Jumaat, 23 April 2010

Oh Bintang - Cadangan Dari Pembaca Blogger

Oh bintang,
Pabila sang malam tiba,
Menyelimuti dada langit yang kontang,
Aku mendongak ke langit,
Kelihatan kau bersinar indah.

Oh bintang,
Cahayamu kebiru - biruan,
Namaku acap kali diseru,
Aku mengangkat tangan,
Cuba mencapai hujungmu,
Namun kau terlalu jauh.

Oh bintang,
Durasi masa punca penghalang,
Hidupmu di penghujung,
Aku pula di permulaan,
Kita tidak bertemu,
Namun kita saling berdekatan.

Oh bintang,
Kau sumber ilham,
Harapan manusia sejagat,
Yang sesat di dalam kelam,
Yang buta di dalam terang,
Yang tempang di dalam sempurna,
Engkaulah harapan semua.

Oh bintang,
Kemunculanmu dimalam hari,
Sentiasa dinantikan,
Oh bintang.


Karya Asal Hans Hanis

Ramai Pembaca Menyukai Entry 

'Aku Rindu Pelangi' & 'Kenapa Aku Perlu Cemburu'

Seorang blogger meminta aku menulis mengenai Bintang pula. 

Aku tak pasti bagaimana dengan karya ini. 

Hanya kamu pembaca mampu menilai hasil karya ini.

P/S : Gua Tidur Dulu. Harap Beri Komen Yang Membina.

P/S : Rajin - Rajin Tengoklah Iklan - Iklan Nuff Tu Yer.

17 ulasan:

  1. aku suk abulan sbb bulan 1. bintang banyak. nanti aku tak tahu mana satu nak pilih.
    lagi pun bulan bulat macam muka aku. x nak! birlah bersegi2..

    kenapa aku tak boleh tdo dang 'mengaruk' kat blog org pg2 buta ni???

    BalasPadam
  2. kreatif berkarya. bagus :) menarik

    BalasPadam
  3. memula baca teringat lagu Yuna..

    Owh.. Bulan.......

    tapi ni owh bintang....

    terkonpius jap..

    BTW.. bagus puisi ni..
    suka (*.*)
    ***** ---> 5 bintang untuk Hans..
    Bravo

    BalasPadam
  4. wah pg2 dh bermadah :) teruskan! nnt leh compile sajak2 ngn aku :P

    BalasPadam
  5. cahaya bintang biru kebiruan ek?
    xtau plak..
    ingn kuning keorengan

    BalasPadam
  6. okeyh lew tue..
    ko buat oh kentut lak ek..
    hukhuk,,,

    BalasPadam
  7. Hans,
    ekau memang bertalenta.

    Rekhapearls Like This!

    BalasPadam
  8. Hello! ada orang panggil saya? :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com