan dan selamat beramal
    ^____^

    BalasPadam
  5. nak benci pd ssuatu pun kene bsederhana, nak suka pd sesuatu pun kene bsederhana gak, so apa2 yg kita buat kene bsederhana...

    BalasPadam
  6. betul..
    kadang2 kita bangga kononnya kita x buat itu ini mcm org lain padahal sebenarnya kita buat pkara yang sama@lebih kurang tanpa kita sedari..

    sama2 la kita amek iktibar..
    renung2kan..
    dan selamat beramal :)

    BalasPadam
  7. kaki di kepala,
    kepala di kaki

    BalasPadam
  8. susah nak benci pada orang.. tapi kekadang orang sesenang membenci orang.. best ke benci benci orang nieh...

    ghheeee

    BalasPadam
  9. aku rasa mcm salah masuk blog.
    ngeeeheee

    BalasPadam
  10. wat pe nak benci orang...bukan sonok pun.. :)

    BalasPadam
  11. benci atau taksub la pada sesuatu pada kadar yg berpada2..itu lbh selamat kan.....

    BalasPadam
  12. Yeahhh!!!
    Jgn terlalu taksub dgn dri sdri!

    :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com