Jumaat, 21 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 13

Siti Nurbaiyah : Awak nih! Cakaplah nak saya tolong apa. Dari tadi asyik minta tolong! Minta tolong! Kang saya tak tolong baru awak tahu.

Danish : Saya nak minta tolong awak ajak Myra datang jumpa saya dekat tempat biasa yang awak dengan Myra selalu main tiap - tiap petang tu.

Siti Nurbaiyah : Hek Elehhhhhh! Tu jer pun. Saya ingat ker nak minta tolong saya pancitkan tayar kereta cikgu Azlan tadi. Hahaha.

Danish : Hish, ke situ pula awak. Tak adalah. Saya nak minta tolong itu jer pun. Boleh ker tak?

Siti Nurbaiyah : Tapi kalau Myra tak dapat datang macam mana?

Danish : Kenapa pula dia tak dapat datang?

Siti Nurbaiyah : Er...er....hah, kan dia tak sihat. Mana tahu dia masih demam lagi ker. Mesti mak ayah dia tak bagi dia keluar main - main nih.

Danish : Tolonglah Baiyah! Kalau boleh ajaklah dia keluar bermain petang nih. Saya belanja awak makan kalau Myra datang petang nih.

Siti Nurbaiyah : Wah, ini namanya rasuah! Saya tak suka rasuah - rasuah nih. Tapi, makanan apa yang awak nak belanja saya tu?

Danish : Makan ABC ker Cendol ker dekat warung Makcik Bedah. Amacam? Okay?

Siti Nurbaiyah : Wow, cantikkk! Nih saya sayang awak nih Danish. Baiklah. Petang nih tak kira apa jadi saya pasti bawa Myra datang jumpa awak.

Danish : Terima kasih Baiyah. Jumpa petang nih yer dekat tempat biasa.

Siti Nurbaiyah : Baiklah. Bye.


Mereka pun berpisah dan membawa haluan masing - masing apabila tiba di simpang tiga berdekatan rumah Pak Ali. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Baiyah teringat peristiwa pagi tadi sewaktu dia tiba di halaman rumah Elmyra untuk mengajaknya pergi ke sekolah bersama - sama.

Siti Nurbaiyah : Assalammualaikum! Assalammualaikum! Myraaaaa! Owhhhh Myra!!

Makcik Latifah : Owh, Baiyah! Jemputlah naik dulu. Makan - makan kuih. Makcik masak banyak pagi nih.

Siti Nurbaiyah : Eh, terima kasihlah makcik. Tapi, saya dah lewat dah nih nak pergi sekolah. Makcik bungkuskan jer lah kuih - kuih tu untuk saya. Myra mana makcik?

Makcik Latifah : Myra tak sihat. Dia demamlah Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Oh, iakah makcik? Tak apalah kalau macam tu. Saya pergi dululah yer makcik.

Pakcik Rosman : Hah, baguslah tu! Berambus cepat - cepat sikit. Pagi - pagi dah memekak. Myraaaaa! Myraaaa! Myraaaa! Sakit telinga aku nih.

Makcik Latifah : Abang! Apa nih cakap dekat budak tu macam tu.

Pakcik Rosman : Haih, suka hati saya lah. Rumah saya. Apa saya nak cakap pun saya punya sukalah.

Siti Nurbaiyah : Saya pergi dulu yer makcik. Assalammualaikum.

Makcik Latifah : Waalaikumsalam. Eh, Baiyah! Kuihnya kata nak dibungkus. Tunggu kejap.

Siti Nurbaiyah : Tak apalah makcik. Dah lewat nih. Saya pergi dulu.

Makcik Latifah : Hati - hati bawa basikal tu.

Pakcik Rosman : Bagus! Dah berambus dah pun!

Makcik Latifah : Saya tak fahamlah dengan perangai abang nih.


Lamunan Siti Nurbaiyah terhenti. Dia tersentak apabila terpandang seekor anjing berwarna hitam setinggi paras pinggang sedang memerhatikannya dengan lidah yang terjelir - jelir gara - gara kepanasan di kala petang yang terik itu. 

Tiba - tiba peluh dingin mengalir laju membasahi muka Siti Nurbaiyah. Siti Nurbaiyah memang fobia dengan anjing apatah lagi dengan anjing berwarna hitam. Dia cuba berlagak seperti tak ada apa - apa yang berlaku dengan membawa basikal seperti biasa. Sehinggalah anjing hitam itu secara tiba - tiba menyalak dan mengejar Siti Nurbaiyah dengan lajunya. 

Kelam kabut Siti Nurbaiyah dibuatnya ketika itu. Dikayuh basikalnya sekuat hati bagaikan halilintar membelah angkasa. Sewaktu basikalnya melintasi jalan kecil yang bertemankan sawah padi yang dibanjiri air di kiri dan kanan jalan itu tiba - tiba basikalnya terlanggar sebuah batu yang agak besar. Basikalnya melambung tinggi ke udara manakala Siti Nurbaiyah pula tercampak ke dalam sawah padi itu.

Siti Nurbaiyah : Celaka punya anjing!!! Hoi, anjing!!! Kau memang anjing lah!! Kau apahal hahhh??? Asal kau tak puas hati dengan aku??

Anjing Hitam : GRRRRRRRRRR! Aukkk! Aukkk!

Siti Nurbaiyah : Kau memang nak matilah anjing!! Aku tak kira!! Aku dah lama bersabar!! Hari nih aku mesti ajar kau!!

Pak Tam : Hoi, Baiyah! Apa kau buat dalam sawah aku tu?

Siti Nurbaiyah : Anjing nih lah Pak Tam. Dia kejar saya sampai saya termasuk dalam sawah Pak Tam nih.

Pak Tam : Hahaha. Sampai macam tu sekali yer. Mana anjingnya Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Hish! Pak Tam nih. Bukannya nak tolong saya.  Boleh pula dia ketawakan kita nih.

Pak Tam : Hoi anjing! Syuhhh! Syuhhhh!

Siti Nurbaiyah : Adoi! Sakitnya badan! Tak guna punya anjing!! Jagalah kau nanti!!

Pak Tam : Senang jer Pak Tam halau anjing tu. Kau nih penakut sangat kut dengan anjing.

Siti Nurbaiyah : Pak Tam nih. Dari Pak Tam berleter baik Pak Tam tolong saya. Saya sakit nih Pak Tam.

Pak Tam : Hah, pergi balik rumah mandi. Nanti Pak Tam singgah rumah kamu bagitahu dekat mak ayah kamu pasal kejadian nih.

Siti Nurbaiyah : Terima kasih Pak Tam.


Pulanglah Siti Nurbaiyah ke rumah dengan keadaan basah kuyup sambil bajunya kotor berlumpurkan tanah sawah. Beliau tiba di rumah sambil di sambut sebuah suara yang nyaring dari dalam rumah.

Makcik Rokiah : Hah! Balik pun kau Baiyah! Mak ingat dah tak jumpa jalan rumah dah tadi.

Siti Nurbaiyah : Tadi ada hal sikit dekat sekolahlah ibu.

Makcik Rokiah : Masyaallah!! Nih apa dah jadi dengan kau nih Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Kena kejar anjinglah ibu. Baiyah terjatuh dalam sawah.

Makcik Rokiah : Hahahaha. Jatuh dalam sawah?  Biar betul anak ibu jatuh dalam sawah? Hahahahaha.

Siti Nurbaiyah : Sampai hati ibu nih. Orang sakit - sakit jatuh sawah pun ibu boleh gelak kan lagi. Merajuklah macam nih.


Siti Nurbaiyah berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam. Makcik Rokiah pula terpaksalah pergi memujuk Siti Nurbaiyah agar membuka pintu.

Makcik Rokiah : Baiyah! Bukalah pintu nih. Merajuk pula anak ibu yang cantik nih. Ibu masak sedap - sedap hari nih tau. Ada dekat dapur tu. Anak ibu takkan merajuk dengan ibu lagi kut.

Siti Nurbaiyah : Ibu masak apa?

Makcik Rokiah : Ibu masak makanan kegemaran Baiyah lah. Kari kepala ikan.

Siti Nurbaiyah : Betulkah bu?


Tiba - tiba pintu bilik Siti Nurbaiyah terbuka dan kelihatan dia meluru laju pergi ke dapur. Makcik Rokiah terkejut melihat gelagat anaknya itu.

Makcik Rokiah : Ya Allah! Baiyah oiiii. Terkejut ibu nih. Kau nih dah macam pelesit dah gayanya hari nih. Dah buang tebiat ke apa?

Siti Nurbaiyah : Ibu tipu Baiyah lagi. Ini bukan kari kepala ikan. Ini.......

To Be Continue.....

P/S
Nantikan 
Episod 14 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Esok Hari. 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

21 ulasan:

  1. aku org pertama.,. i like baiyah..

    BalasPadam
  2. salam ziarah..1st time berkunjung di sini,nice blog..amy just follow ur blog..pasni leh la amy selalu berkunjung di sini,klu ada masa jemput la ke blog amy..salam kenal ya..

    BalasPadam
  3. eeei benci tol r dgn rosman tu.ending nant ko wat kejam2 utk dia tau hehee

    BalasPadam
  4. haha..anjing bukan takat baiyah, aku pon fobia..

    BalasPadam
  5. hah4...bagus anjing tu kan..opss.ha3...ini...??

    BalasPadam
  6. anjing lau baik mcm mana pun aku lari..aku takelh la dgn anjing ni

    BalasPadam
  7. celaka punya rosman
    ada gak manusia mcam tuh

    baiyah jatuh sawah? hak3
    kesian betul

    kesian myra, demam tak sembuh lg
    rosman punya pasal, pukul anak ngan tali pinggang tak igt dunia ape,ish3

    BalasPadam
  8. kalau skrip ni dilakonkan, kepala aku berfikir: anjing pun ada skrip. HAHA.

    BalasPadam
  9. hans, aku tau ko pencinta UiTM yang sejati. hahahaha!

    tengok link ni.

    http://ohmacamitu.com/blog/2010/05/apa-dia-bekas-pelajar-kutuk-uitm/

    BalasPadam
  10. wah... kalau pasal makan... lupa segala ya...

    BalasPadam
  11. lor kalau bukan kari kepala ikan... kari kaki ayam kah??? hikk hikkk

    BalasPadam
  12. tibe2 terbygkan bahiyah lagi cantek dr myra hehe...

    BalasPadam
  13. baiyah yang gelojoh... =P

    BalasPadam
  14. alaa napa esok..ai nie lah jgk..

    BalasPadam
  15. Wah... panjangnye... ape pn... best

    BalasPadam
  16. kalau bukan kari kepala ikan, apa dia baiyah? hush..ni yg geram ni..bab makan tetiba bersambung..

    BalasPadam
  17. i suka watak baiyah drpd myra.. baiyah sweet.. manja.. comel :))

    i pon mcm baiyah.. takot anjing!

    hahaha!

    BalasPadam
  18. harap2 bukan kari kepala orang udah la ye...

    hohohoho :D

    *baguih...nanti sok2 ko bleh bukukan, atau cari pulisher, wat novel... gudlak :)

    BalasPadam
  19. aku ske lagi baiyah dr myra! hehe karektor dia lebih menonjol? ha! ape pnya bapak la ade plak halau org mcm tu jer? dan yg lawak smua gelakan baiyah! hahaahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com