Isnin, 24 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 15

Siti Nurbaiyah : Ibu nak kirim salam pada siapa nih bu? Cuba cakap terus - terang. Ini malu - malu jer Baiyah tengok. Nanti Baiyah sampaikan juga salam ibu dekat Pak Tam tu kang. Baru ibu tahu. Hahaha.

Makcik Rokiah : Kalau kamu jumpa anjing yang kejar kamu tu Baiyah..Bagitahu dia ibu kirim salam tau. Hahahaha.

Siti Nurbaiyah : Haih, ibu nih kadang - kadang pandai juga bergurau kan.

Makcik Rokiah : Oitt, Baiyah! Merajuk pula anak aku yang sorang nih. Pecut terus dengan basikal buruk dia tu. Hahaha.


Siti Nurbaiyah mengayuh basikalnya dengan pantas menuju ke rumah Nur Elmyra. Kata - kata ibunya masih jelas kedengaran di halwa telinganya,"Bagitahu dia ibu kirim salam tau...kirim salam tau...kirim salam tau." Siti Nurbaiyah pun berhenti mengayuh basikalnya dan mencari batu - batu kecil di sekeliling tempatnya berdiri. Kemudian, di letakkannya semua batu - batu itu di dalam bakul basikalnya. Kemudian, dia meneruskan kembali perjalanannya ke rumah Nur Elmyra sambil sentiasa memandang ke kiri dan kanan tanpa henti - henti.

Siti Nurbaiyah : Fuh! Nasib baik anjing hodoh tadi tu dah tak ada. Alhamdulillah! Yeah! Akhirnya sampai juga aku dekat rumah perempuan nih. Assalamualaikummmm! Myraaaaa! Ooooo Myraaaaa!

Makcik Latifah : Owh, Baiyah! Myra tak sihat lagi nak.

Siti Nurbaiyah : Eh, makcik rupanya. Terkejut saya. Amboi! Cantiknya makcik petang nih. Macam Ziana Zain pula saya tengok. Apa rahsianya makcik? Kongsi - kongsilah dengan saya.

Makcik Latifah : Ish, kamu nih Baiyah! Ada - ada jer yer kamu. Mana ada cantiknya. Biasa - biasa jer.

Siti Nurbaiyah : Kenapa muka makcik tiba - tiba merah nih makcik? Owh, Myra tak sihat lagi yer makcik? Teruk sangat ker demamnya tu makcik?

Makcik Latifah : Boleh tahan teruk jugalah. Kesian makcik lihat dia dalam bilik tu.

Siti Nurbaiyah : Saya nak jenguk dia kejap makcik. Boleh tak?

Makcik Latifah : Dia baru tidurlah Baiyah. Maaf yer nak.

Siti Nurbaiyah : Kalau macam tu saya balik dululah yer makcik. Terima kasih. Hah, makcik! Jangan lupa nanti bagi tahu saya tips - tips nak jadi cantik macam makcik yer.

Makcik Latifah : Sama - sama Baiyah. Ada -ada jer lah kamu nih.


Siti Nurbaiyah kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Makcik Latifah. Dirasakan seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya. Lalu, selepas melihat Makcik Latifah keluar sekejap dari rumah maka dia menaiki basikal menuju ke rumah kampung dua tingkat yang diduduki Nur Elmyra sekeluarga itu. Baiyah menuju ke bilik Nur Elmyra di tingkat atas rumah dengan basikal sambil  mendongak ke atas dan menjerit.

Siti Nurbaiyah : Myraaa! Oit, Myraaa!

Elmyra : Eh, Baiyah! Apa kau buat dekat sini?

Siti Nurbaiyah : Danish nak jumpa kau nih. Dia kata ada hal dia nak bagitahu kau.

Elmyra : Adoi! Mamat tu lagi ker? Apa dia nak?

Siti Nurbaiyah : Manalah aku tahu apa yang dia nak. Dia kata penting sangat - sangat. Kalau kau tak datang Myra dia kata dia nak bunuh diri. Baik kau pergi jumpa dia weh.

Elmyra : Hahaha. Bab bunuh diri tu aku tahu kau menambah - nambah cerita kan?

Siti Nurbaiyah : Hahaha. Adoi, jangan banyak cakaplah. Cepatlah siap! Eh, kejap!

Elmyra : Kenapa?

Siti Nurbaiyah : Mak kau cakap kau demam. Asal aku tengok kau okay jer??

Elmyra : Nantilah aku cerita. Kejap aku bersiap. Eh, Baiyah! Kau tolong ambilkan selipar aku dekat depan pintu rumah kejap. Letak dekat sini.

Siti Nurbaiyah : Haih, nak bawa selipar kau ke sini nak buat apa?? Kan nanti kau keluar dekat pintu depan tu juga. Dah buang tebiat ker kau nih Myra?

Elmyra : Tak boleh. Aku tak boleh keluar sebenarnya. Nih aku curi - curi keluar nih. Cepatlah ambil selipar aku tu Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Okay! Okay! Kau pergi siap - siap cepat.


Siti Nurbaiyah yang masih terkesima dengan persoalan - persoalan yang bermain di benak fikirannya itu pun terus menuju ke depan pintu rumah Elmyra tanpa banyak soal. Diperhatikan keadaan sekeliling sehingga dipastikan betul - betul tiada siapa - siapa di situ sebelum dia mengambil selipar Elmyra.

Siti Nurbaiyah : Manalah selipar si Myra nih. Hah, dah jumpa pun!

Makcik Latifah : Apa kamu buat dekat situ Baiyah??? Bukan tadi kamu kata kamu nak balik ker??

Siti Nurbaiyah : Gulp....erk.........

To Be Continue.....

P/S
Nantikan 
Episod 16 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

16 ulasan:

  1. aku ske watak baiyah ni! hahaha ade plak minta tips cantik lpa tu bunuh diri? hahhaaha mmg lawak psstt... wujud ke x watak baiyah ni? klu wujud kim slm kat dia hans! lalala

    BalasPadam
  2. kantoi plak si baiyah ni...
    dah tu pepandai minta tips...
    rasa suspen plak cm ne dia nk lepaskan diri dari mak myra tu...ish...

    pgarah...!!!episod 16 satu..!!

    ni den: Nur Amani.

    BalasPadam
  3. aku ingat Myra rah mati dibunuh dalam rumah tadi.
    rupa-rupanya hidup lagi. =.="

    BalasPadam
  4. waaaa mura de family prob tu..hope bahiyah teman sejati dei...

    hehe lagik2...episode 16..i cant wait laaa....hehe

    BalasPadam
  5. aku termiss episod 13 n 14..nak kene baca balik nih..tak paham..

    BalasPadam
  6. ahha.
    bunuh diri.
    baiyah.
    jadi watak utama sudah.
    ;)

    BalasPadam
  7. alamak..baiyah kantoi pulak! macamana neh???

    BalasPadam
  8. nak bunuh diri ler pulak...ish2...

    BalasPadam
  9. atoii xkan baiyah terkantoi kot ngn m.cik latifah tu..
    cpt2 tlg bayah tu..

    BalasPadam
  10. owh..perkembangan yang mendeberkan..
    bagus2.. :)
    keep it up!

    BalasPadam
  11. slm bro...

    nanti dh habis siri nie buat e-book ye...

    sy sukerela buatkan cover depan nanti...

    leh same2 promote

    BalasPadam
  12. haha, baiyah terkantoi
    dah tertinggal 5 episod
    lama tak jenguk sini

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com