Khamis, 20 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 12

Cikgu Azlan : Kamu semua didenda melakukan kesemua 4 jenis denda yang saya tuliskan di dalam kertas undi nih iaitu cuci tandas, cuci longkang, kutip sampah dan siram pokok bunga. Jadi, denda kamu semua bermula secara rasminya pada hari esok. Sila datang awal ke sekolah yer. Tambah - tambah kamu tu Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Eh, baiklah cikgu Azlan.  Cikgu! Boleh saya tengok kertas undi yang lain - lain tu tak?

Cikgu Azlan : Boleh. Nah, ambil nih!

Mei Ling : Haiya! Semua sama saja lorr! Tengok ini kertas. 4 denda juga. Ini kertas pun 4 denda juga. Semua sama saja maa.

Siti Nurbaiyah : Ialah. Semua sama jer. Cikgu! Semua kertas undi nih sama jer. Baik cikgu cakap jer terus - terang dari tadi. Tak payah saya susah - susah nak cabut undi.

Cikgu Azlan : Haih, suka hati sayalah! Awak cikgu ker saya cikgu?

Siti Nurbaiyah : Saya cikgu...eh, cikgulah cikgu. Saya pelajar jer.

Cikgu Azlan : Hah, tahu pun! Sudah! Kamu semua boleh balik ke rumah masing - masing. Dah lewat dah nih. Hah! Atan! Kamu nak balik macam mana? Basikal kamu rosak. Rumah kamu dekat mana?

Atan : Rumah saya dekat Kampung Gelam cikgu. Tak apalah. Saya balik jalan kaki jer lah.

Cikgu Azlan : Haih, jauh rumah kamu tu. Tak apalah. Saya hantarkan kamu balik.

Atan : Tapi, cikgu. Basikal saya tu macam mana? Takkan saya nak tinggalkan dekat sekolah pula. Nantikan macam - macam pula yang jadi dekat basikal saya tu. Daripada pancit terus hilang pula nanti.

Cikgu Azlan : Letak basikal awak tu dekat bahagian belakang kereta saya. Nanti kita singgah dekat kedai basikal  mana - mana untuk tukarkan tayar basikal kamu. 

Atan : Tapi cikgu. Mana saya ada duit cikgu nak tukar tayar basikal.

Cikgu Azlan : Tak payah risau. Itu semua saya yang uruskan.

Atan : Terima kasih cikgu.

Siti Nurbaiyah : Cikgu! Saya pun nak tumpang cikgu jugalah macam nih. Boleh tak cikgu?

Cikgu Azlan : Kamu jangan nak mengadalah Baiyah. Kamu ada basikal sendiri kan? Naiklah basikal kamu tu balik ke rumah. Kamu ingat saya nih driver kamu ker?

Siti Nurbaiyah : Gurau pun tak boleh. Tak rock betul.


Cikgu Azlan : Apa kamu kata Baiyah?


Siti Nurbaiyah : Eh, tak ada apa - apalah cikgu. Mana ada saya kata apa - apa. Saya diam jer dari tadi.


Cikgu Azlan : Dah! Dah! Semua pergi balik.

Cikgu Azlan membantu Atan pulang ke rumahnya pada hari itu. Manakala Mei Ling pula pulang bersama ibunya yang tidak henti - henti berleter kerana menunggu Mei Ling di luar sekolah terlalu lama. Manakala Danish dengan Siti Nurbaiyah pulang ke rumah berdua - duaan.

Danish : Boleh saya tanya awak satu perkara?

Siti Nurbaiyah : Tanya apa Danish?

Danish : Awak yang pancitkan basikal si Atan tu kan?

Siti Nurbaiyah : Er...Er...Macam mana awak boleh tahu nih? Awak pasang spy intip saya ker? Adess! Maaflah Danish sebab saya punya angkara awak pula yang kena tuduh dengan Atan.

Danish : Kenapa awak buat macam tu Baiyah. Tak baiklah. Kesian dekat si Atan tu.

Siti Nurbaiyah : Saya geram dengan dialah Danish. Poyo sangat. Asyik membodek cikgu jer kerjanya. Eh, awak nih! Tiba - tiba jer kesiankan dia. Saya nih kawan awak ker atau dia kawan awak?

Danish : Saya nih bukan apa Baiyah. Walaupun awak kawan saya tapi saya tak boleh nak sokong awak sebab memang awak yang bersalah. Saya kena tegurlah jika kawan saya buat salah. Begitu juga jika saya yang buat salah, saya tak kisah jika saya ditegur. Hidup kita nih tak dapat lari daripada melakukan kesalahan Baiyah. Janji kita tak ulangi kesalahan yang sama buat kali kedua dalam hidup kita.

Siti Nurbaiyah : Yer, saya tahu saya salah. Saya mengaku. Maafkan saya Danish.

Danish : Awak patut minta maaf dekat Atan. Yer, saya tak nafikan Atan tu poyo tetapi dalam kes nih bila awak pancitkan basikal Atan itu menunjukkan awak lebih teruk daripada Atan tu sendiri. Awak perlu minta maaf dekat dia.

Siti Nurbaiyah : Tapi, saya takutlah Danish. Nanti mesti dia report dekat Cikgu Azlan lagi. Owh, saya ajak Mei Ling lah. Dia pun pancitkan basikal Atan juga tadi. Opsss.....

Danish : Hah? Mei Ling pun terlibat juga? Biar betul Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Eh, tak adalah! Mana ada.

Danish : Baiyah! Jangan menipu. Berdosa tau menipu. Dari riak wajah awak pun saya dah nampak awak menipu. Cuba awak berterus - terang. Bukan saya nak marah awak pun.

Siti Nurbaiyah : Mana tahu awak marah saya ker. Baiklah. Tapi awak janji jangan bagitahu siapa - siapa pun termasuk Mei Ling tau. Janji?

Danish : Baik. Saya janji.

Siti Nurbaiyah : Saya pancitkan tayar depan basikal si Atan tu. Mei Ling pula pancitkan tayar belakang basikal dia.

Danish : Wah? Biar betul?

Siti Nurbaiyah : Betul! Buat apa saya nak menipu awak pula.

Danish : Wow, cool! Pengawas kut Mei Ling tu. Hahaha. Tak sangka Mei Ling pun terlibat sama. Patutlah rasa pelik jer sebab masa bila saya rehat dengan awak dan dia tadi. Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Eh, ketawa pula awak nih.

Danish : Hahaha. Luculah saya rasa. Sebab saya tak sangka Mei Ling pun terlibat sama. Kalau saya jadi cikgu Azlan mesti saya tak akan syak langsung pada Mei Ling. Tak ada ciri - ciri budak nakal langsung. Muka pun suci bersih jer saya tengok. Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Saya pun terkejut waktu dia pancitkan  tayar basikal si Atan tu. Hahaha.

Danish : Baiyah. Saya nak minta tolong awak sikit nih. Boleh tak?

Siti Nurbaiyah : Tolong apa?

Danish : Saya nak minta tolong awak.......

To Be Continue........

P/S
Nantikan 
Episod 13 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Dengan Penuh Kesabaran Yer. 
Insyaallah!


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

13 ulasan:

  1. very d gempak one!semua denda sama kot!hampeh jek...hahaha..apa lagi la suspen pas ni!hadoy...neway, tak leh endel tag yg bawah uh!emm.betol2 tu der..lu kena protect cita lu ni..wokey!

    BalasPadam
  2. bahaya betul muka muka suci ni haha

    BalasPadam
  3. baiyah dgn danish.. hahha.. bagus betul cikgu azaln tu.. hehhe..

    BalasPadam
  4. salam,

    hahahhaha
    baiyah rok!!!!

    BalasPadam
  5. elmyra mana ni?
    haha. dah jadi hak cipta terpelihara

    BalasPadam
  6. haha..4-4 sekali dendanya..

    BalasPadam
  7. lawak jugak kadang2 cikgu azlan nie :)

    BalasPadam
  8. Danish : Saya nak minta tolong awak basuhkan spender saya? *baling spender ke muka Baiyah*

    BalasPadam
  9. mintak tolong apa tu? alala..suspen suspen

    BalasPadam
  10. wah...cikgu yg bijak...ha3....baiyah mintak tlg pe...heee

    BalasPadam
  11. mak aiii... cumelnya citer ni..kalah nurul!

    BalasPadam
  12. yg lawak cikgu tu la ade plak suruh cabut undi? tapi semua sama jer? hahahahhaha

    BalasPadam
  13. x sangka baiyah ni ganaz..
    masa first2 baca novel ni, aku igt baiyah ni perwatakan lembut, ayu... hahahaha~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com