Isnin, 19 April 2010

Kenapa Aku Perlu Cemburu

Kadang - kadang aku rasa kamu seperti milik aku,
Tetapi sebenarnya aku salah,
Aku lupa kamu milik yang satu,
Kamu milik Allah tuhanku.

Kadang - kadang aku rasa cemburu,
Melihatkan ramai orang begitu menyayangimu,
Bukannya aku tidak suka kamu disayangi,
Sumpah aku tidaklah seperti itu,
Cuma aku rasa tergugat,
Aku rasa takut,
Aku rasa terancam,
Kalau - kalau kasih sayang aku ditolak ketepi.

Kadang - kadang aku fikir aku nih teruk,
Kadang - kadang aku fikir aku nih tamak,
Kenapa perlu menghalang atau dengki pada orang lain,
Mereka juga pastinya berperasaan seperti aku,
Pasti masing - masing akan menunjukkan sifat kasih sayang mereka pada kamu,
Ya, aku memang insan yang teruk.

Aku cuba buang perasaan cemburu itu jauh - jauh,
Walaupun sebenarnya aku tidak mampu buang,
Aku tak suka melihat kamu menangis,
Aku nak kamu gembira,
Gembira melayari kehidupanmu sehari - hari,
Apabila aku buat kamu kecewa dengan sikapku,
Aku beribu kali kecewa dengan diriku sendiri,
Sumpah aku menyesal.

Kini aku tahu aku tidak perlu cemburu,
Itu semua kerja syaitan,
Aku tak kisah jika kamu lebih sayangkan orang lain,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.

Orang yang aku sayang sentiasa meninggalkan aku satu persatu,
Meninggalkan aku diwaktu aku gembira berada dengan mereka,
Kadang - kadang aku bingung,
Adakah takdir aku begini,
Adakah selama - lamanya begini,
Tetapi aku tidak boleh salahkan takdir,
Itu semua ujian Allah,
Aku redha dengan ketentuannya.

Aku mahu kamu tahu,
Kamu sudah seperti ahli keluargaku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu dengar alunan suara lagu dari kamu,
Yang sentiasa memberi kekuatan dalam diriku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu kita bermandi air hujan seperti hujan petang tadi,
Yang paling penting,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.


Karya Asli Hans Hanis

P/S : Entry Ini Ditulis Sewaktu Petang Tadi Dan Ditujukan Kepada Mak Limah Dan Mak Cik Jenab Yang Sedang Bergossip Di Beranda Rumah Di Kampung.

25 ulasan:

  1. perghhh..jiwang giler.. :D

    BalasPadam
  2. kaber line ekk tuk makcik2 kt branda kunun ekeke

    BalasPadam
  3. aiyoh.
    meleleh air mata baca.
    uwaaaaaaaaaaa~
    ToT

    BalasPadam
  4. miss : hahaha

    mr z : bukan selalu...

    hizami : adess...biar betul ko nangis

    BalasPadam
  5. saya juga cemburu.. huhuhu... (^__^)

    BalasPadam
  6. pasti terharu makcik2 tu. ha ha~

    BalasPadam
  7. haha
    kamu ni lawak
    xkanlah untuk makck2 y mngumpat
    adei
    isi hati ka ni hans;-p

    BalasPadam
  8. adakah dua makcik itu sbnrnya adalh dua gadis yg cantik....huhuh

    BalasPadam
  9. shin sgt kuat cemburu... then shin amik sikap lebih baik x yah tau.. lebih rela kena tipu dari tau yg leh bikin jadi cemburu.. huhu

    BalasPadam
  10. setempek!
    sama dengan situasi daku sekarang!
    uiseh! hahahaaha

    BalasPadam
  11. mintak tisu..
    airmata meleleh.
    ak mahu nangis..:(
    tersentuh..

    BalasPadam
  12. nk tanya hans...mcm mn ek nk buat www kat url blog tu??? boleh kongsi tak??

    BalasPadam
  13. syg tak beerti memiliki.=)
    cemburu tak slh, sbb cemburu itu tnda syg.;)

    BalasPadam
  14. sekali sekala cemburu takpe...:-)

    BalasPadam
  15. kau boley menang dalam pertandingan menulis puisi tahun ni..teruskan usaha..

    BalasPadam
  16. sungguh puitis..

    makin advance skang..

    BalasPadam
  17. kenapa aku perlu cemburu.. mungkin sebab aku sayangkan dia.. huhu.. atau mungkin sebab aku dah jatuh hati padanya.. hahaha

    BalasPadam
  18. Fuhhh Jiwangnya...hahahaha..Ni cemburu coz xdpt bergosip ke apa??sah2 suka bergosip....hahahaha

    BalasPadam
  19. ewah.. tgh dlm mode bercinta cinta plak dia... oi oi dh nk exam tu :p

    BalasPadam
  20. hahahha...betul2..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com