Mari Lihat Jawapan Untuk Soalan Kamu Semua Semalam

Gua dapat 13 soalan daripada blogger - blogger yang bertanyakan macam - macam soalan pada gua. Jadi gua akan jawab secara ringkas 13 soalan itu disini

1) Ghostone > Kenapa Saya Hensem Awak Buruk?

Jawapan : Ekau Lupo Tengok Cermin Nih

2) eD's photography > Awak suka blog saya tak?

Jawapan : Aku suka 50% sebab pic yang ko ambil cantik. Tak suka 50% sebab ko tak ambil pic aku. Haha.

3) Cik Memy > Saya nak menjadi kekasih awak. Bolehkah?

Jawapan : Nur Elmyra Quensberg dan Lisa Surihani nak letak mana?

4) Miss > Awak rasa saya patut tanya awak apa?

Jawapan : Saya rasa awak patut tanya saya,"Awak nak hadiah apa untuk besday awak tahun nih?"


5) Kniedaz > Boleh tak Hans buh gambar Hans dalam blog neh?

Jawapan : Dah buh dah kut. Tu dekat header tu. Tak kan tak nampak.


6) Mr Feckry > Gua nak tanya kenapa kencing kena cangkung?

Jawapan : Sebab mahu keluarkan semua air kencing. Jika berdiri air kencing tidak dapat keluar semua.


7) Hanie@Nisya > Pada pendapat Hans lelaki yang minat warna pink?

Jawapan : Pendapat saya berubah - ubah melihat kepada sesiapa yang memakainya. Ada akn kelihatan jambu. Ada akan kelihatan macho. Ada juga yang akan kelihatan seperti bukan lelaki. 


8) Brahim Nyior > Mengapa debu gunung berapi yang melanda Eropah sekarang nih tak boleh diselesaikan dengan segera?

Jawapan : Sebab debu tu duduk atas awan. Kalau dekat bawah mesti orang Eropah dah cuci kasi bersih dah.


9) Tukang Kata > Kenapa awak rasa awak nih Shah Rukh Khan?

Jawapan : Rasa? Bukan rasa tapi saya memang Shah Rukh Khan. Awak nak sign ker?


10) Nick Irfan > Aku nak tanya kenapa ko suruh tanya soalan?

Jawapan : Saja suka - suka


11) -li.zue- > Formspring tak ada ker bro?

Jawapan : Tak adalah. Malas nak buat.


12) Aienzunnur > Apa khabar?

Jawapan : Sihat Alhamdulillah.


13) Deus X Machina > Kenapa Liverpool sangat fool musim ini?

Jawapan : Sebab Rafael tak bersara lagi.


Itulah senarai jawapan untuk soalan - soalan ini. Nanti minggu depan ada saper - saper nak tanya lagi sila tanya di bahagian komen untuk entry minggu depan plak yer.

P/S : Soalan - Soalan Best Tak Ada Ker? 

Contoh Soalan -> "Dulu Waktu Kau Couple Dengan Maya Karin Berapa Tahun?"

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama