Sabtu, 22 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 14

Makcik Rokiah : Hah! Kalau bukan kari kepala ikan apa pula bawah tudung saji tu? Takkan kari kepala tikus pula? Kau makan ker tikus Baiyah oiiii?

Siti Nurbaiyah : Mana ada kari pun ibu. Nih pisang dengan gula jer dalam bekas nih. Ibu nak buat cekodok ker?

Makcik Rokiah : Tak sangka anak ibu nih bijak. Hah, betul lah tu! Apa lagi. Lenyekkan pisang tu. Nanti ibu nak masuk kan tepung.

Siti Nurbaiyah : Ibu nih! Baiyah kan belum mandi lagi. Makan pun belum. Dah nak suruh buat kerja rumah. Karinya pun tak ada.

Makcik Rokiah : Dah tu? Pergilah mandi cepat. Tercegat dekat situ buat apa. Kari kepala ikan ada dekat dapur tu hah.

Siti Nurbaiyah : Yer ker ibu? Baiklah! Baiyah mandi kejap.

Makcik Rokiah : Lepas mandi tu makan dulu. Ibu dah sedia dah lauk atas dapur tu. Lepas tu lenyek pisang tu sampai hancur.

Siti Nurbaiyah : Baik ibu!


Siti Nurbaiyah mencapai tuala merah jambu yang tertera gambar Patrik sambil bergegas ke bilik air berdekatan dapur rumahnya. Selepas menyelesaikan semua perkara yang patut, Siti Nurbaiyah pun menjalankan tugas yang diamanahkan ibunya dengan sebaik mungkin.

Siti Nurbaiyah : Ibu! Ibu! Dah siap nih Bu!

Makcik Rokiah : Wah, dah siap? Bagus betul anak ibu nih? Nak upah ker nih?

Siti Nurbaiyah : Ish, ibu nih. Upah apanya? Tolong ibu sendiri pun dapat upah ker? Pahala pun dah cukup ibu.

Makcik Rokiah : Baiyah taknak ker ibu beri RM10 dekat Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Wah! RM10 tu! Nak! Nak!

Makcik Rokiah : Tapi kalau nak RM10 nih Baiyah kena tolong ibu.

Siti Nurbaiyah : Demi RM10 tak ada hal lah. Cepatlah ibu. Nak Baiyah tolong buat apa? 

Makcik Rokiah : Baiyah kena bersihkan rumput dekat depan halaman rumah kita tu. Lepas tu siram pokok bunga. Hah! Jangan lupa sapu sampah dekat laman tu sekali yer. Lagi satu pergi kemas stor dekat belakang rumah tu. Mak tengok dah semak sangat dah. Silap - silap nanti anaconda pun tinggal dekat stor tu.

Siti Nurbaiyah : Kalau tak ambil RM10 nih tak payah buat kan semua tu ibu?

Makcik Rokiah : Yer lah! Dah tak buat macam mana nak dapat RM10 nih.

Siti Nurbaiyah : Macam tu Baiyah tak nak lah ibu RM10 tu. No, thanks!

Makcik Rokiah : Amboi! Speaking nampak dengan ibu.

Siti Nurbaiyah : Well, you know me right. See my leg lah.

Makcik Rokiah : Dah! Dah! Tak faham ibu apa kau cakap Baiyah. Betul nih kamu tak nak RM10 nih.

Siti Nurbaiyah : Tak apalah Bu. Simpanlah ibu buat belanja dapur.

Makcik Rokiah : Wah! Wah! Wah! Macam duit nih kamu jer yang bagi dekat ibu kan.

Siti Nurbaiyah : Hahaha. Eh, dah petang lah! Ibu. Baiyah yang cantik nih nak keluar pergi jumpa Myra kejap.

Makcik Rokiah : Owh, okay! You go lah any place you nak go. I dont care about you.

Siti Nurbaiyah : Amboi, kata orang ibu pun sama. Speaking nampak! Tapi, apa ibu cakap tadi?

Makcik Rokiah : Entahlah Baiyah. Ibu main cakap jer pun. Apa ibu cakap yer?

Siti Nurbaiyah : Ibu! Baiyah dah lewat nih. Baiyah pergi dulu yer.

Makcik Rokiah : Hah, baiklah! Nih, ibu nak kau sampaikan salam ibu nih.

Siti Nurbaiyah : Haih, sampaikan salam dekat Pak Tam ker bu? Wah! Dah pandai dah ibu sekarang yer bercintan - cintun nih. Hahaha.

Makcik Rokiah : Hish, anak bertuah nih! Ibu cili juga kang mulut kamu tu Baiyah. Orang tua tak ada gigi tu juga kamu nak padan - padankan dengan mak.  Nih! Kamu kirim salam pada.........

To Be Continue.........

P/S
Nantikan 
Episod 15 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Petang Nanti. 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

12 ulasan:

  1. hah3...baiyah nih...10 ringgit nak g2 jer kan..ha3....kim slm kat pakcik jual pisang ~

    BalasPadam
  2. anak ngan mak same2 loyar buruk heheee

    BalasPadam
  3. haha..tuala gambar patrick..memang kelakar baiyah ni..

    BalasPadam
  4. tiba-tiba teringat nenek perkasa. HAHA.

    BalasPadam
  5. uish, speking london dua branak nih
    maju gak mak baiyah ni

    BalasPadam
  6. kim salam dekat....??

    aku suka babak lenyek pisang tu!haha..sbb aku kecik2 pun mak aku suruh lenyek pisang,dan last-last aku jugak habiskan pisang goreng tu!hahah

    BalasPadam
  7. ahha.
    suka bila mak dia tak tahu apa dia speaking tadi.
    ahha~

    BalasPadam
  8. best jugak cerita nih..hehe rm10 ringgit tu...mana padan dgn kerja bnyak..haha

    BalasPadam
  9. episod ni kelakar hahas

    BalasPadam
  10. haaa...aku ingat ko dah tak buat..pagi nie jalan-jalan kat blog ko..dah ada episod 14..memang best.... haha...

    BalasPadam
  11. lawak la bab rm10 tu slumber je xnk siap kasi kat mak dia tu? dan akhir sekali speaking tu! hahahahhaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com