Review Film : The Losers Terbaik....Cougar Ada Style...



Film The Losers arahan Sylvain White bergenre aksi ini memang membuat aku teruja melalui review rakan - rakan aku yang juga penggemar menonton film di wayang. Filem ini membariskan pelakon - pelakon yang hebat dan berbakat seperti :-

Jeffrey Dean Morgan(Clay)

Zoe Saldana(Aisha)

Chris Evans(Jensen)

Oscar Jaenada(Cougar)
Colombus Short(Pooch)
 
dan ramai lagilah

Sebelum tu nak bagitahu popcorn yang kitaorang beli habis dulu sebelum filem bermula sebab tiga - tiga orang(aku dengan 2 member aku) tengah lapar sangat - sangat. Haha.

Film nih mengisahkan 5 sekawan iaitu Clay, Roque, Cougar, Pooch dan Jensen yang terlibat dalam satu operasi untuk menghapuskan satu kumpulan dimana ketua kumpulan itu ialah Fadhil. Sewaktu mereka hendak menyerang markas kumpulan itu yang berpusat di Bolivia, tiba - tiba mereka terlihat sekumpulan kanak - kanak yang berjumlah dalam 25 orang berada disitu. Jadi mereka mengubah strategi untuk menyelamatkan budak - budak itu.

Clay membunuh Fadhil dan kelima - lima mereka membawa budak - budak itu keluar daripada markas itu sebelum dibom. Kemudian, sebuah helikopter datang menjemput mereka berlima tetapi kerana terdapat 25 orang kanak - kanak tadi maka mereka menyuruh kanak - kanak itu dibawa terlebih dahulu ke markas tentera. Tiba - tiba helikopter itu diserang oleh sebuah lagi helikopter dan kesemua 25 kanak - kanak itu mati di depan mata kelima - lima mereka. Jadi, baru mereka berlima sedar sebenarnya merekalah yang patut mati kerana tembakan itu sebenarnya disasarkan untuk membunuh mereka berlima. Mereka berlima disahkan mati di Amerika walaupun hakikatnya mereka hidup.

Tiada sesiapa pun yang tahu mereka masih hidup kecuali Aisha. Aisha memujuk mereka berlima membantunya membunuh Max(Jason Patric) kerana Max orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu. Jadi, persoalannya disini ialah siapakah Max? Siapakah Aisha? Adakah mereka berlima akan bersetuju bekerjasama dengan Aisha yang mempunyai agenda tersendiri? 

Pergilah menonton sendiri di pawagam berhampiran anda.

Pada pandangan aku sebagai penonton nih, film ini menarik dan bagus. Filem ini sebenarnya banyak dibantu oleh watak - watak utama di dalam filem ini. Aku sangat suka dengan gaya pelakon Oscar Jaenada yang memegang watak sebagai Cougar. Dia memang ada style yang unik. Serius sangat cool dan hebat. Teringin mahu jadi seperti watak beliau dalam filem tu. Hahaha. Pelakon Chris Evans yang memegang watak sebagai Jensen juga memang lucu habis. Serius memang dia berjaya membawa watak nih dengan jayanya.





Watak Jensen berjaya menghidupkan suasana lucu dalam filem ini. Watak Pooch sewaktu kakinya ditembak juga agak menarik. Aku suka ayat beliau,"Soalan Bodoh Untuk Hari Ini". Hahaha..Scene tu memang menarik. 

Apa - apapun, aku sangat meminati watak Cougar

Sebab Cougar ada style.





Apa - apapun film ini menarik dan hebat

Selamat Menonton!!

Daripada 5 bintang, aku bagi 4.5 bintang.

P/S : Please Call Me Shah Rukh Hans Cougar 
Hahahaha!!!!


JANGAN LUPA VOTE UNTUK HANS


CLICK DISINI DAN VOTE HANS

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. panjang sangat r lau nak sebut name tu. leh aku panggil SRHC? hehehee... :)
    pepun, bila bace review nie, aku yang tak bape suka filem aksi pun leh jadi teruja nak tengok cite nie

    BalasPadam
  2. betol3 macam best,, thanz hans...

    BalasPadam
  3. haii shah rukh khan caugar
    hehehe

    BalasPadam
  4. hizami : yups...best....alhamdulillah 3 filem pilihan aku untuk ditonton bulan nih semuanya memuaskan hati

    hanie : hahah....film den tgok selalunya best

    fid : memang best lah..gi tgok

    anisa : hahaha...thanks...anda orang kedua selepas hanie panggil saya macam tu..haha

    BalasPadam
  5. sy pun dah tgk the losers...n mmg best..x rugi tgk...

    BalasPadam
  6. wah...nie yg rasa cam nak rengok je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama