Selasa, 25 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 16

Siti Nurbaiyah : Eh, makcik Tipah! Makcik Tipah buat apa dekat sini petang - petang macam nih?

Makcik Latifah : Aik? Kan ini rumah makcik! Sepatutnya makcik yang tanya dekat kamu soalan tu Baiyah. Apa kamu buat depan pintu rumah makcik nih?

Siti Nurbaiyah : Ar ar juga kan? Tak buat apa - apapun makcik. Saya cuma nak ambil selipar saya nih hah. Myra pinjam hari tu selipar saya.

Makcik Latifah : Eh, itukan selipar Myra tu. Kamu nih Baiyah. Mana satu selipar kamu?

Siti Nurbaiyah : Inilah selipar saya makcik. Hah, betul lah selipar saya. Saya kan suka warna merah jambu.

Makcik Latifah : Aik? Setahu makcik lah kan Baiyah..makcik yang belikan selipar tu untuk Myra. Lagipun makcik tak pernah tengok pula kamu pakai baju atau kasut yang berwarna merah jambu. Asyik - asyik ungu dengan hijau jer.

Siti Nurbaiyah : Ish, mana ada makcik. Saya selalu pakai warna merah jambu. Makcik jer kut yang tak perasan. Saya nih kalau makcik nak tahu...ratu warna merah jambu dekat kampung nih.

Makcik Latifah : Ada - ada saja jawapan kamu kan Baiyah? Cuba kamu pakai tengok selipar tu. Makcik nak tengok padan ker tak dengan saiz kaki kamu tu.

Siti Nurbaiyah : Erk! Nak pakai sekarang ker makcik? Tak payahlah. Nih, saya dah ada selipar dah.

Makcik Latifah : Ialah Baiyah oiiiii....takkan nak pakai esok pula. Pakai jer lah makcik nak tengok.

Siti Nurbaiyah : Baiklah makcik......

Makcik Latifah : Yang kamu nih kenapa? Nak pakai selipar pun sampai tutup mata?

Siti Nurbaiyah : Mata saya masuk habuklah makcik. Pedih! Angin kuat sangatlah nih. Bawa debu pula tu. Habis masuk dalam mata saya nih.

Makcik Latifah : Hahhhhhhhhhhhhhh! Makcik memang dah syak dah. Memang betul tanggapan makcik selama nih.

Siti Nurbaiyah : Gulp...Habis aku.....

To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 17
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

15 ulasan:

  1. YEhhh baiyah kantoi lagi..wakakka

    BalasPadam
  2. apa lah.
    nak menipu tak reti.
    lain kali habaq saja nak pinjam ka.
    nak curi ka.
    kan senang. =.="

    BalasPadam
  3. selipar pink......kakakakaka

    BalasPadam
  4. asal ade nama ak?haha
    Myra..huhuhu...ni nk gtau mak cek..kih3x..tx la hans sbb letak nama cek dlm tu..huhu

    BalasPadam
  5. erkk tumpang tanya.. makcik tipah ngan siti nurbaiyah tu jadi camne? hakhakhak hubungan dorang ape? jirang tetangge ke? hikhikhik

    BalasPadam
  6. ade bakat menulis kamu rupenyer.!

    thumb up !!!!

    BalasPadam
  7. alaaaa....hans ni! suka benti kat tempat yg tak sepatutnya...ni bila plak nak episod 17 ni? Grrrrr

    BalasPadam
  8. waduh2..suspen lg deh...
    yg mkcik tu pun satu...byk tnya plak..sabo je la...
    terer gak baiyah...pandai ngayat...
    hehehe....

    den ni : Nur Amani..

    BalasPadam
  9. lawaklah baiyah ni! aku ske watak baiyah boleh plak pi kata tu sliper dia? hahaha

    BalasPadam
  10. i like the name..huhu..myra

    BalasPadam
  11. kelentong abis si baiyah ni
    mesti cuak gila time nk pakai selipar tuh,haha

    BalasPadam
  12. baiyah baiyah..:DD
    best cite nih..baru nak bc..huhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com