Review Film : Date Night Memang Lucu Dari Awal Sampai Akhir


Semalam gua sekali lagi menonton wayang bersama Piqah dan juga kakak beliau. Kali ini kitaorang memang dah rancang nak tengok filem Date Night lakonan Steve Carell dan Tina Fey yang berklasifikasikan 18PL nih. Sumpah filem nih kelakar gila gua cakap sama lu.

Film nih mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang paling bosan di Kota New York. Mereka tidak ada masa dengan diri mereka sendiri. Pada suatu hari, si Tina Fey nih bersiap - siaplah secantik mungkin sebab suami dia si Steve nih dah berjanji nak bawa dia keluar jalan - jalan. Si Steve yang terpesona dengan kecantikan isterinya pun tukarlah rancangan nak bawa pergi candle light dinner dekat tempat makan yang kira harganya mahal mampuslah.
Sampai dekat sana, mereka diberitahu oleh receptionist bahawa tempat semua sudah penuh. Jika mahu tempat perlu tempah 5 bulan lebih awal. Gila betapa famousnya tempat makan tu. Tiba - tiba ada seorang wanita menjerit nama Tripple Horn yang menempah meja untk 2 orang. Tiba - tiba lelaki dia nih angkat tangan mengaku dia lah si Tripple Horn nih. So, mereka berdua pun pergilah makan dekat meja tu.

Tiba - tiba datang 2 orang lelaki menyuruh si suami isteri nih ke belakang. Disinilah berlaku konflik kerana si Tripple Horn yang sebenar mempunyai masalah dengan pihak - pihak tertentu dan yang malangnya tu pasangan suami isteri nih dituduh sebagai pasangan Tripple Horn. Mereka dikehendaki menyerahkan pemacu data sedangkan mereka bukan pasangan Tripple Horn yang sebenar. Jadi, disinilah pelbagai aksi lucu yang sangat gila berlaku dalam usaha mereka menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh orang - orang jahat ini.

Aku suka lakonan mereka berdua. MANTAP! SANGAT HIDUP! SEKSI! LUCU! Hahaha. Aksi mereka meniru atau membuat dialog sendiri untuk pasangan lain di restoran amat melucukan. Aksi melarikan  diri dengan bot juga buat perut aku sakit kerana ketawa. Paling menarik aksi kereta yang dipandu mereka berdua berlanggar dengan sebuah teksi dan kedua - kedua kereta melekat. Hahaha. Aksi erotik sewaktu di sebuah kelab juga sangat lucu walaupun agak lucah. Sesuailah dengan klasifikasi filem ini iaitu 18PL. Banyak lagi aksi lucu sebenarnya kerana korang semua akan ketawa dari permulaan filem sehingga di akhirnya.

Apa - apapun filem ini bagi aku memang terbaik dan aku rasa memang tak rugilah menonton filem ini.

Gua kasi 5 bintang daripada 5 bintang.

P/S : Nanti Nak Suruh Member Aku Donwload Movie Nih Lah.

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama