Review Film : Kick Ass Sangat Ganas Dan Psycho


Tadi gua dengan 3 orang member gua iaitu Pikah, Ella dan Yan pergilah dekat Jusco nak tengok wayang. Pilih punya pilih so kitaorang decide nak tengok film nih. Gua budget film nih macam lucu ala - ala Scary Movie jer. So, layan jer lah.

Filem nih bagi gua ada kelainan dia. Filem nih diklasifikasikan sebagai 18SG. Waktu gua tengok gua tak tahu pun film nih Umum ker apa ker sebab gua tak pernah fikir pun apa klasifikasinya sebab umur gua pun dah 18 tahun kan. Jadi, filem ini memang tidak sesuai dengan kanak - kanak. Gua mengakuinya. Hahaha.

Film ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang agak skema. Dia amat meminati komik dan dia terfikir mengapa ramai orang meminati superhero seperti spiderman dan batman tetapi tidak mahu mencontohi mereka sedangkan ramai yang mahu meniru gaya Paris Hilton. Jadi, beliau pun menempah kostum pakaian superhero beliau daripada laman web dan mulalah berangan - angan di depan cermin. Beliau menamakan diri beliau sebagai Kick Ass.

Tanpa sedar beliau menjadi terkenal di seluruh dunia gara - gara adegan beliau menyelamatkan seorang lelaki dari dipukul disebarkan di laman Youtube dan ramai yang meng add beliau di myspace. Dalam masa yang sama terdapat konflik lain antara ketua jahat dan juga sebuah keluarga(Big Daddy & Hit Girl) dan Kick Ass tiba - tiba terbabit dalam hal nih. Nak tahu lebih lanjut? Pergi tengok sendiri. Hahaha.

Dari segi karakter pula, watak Hit Girl yang dibawa oleh kanak - kanak wanita itu sangat comel dan hebat. Gua sangat kagum dengan beliau walaupun film ini sebenarnya memberi violence message kepada kanak - kanak jika mereka curi - curi menontonnya. Sumpah watak budak perempuan nih kiut dan selamba habis. Gua memang layan lah.

Jalan cerita film nih bagi gua....hurmmm...nak kata unik ada juga...nak kata bosan ada juga...nak kata best ada juga...Ia ibarata kadang - kadang scenes film nih mampu buat kau teruja dan kadang - kadang kau dapat mengagak apa akan terjadi dan kadang - kadang kau kagum dengan aksi yang kau tak sangka. Overall agak unik lah jalan cerita dia.

Adegan bunuh membunuh dalam film nih bagi gua sangat terbaik. Kalau lu orang semua dah tengok mesti lu faham kenapa gua kata macam tu. Sangat ngeri owh. Wa memang tabik spring punya sama ini orang yang terlibat dalam aksi ganas - ganas nih. Adegan yang membangkitkan keghairahan seksual juga terdapat dalam film nih tapi bagi gua biasa - biasa jer lah. Dah nama film Mat Salleh kalau tak ada memang tak sah.

Apa - apapun, gua kasi 4 bintang daripada 5 bintang untuk film ini. Memang layan habis.

P/S : Menyampah Betul Dengan Beberapa Betina Di Belakang Sebentar Tadi. Serupa Tak Pernah Tengok Wayang. Nama Jer Pakai Tudung....Memalukan Betul!

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dorang bayar tiket mahal barangkali..hehehhe

    BalasPadam
  2. aku tgk trailer...lucu2 jer...mmg ganas ek citer ni...emmm

    BalasPadam
  3. dorang tak tau etika dalam panggung wayang le tu hehee kira macam hebat la cite nie ye

    BalasPadam
  4. laaa...
    x tau la plak ade cito nieyh!

    BalasPadam
  5. haha. tajuk pon macam cilakak je. tapi macm menarik jugak. eh, xpena plak aku tgk iklan kat tibi pasal ni. aku kot yang ketinggalan. ahah.

    BalasPadam
  6. Betina kat belakang ko tu wat apa Hans?.. memekak ke dia orang? ..sekeh jerk..

    BalasPadam
  7. uih bestnya pi tgk wyg.

    BalasPadam
  8. nak gtengokla..
    dah ckup 18..
    bolehla layan..
    ehheheheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama