Khamis, 15 April 2010

Kisah Lucu....Pasti Ketawa Punya!

Cerita aku nih korang rasa lucu ker tak? So, nak tahu ker tak silalah baca yer sampai habis.

Masa aku form 1 dulu aku sekolah agama di Alor Setar.  Disana, aku diwajibkan tinggal dekat hostel walaupun rumah aku dekat jer dengan sekolah tu. Yang menariknya tu, bilik aku dekat hostel tu bersebelahan dengan kawasan perkuburan. Kira ada budak dalam bilik aku nih penakut gila. Pantang cerita pasal hantu sikit pasti esok beliau akan membuat peta di atas tilamnya. Adoi!!
Nak dijadikan cerita pada suatu hari, ada salah seorang budak bilik aku nih buat gila. Ada patut dia pergi dekat sebuah pokok besar lepas tu dia cabar 'Benda' tu suruh kacau dia kalau 'Benda' tu hebat. Memang 'Benda' tu kacau dia sudah malam tu. Malam tu tiba - tiba budak tu histeria dalam kelas. Maki - maki Allah lah Al-Quran lah. Aku nih pula tak tahu cerita dan blur -blur sikit. Lagipun aku tak pernah tengok lah kes - kes macam tu depan mata so aku buat relax jer lah.
 
Malam tu semua budak - budak dalam bilik aku tidur rapat - rapat di satu sudut hujung bilik. Aku nih jenis kalau nak tidur kena tidur dekat tilam sendiri so aku still dekat tilam aku lah. Budak yang kena rasuk nih dekat sebelah katil aku dan kawan baik dia dekat sebelah katil dia. Akhirnya kawan baik dia nih pun cabut pergi tidur dengan budak - budak lain. Tinggallah aku dengan budak tu. Budak tu bagitahu lah aku kalau nanti dia tiba - tiba pitam akan ada bunyi angin bergerak laju. Lepas tu dia cakap suara dia akan berubah menjadi orang tua dan aku kena jawab apa - apa soalan yang orang tua tu tanya.

Aku dalam hati,"Apalah budak nih merepek! Aku dah lah mengantuk. Esok kelas pagi". Tiba - tiba budak tu pitam. Halwa telinga aku menangkap bunyi angin bergerak laju. Pelik juga aku waktu tu. Tiba - tiba budak nih bangun. Suara budak nih berubah menjadi suara orang tua. Aku pelik juga dengan budak nih. Agak - agaklah nak kenakan aku pun. Aku mengantuk kut. Lepas tu suara orang tua tu tanya aku kiblat dekat mana lah..nama lah..apa lah...aku jawab jer lah dengan lurusnya. Lepas tu tiba - tiba budak tadi pitam balik. Aku dengan balik bunyi angin bergerak laju.

Perkara yang sama berulang - ulang dalam 2-3 kali sampai sedar - sedar dah pukul 4.30 pagi. Tiba - tiba datang abang senior merangkap penghulu asrama. Dia suruh aku buat tak tahu dan anggap budak tu main - main jer. Aku pun buat bodoh jer lah.

Esok malamnya dia histeria teruk punya sampai ustaz - ustaz semua datang baca Yassin la. Dia mengamuk sudah. Ramai pula kena pegang badan dia sebab dia tendang menendang orang. Akhirnya, budak tu pindah dari sekolah tu 2-3 hari lepas tu sebab 'Benda' tu nak budah tu keluar dari sekolah tu.

TAMAT

P/S : Jangan Lupa Jawab Poll Blog Aku Yer.

20 ulasan:

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com