Selasa, 18 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 10

Siti Nurbaiyah : Hah! Tengoklah dia tu cikgu. Tergagap - gagap jer dia nak jawab. Memang sah lah dia tak ada bukti nak tuduh Danish yang buat kerja jahat tu.

Cikgu Azlan : Kamu diam Baiyah!! Saya bukan bercakap dengan kamu. Tadi masa saya tanya tak nak pula kamu bercakap!! Hah, Atan!!! Jawablah cepat apa saya tanya kamu! Saya bukan tunggul dekat sini!!

Atan : Er....Pagi tadi cikgu. Saya tahan Baiyah dengan budak nih sebab mereka berdua datang lambat. Saya tengok budak nih macam tak puas hati dengan saya jer cikgu waktu saya suruh dia tulis nama dekat buku catatan senarai nama pelajar yang datang lewat tu. Lagipun kerja - kerja jahat macam nih selalunya lelaki yang buat cikgu. Takkan perempuan macam Baiyah pula nak buat benda - benda macam nih. Tambah - tambah Baiyah nih bertudung pula cikgu.

Cikgu Azlan : Mana awak tahu Baiyah tak boleh buat kerja - kerja macam nih? Kalau Baiyah yang buat macam mana? Awak tak boleh suka - suka jer tuduh si Danish yang pancitkan basikal awak. Awak tak ada bukti Atan! Tak ada!

Siti Nurbaiyah : Erk..

Cikgu Azlan : Mei Ling!! Saya musykil dengan kamu. Hari nih kamu bertugas jaga kawasan mana waktu rehat tadi?

Mei Ling : Erk! Dekat kawasan parkir basikal cikgu. Kenapa?

Cikgu Azlan : Habis tu waktu bila pula awak bersama dengan si Danish dan Siti Nurbaiyah? Atau awak ponteng dari tugas awak?

Mei Ling : Eh...er..er....

Cikgu Azlan : Apa yang er er hah!!!!!Saya rasa pelik dengan awak nih! Awak beriya - iya cakap awak bersama dengan mereka masa waktu rehat tadi. Padahal kalau si Danish nak pancitkan basikal Atan tuh bila - bila masa pun boleh!! Awak terlibat dalam hal nih kah Mei Ling!! Baik awak berterus - terang!!

Mei Ling : Eh, mana ada cikgu! Saya tak tahu apa - apa! Betul cikgu. Saya tak tipu.

Cikgu Azlan : Habis tu? Tadi awak kata awak bersama dengan mereka berdua. Maksudnya awak ponteng dari tugasan awak lah hari nih kan?

Mei Ling : Er....Er.....

Cikgu Azlan : Apa er er???? Cakappppp!!!

Mei Ling : Yer cikgu! Saya terponteng tadi. Saya lupa cikgu hari nih saya kena jaga dekat parkir basikal. Maafkan saya cikgu.

Cikgu Azlan : Apa punya pengawas lah awak nih?? Baiklah! Sekarang terbukti masing - masing melakukan kesalahan. Atan menuduh Danish tanpa bukti dan mencetuskan pergaduhan. Danish pula bersalah sebab menumbuk Atan. Kamu Mei Ling bersalah sebab ponteng dalam tugasan. Hurm! Kamu nih Baiyah! Apa kesalahan kamu yer yang saya boleh sabitkan dengan kamu?

Siti Nurbaiyah : Saya tak ada salahlah kan cikgu? Tak kena dendalah kan? Yes!

Cikgu Azlan : Saya tak tahu kenapa tetapi hati saya nih kuat mahu kamu didenda sekali. Ya, baru saya ingat! Kamu selalu lambat datang ke sekolah kan?

Siti Nurbaiyah : Er....yer cikgu!

Cikgu Azlan : Apa masalah kamu hari - hari datang lewat ke sekolah?

Siti Nurbaiyah : Saya lewat bangun cikgu.

Cikgu Azlan : Bagus! Baiklah! Jadi, itu kesalahan kamu Baiyah. Oleh itu, saya denda kamu berempat. Denda bermula esok. Dendanya ialah.......

To Be Continue.......

P/S
Nantikan 
Episod 11 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Esok Hari. 
Insyaallah!


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

14 ulasan:

  1. jenis main tuduh2 ni patut rendam dalam laut je

    BalasPadam
  2. ahah....kena keempat-empat...hah3...denda pe ek~

    BalasPadam
  3. dendanya: tidur di kandang kuda! HAHA.

    BalasPadam
  4. hah.. padan muka.. empat2 ekor kene denda.. hai cikgu, si hans ni x nk denda sekali ke? nakal budaknye ni.. wakakkak.. =)

    BalasPadam
  5. cuci tandaslh kot.. hahah..

    BalasPadam
  6. haha..terkantoi mei ling..

    BalasPadam
  7. salam..
    garangnya
    cikgu azlan ni
    he he he..

    BalasPadam
  8. cikgu nie manyak adil & kuang asam heheee

    BalasPadam
  9. cis! baiyah ni terlpas plak! aku rasa akhirnye terbongkar jgk ni keje baiyah klu dorg check DNA! hahaahhehe ape2pun nk thu jgk ape hukuman cigu tu bagi... hehe

    BalasPadam
  10. laaaa...apa denda diorang????

    BalasPadam
  11. kantol sudah sume pebuatan...adeh!
    cepat ckp ckg bagi ukuman apa..
    pasni makin rapat la relation dak2 ni nnty..tgk jek la..huuhuhuh!

    BalasPadam
  12. haha, konpem kena denda cuci toilet

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com